Kehidupan di Celah Bandar Moscow (Siri 21) – Pertunjukan Udara Antarabangsa MAKS 2011

Kalau nak dibandingkan Paris Air Show dengan MAKS, mana satu lagi best? Aku jawab MAKS. No doubt about it.

Tapi kenapa? Pertama sekali MAKS ni walaupun kata orang adalah pertunjukan syok sendiri Russia, tapi mereka ada sebab nak syok sendiri. Sebab utama adalah mereka bina sendiri kapal terbang, roket dan satelit tanpa memerlukan bantuan luar. That’s why they are so proud of it.

MAKS adalah pentas untuk mereka tunjukkan kehebatan mereka kepada dunia dan rakyat mereka sendiri khasnya. Berbanding Paris Airshow, kebanyakan syarikat seperti EADS adalah syarikat multi nasional. Jadi passion mereka memang tak terlawan dengan passion yang timbul disebabkan nasionalisme seperti di Russia.

Oleh sebab itulah pertunjukan udara di MAKS lebih hebat, mantap dan “kebabooom” dengan pesawat tempur pelbagai jenis yang silih berganti memberikan pertunjukan di udara.

Kalau pergi Paris Airshow, nak tengok pertunjukan udara memang susah sebab tempat untuk pelawat biasa adalah sangat jauh daripada landasan. Berbeza di MAKS, tempat duduk orang awam adalah di sepanjang landasan.

Dapat lepak tepi runway macam ni baru puas hati tengok airshow. Pemandangan dari tempat VIP

Paris Airshow adalah tempat untuk orang korporat dan VIP. Kalau nak tengok airshow yang memang padat dengan pertunjukan udara, MAKS adalah event yang sesuai.

Cuma satu kekurangan MAKS adalah kapal terbang on ground display yang dipamerkan adalah sedikit berbanding Paris Airshow. Tapi itu semua tak penting kepada orang yang suka tengok kapal terbang tu semua di udara.

Avgeek seperti aku ada tahap-tahap keterujaan bila pergi tengok airshow. Tahap-tahap tersebut adalah seperti di bawah:

  • Level 1 – Pergi LIMA (Langkawi Maritime & Aerospace Exhibition)
  • Level 2 – Tengok Airbus A380 secara dekat, terbang rendah
  • Level 3 – Tengok A400M secara dekat, terbang rendah
  • Level 4 – Pergi Paris Airshow
  • Level 5 – Pergi MAKS
  • Level 6 – Tengok persembahan Russian Knights – 4 buah SU-27 terbang rendah w00t!!

Sukhoi PAK FA T-50

Agak bertuah sebab Sukhoi PAK FA T-50 dipertontonkan sekali lagi hari ini. Untuk pengetahuan semua, T-50 adalah prototip kapal terbang generasi ke-5 Russia yang akan dilengkapi dengan teknologi stealth. Kapal terbang ini kelak akan menjadi pesawat tempur utama pada masa hadapan.

Daripada apa yang aku nampak tadi, saiznya lebih besar berbanding pesawat tempur Sukhoi yang sedia ada dengan bunyi deruman enjin jet yang lebih kuat.

Of course, kelebihan utama pesawat tempur Russia iaitu high maneuverability masih lagi kelihatan pada T-50.

Russian Knights

Russian Knights adalah kumpulan pertunjukan akrobatik tentera udara Russia. Pesawat yang mereka gunakan adalah Su-27 dan bilangan maksimum dalam formasi mereka adalah 5 buah untuk sesebuah pertujukan.

Tengok pertunjukan akrobatik udara memang best, tapi lebih best kalau mereka gunakan kapal terbang jet seperti Su-27 dan bertambah best bila lebih banyak kapal terbang membuat persembahan tersebut.

Apa yang pasti, persembahan mantap macam ni memang takkan dapat dilihat di mana-mana.

Helikopter Mi-26

Russia juga terkenal dengan helikopter besar gaban macam ni (Mi-26 a.k.a Halo) yang mampu angkat beban besar seperti helikopter Chinook US yang rosak. Mi-26 adalah yang pertama dibina dengan 8 bilah kipas. Basically, lagi banyak bilah lagi banyak beban yang boleh dibawa, tapi untuk tambah bilah, rotor helikopter mestilah cukup bagus dan berkuasa.

At least lepas ni aku takdelah terkilan sangat sebab tak pernah pergi LIMA. Lepas ni target aku nak pergi Yacht Exhibition seperti di Monaco atau South Hampton.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

34 Comments