Pertandingan Menghias Blog Sempena Bulan Kemerdekaan

Rasanya ramai yang tak perasan tentang pertandingan ini. Sempena bulan kemerdekaan (jangan ingat nak raya je..) kumpulan Utusan menganjurkan pertandingan menghias laman web/blog dengan Jalur Gemilang yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM7500.

Oleh itu aku ingin mengajak rakan blogger semua untuk menyertai pertandingan ini. Caranya sangat mudah. Hias je blog dengan Jalur Germilang, tak kisahlah banner besar/kecil dan hantarkan screenshot blog dan ini borang penyertaan di sini.

Blog yang dihantar untuk bertanding adalah bebas, bermaksud apa jenis blog dalam apa jua bahasa boleh diterima asalkan ia dimiliki oleh rakyat Malaysia (penduduk tetap tak boleh). Dari segi hosting pun bebas, tak kisah samada guna hosting dalam negara atau luar negara dan takde sekatan untuk blog yang menggunakan domain sendiri atau Blogspot.

Jadi join sekarang! Takde apa yang nak dimalukan dengan semangat patriotik dalam diri kita. Aku dalam proses untuk mencari designer buatkan banner untuk blog ni. hehe.. Nak buat sendiri memang tak jadi nanti. Kepada freelance designer di luar tu, time nilah nak contribute design banner kemerdekaan percuma untuk blog lain gunakan.

Hadiah untuk pertandingan ini adalah seperti berikut:

  • Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
  • Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
  • Hadiah ketiga: Wang tunai sebanyak RM1,000
  • Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang

Sebarkan tentang pertandingan ni dan ajak rakan blogger lain join sekali.

Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

38 Comments