Petronas & Michael Schumacher

Michael Scumacher – driver Mercedes GP F1 Team

Baru sahaja dapat berita dari Twitter tadi yang Michael Schumacher akan kembali ke dunia F1 bersama pasukan F1 Mercedes GP. Wow, ini dah bagus. Memang tepatlah langkah yang diambil oleh Petronas untuk menaja pasukan Mercedes ni. Kepada pasukan Lotus, harap jangan kecil hati. It’s nothing personal, it’s just business.

Plus betullah apa yang AmirFikrie ulas pasal ni, Lotus tak boleh letak harapan pada Petronas untuk sponsor mereka. Walaupun Lotus tu team Malaysia, tapi Petronas pun ada bos dia sendiri dan business perlu diutamakan. Dengan Petronas menaja Mercedes (yang sememangnya dah terbukti kehebatan pasukan itu dalam F1), reputasi Petronas meningkat. Tambah pula dapat high profile driver macam Michael Schumacher, memang berbaloilah duit tajaan tu.

Apa-apa pun aku ucapkan selamat berjaya kepada kedua-dua team, lebih-lebih lagi kepada team Lotus la. Harapannya semoga mereka berjaya mencapai target mereka tahun depan.

Mercedes GP sponsored by Petronas

Nota kaki: Lepas nih kalau ada event Petronas kat KL, confirmlah Michael Schumacher dipanggil turun. Kan best macam tu..


0 thoughts on “Petronas & Michael Schumacher

  1. yeah bagus Petronas!

    BTW aku tak sokong team 1Malaysia or Lotus F1 ke apa nama dia tu, cakap la aku takde semangat nasionalisme ke apa. Lagi² Alex Yoong jadi kepala, Tony Fernandes pun entah hulur ke tak duit Air Asia tu. Tau² kang Govt. plak kena back up financial =..= *wah politik!*

    • aku jarang tengok. lama sangat. tengok kat tv memang tak best. kalau dapat tengok live baru seronok

  2. Michael Schumacher memandu untuk Merc mmberikan kemungkinan yg lebih tinggi untuk mereka berjaya. Petronas membuat keputusan yg tepat untuk bersama di kalangan elit demi menaikkan profail brand mereka.

    p/s: Thanks Arep for the link :)

  3. Pingback: IMCurtain.com