Ambil Personal Loan Untuk Deposit Rumah Lelong – Boleh Ke?

lelong-personal-loan

Terbaca status ni di Facebook. Ceritanya, ada yang nak nak ambil personal loan untuk buat deposit 10% supaya boleh masuk lelongan. Saya cuma nak komen sikit je.

1. Kalau nak ambil personal loan, ada borrowing cost lain seperti takaful/insurans oleh bank. Biasalah, produk bank kalau tak masukkan insuran sekali memang tak sah. Walaupun anda mempunyai plan takaful dengan sum insured yang tinggi, kebanyakan bank tetap wajibkan peminjam ambil insuran mereka.

Bukan setakat life insurans, kadang-kadang sampai personal accident (PA) insurans pun dipaksa untuk ambil. Dan bayarannya tak main bulanan, terus straight setahun. Medical card sendiri yang betul-betul berguna pun jarang orang bayar setahun lump sum.

Bergantung kepada jumlah personal loan yang diambil, amaun insuran ni adalah di antara 2% – 5% daripada jumlah pinjaman. Dan ya, anda memang tak perlu keluarkan satu sen pun untuk kos insuran, mereka tolak terus daripada amaun pinjaman tadi. Senang cerita.

Untuk insuran PA, kebiasaannya kalau kita bayar balik sepenuhnya dan nak pulangkan polisi, tiada surrender value akan diberikan. Life insurans ada surrender value kalau pulangkan sebelum matang. Pastikan anda buat homework dulu kalau nak buat personal loan untuk tujuan deposit bidding rumah lelong.

2. Lock-in Period. Mungkin kita fikir, oklah. Nak pinjam sebulan je untuk lelongan bulan ni. Kalau tak menang, pulang balik kesemua amaun tadi plus tambah sikit duit sendiri sebab dah ditolak kos insuran. Anggaplah itu sebagai borrowing cost.

Walaupun begitu, kebanyakan personal loan konvensional ada lock-in period sendiri. Contoh, untuk RHB Easy, lock-in period adalah 6 bulan dan penalti RM200 kalau buat full settlement sebelum lock-in period tamat. Ada bank lain kenakan beberapa % daripada loan amount/outstanding kalau tak silap.

Kalau loan Islamic, takde lock-in period.

3. Tempoh pemprosesan. Tempoh pemprosesan personal loan ni berbeza dan bergantung kepada bank. Daripada pemerhatian saya, lagi cepat tempoh pemprosesannya, lagi tinggi interest. Contoh mudah, RHB Easy, berbanding kalau apply loan kat bank lain, contohnya Bank Islam.

So kalau minggu depan nak masuk lelong baru nak buat pinjaman, memang terpaksalah ambil yang interest tinggi.

4. DSR. Dah buat personal loan, masuk lelong lepas tu menang. Persoalan seterusnya, DSR dah cukup rendah ke bila apply loan rumah yang menang tadi ditambah lagi dengan komitmen personal loan? Kalau loan tak lepas dan tiada financing lain untuk bayar bank, deposit burn. Bukan boleh main-main.

Faktor DSR ni adalah yang paling penting perlu diambil kira. Kalau rasa rekod dengan bank tak berapa bagus dan komitmen pun dah paras leher, eloklah review balik kedudukan kita samada layak atau tidak untuk mendapatkan pinjaman tanpa sebarang masalah.

Kalau dah sampai terpaksa ambil personal loan untuk bayar deposit rumah lelong, personally saya rasa seseorang tu belum mempunyai kapasiti kewangan yang cukup untuk membida rumah tersebut.

Kesimpulannya, nak beli rumah sekarang ni kena buat homework lebih sikit. Dengan keadaan bank yang semakin tegas dengan mengetatkan kelayakan untuk mendapat pinjaman perumahan, pastikan yang kita betul-betul mampu dulu terutamanya sebelum masuk lelongan.

Jangan nanti deposit burn dan terpaksa menanggung hutang personal loan dengan interest yang tinggi.

10 Comments