Pertama Kali Movie Screening Filem Melayu

Cerita malam tadi. Saya siap main Skype masa tengok movie

Sesiapa yang mengenali saya dengan rapat tahu bahawa saya langsung tidak menonton filem Melayu. Mat saleh much? Tak semestinya. Mungkin sebab genre yang dibawakan dalam semua filem Melayu adalah:

  1. Cakupan idea daripada filem antarabangsa yang lain
  2. Terlalu simple

Saya juga berpendapat kebanyakan/hampir semua filem Melayu mementingkan cerita dan gelagat dalam setiap babak berbanding filem daripada Hollywood yang lebih mementingkan jalan cerita keseluruhan filem mereka. Senang cerita, saya suka filem yang membuat saya berfikir dan ada twist tersendiri.

Dari segi pelakon yang saya nampak dalam kebanyakan filem Melayu, mesti ada pelakon perempuan yang gedik dan berlakon gedik. Faham tak? Benda ni boleh dilihat dalam hampir semua filem Melayu.

Kegedikan atau dalam bahasa sopannya, manja yang berlebih-lebih ni rasanya takdelah kita nampak dalam kehidupan seharian, tapi kenapa bila dalam filem, faktor ni melebih-lebih pula?

Ada orang memang tak boleh menerima hiburan yang berasaskan Melayu ni. Saya adalah salah seorang daripadanya. Ini bukan kutukan, hinaan atau apa-apa yang sewaktu dengannya tetapi hanyalah pilihan peribadi saya. Sama juga macam blog, ada blog yang anda boleh baca, ada blog yang anda tak minat langsung nak baca. Harap tiada peminat filem Melayu yang panas dengan entri ini.

P/s: Ini bukan review filem yang saya tonton malam tadi.


43 thoughts on “Pertama Kali Movie Screening Filem Melayu

  1. Tak hantu, cerita cinta. Tak cerita cinta, hantu plak. Serius agak bosan cerita melayu sekarang. Susah nak cari yang best.

    Dan sekarang, kalau tetiba feel nak tengok cerita melayu, download je (yela kat Cairo ni mana ada cinema cite melayu en) kalau tak best, delete la. tak membazir duit. kan kan kannnn~
    Entri terbaru Zida >> 10 Mei Yang DinantiMy Profile

  2. Kenapa Filem Melayu tak Setanding dengan Filem Hollywood? Berdasarkan penjelasan dari salah seorang penerbit filem yang kalau disebut disini pasti semua kenal.

    1. Kerjasama dari beberapa pihak agak mengecewakan.
    2. Filem Melayu hanya untuk local Market. Tiada pihak yang berani untuk backup pihak penerbit sekiranya berlaku kerugian. Risiko atas penerbit semata-mata. Nakkan cerita setanding Hollywood tapi cakap jer cari Market taknak. Kalau nak Level Cerita Hollywood budget pun kena mcm Hollywood, masalahnya sapa nak support?

    3. Tiada badan seperti RESEARCH untuk memantau dan membantu pengiat seni.

    4. Sesetengah Kepimpinan didlm persatuan tidak memainkan peranan dengan betul.

    Banyak lagi sebenarnya apa yang diluahkan oleh beliau. Gua pun berfikiran macam lu dulu bro tetapi setelah mendengar penjelasan dari beliau ada juga kebenarannya. Tiada siapa yang mahu rugi temasuk tokey panggung. Apa yang nyata its All About Busines bukan hanya sekadar berkarya. Really tabik dengan Vision beliau.

    Trend review di Malaysia lebih kepada menghentam sesuatu cerita bukan membetulkan keadaan dan memberi pandangan yang membina untuk sesuatu filem terutama daripada kalangan Media (terdapat unsur politik disini).

    Peruntukan yang diagihkan kepada Penerbit Filem tidak dirancangkan dengan baik oleh pihak tertentu. Do you know Last Year Industri Perfileman untung RM100juta dan 6 Buah Filem Melayu menduduki Carta TOP 10 bersama dengan Filem Luar Negara.
    Entri terbaru JAI >> Melancong Ke Kepulauan BaliMy Profile