Persiapan Sebelum Melancong Ke Istanbul, Turki

Flight saya ke Istanbul, Turki esok malam. Hari terakhir bersiap sebelum flight. Trip kali ini lebih kepada bercuti untuk isteri sebelum baby no.2 datang, tapi masih lagi ada elemen kerja yang diselitkan. Kalau dah ada bisnes sendiri macam ni lah gayanya, asalkan ada peluang untuk kerja, mesti nak kerja punya.

Apa perlu dibuat sebelum ke Turki? Saya senaraikan apa yang saya dah prepare untuk trip ni.

Aplikasi Telefon

Boleh search aplikasi ni dalam Apple App Store atau Google Play. Saya guna iPhone, jadi tak pasti samada semua app ni ada di Google Play store.

BiTaksi – Aplikasi macam Grab/Uber tapi untuk teksi di Istanbul. Teksi di Istanbul ni samalah macam kat Malaysia sebelum ada Grab/Uber dulu, banyak yang jenis nak sembelih tourist je. Guna aplikasi ni kuranglah sikit kena sembelih sebab sebelum naik teksi dah tulis siap-siap berapa anggaran tambang dan boleh tolak dari kad kredit terus. Kalau bayar cash pun kadang-kadang boleh kena tipu dengan driver kata duit kita bagi tak cukup. Jadi kena hati-hati.

Driver teksi mungkin akan minta tip. Yang ni terpulang pada ada, tapi general guideline, 10% tu dah cukup banyak. Itu pun bagi kalau servis dia bagus, bukan sebab dia minta kita bagi.

Uber – Uber dikatakan mahal sedikit berbanding teksi, tapi kita semua dah tau kan macam mana Uber ni. Selamat dan tak leceh.

Jangan lupa check Blog Uber Turki melalui app untuk dapatkan latest promotional code. Macam sekarang, ada code 50 Lira percuma untuk travel ke Emaar Square Mall, Istanbul.

Zomato – Istanbul terkenal dengan makanannya yang pelbagai stail, rupa & rasa dan yang paling best, halal. Zomato adalah app review restoren yang memang popular di Istanbul. Boleh kata majoriti restoren dan kedai makan disenaraikan dalam Zomato dengan review pengunjung, gambar, senarai menu & harga serta peta yang link terus ke Google Maps. Ni app makanan paling lengkap yang saya pernah jumpa.

Saya dah bookmark kedai makanan yang nak pergi hasil daripada recommendation video dari Youtube dan senarai yang ada dalam Zomato.

Trafi – Local app yang mengintegrasikan semua jenis pengangkutan yang ada di Istanbul (metro, tram, bas, feri). Saya suka app ni sebab percuma dan takde iklan. App transportation lain kebanyakannya berbayar dan kalau free, ada iklan.

StreetArt – Bagi yang sentiasa cari modal nak post kat Instagram, StreetArt ni berguna untuk anda cari graffiti di sekitar kota Istanbul. Ada senarai penuh dan peta lokasi bagi setiap grafitti. Kebanyakannya grafitti tertumpu di kawasan Beyoglu / Karakoy.

Tukar Duit

Kalau bawa banyak duit belanja, kena bijak sikit tukar duit. Secara asasnya macam ni. Pertama, check current rate Ringgit ke Lira. Kemudian baru check dengan money changer di beberapa kawasan berbeza. Saya check yang dekat-dekat je, TTDI, Bandar Utama, Damansara Utama, Curve, Kelana Jaya, Subang Jaya dan KL Sentral. Telefon ye, bukan pergi setiap kedai. Dapat paling murah kat KL Sentral, jadi pergi ke sana.

Tukar ke Turkish Lira terus. Jangan tukar ke Euro sebab nanti nak kena tukar lagi sekali masa kat Turki. Jadi dah bayar komisen tukaran dua kali.

Ada money changer di Grand Bazar yang menerima Ringgit, tapi tu cerita kat sana lah. Kadang-kadang rate kat sana lagi bagus sebab ikut hukum supply and demand. Changer kat sana mungkin mahu simpan Ringgit, jadi mereka sanggup bayar pada kadar yang lebih bagus berbanding kalau tukar kat sini.

Booking Hotel

Saya guna Booking.com je. Airbnb kat Istanbul tak banyak beza harga. Boleh dapat banyak option lagi murah melalui Booking.com. Siapa nak 10% cashback from Booking.com boleh komen “Saya Mau” kat bawah. Nanti saya hantar link.

Airport Transfer

Airport transfer dari Ataturk Airport ke Istanbul bermula dari 68 Lira melalui app BiTaksi. Uber 100 Lira. Kalau tak banyak barang, boleh jimatkan duit dengan mengambil Metro dari airport ke Yenikapi dan dari Yenikapi baru ambil teksi. Jimat separuh daripada kos teksi kalau naik metro.

Mobile Wifi

Saya lebih suka beli kad sim sendiri dan pasang pada mobile wifi saya daripada sewa mobile wifi ikut hari. Beli sim lagi jimat sebenarnya berbanding sewa modem + kad sim sebab data yang dibeli tu bukannya habis pun, yang bayar mahal tu sebenarnya sewa modem tu. Modem sekarang RM100+ boleh dapat dah dan boleh guna sampai bila-bila.

Kad sim boleh dibeli di arrival hall lapangan terbang Ataturk dan harganya bermula dari 95 Lira untuk 1GB daripada Turkcell. Turkcell paling besar di Turki diikuti dengan Vodafone, tapi Vodafone mahal sikit, bermula dari 160 Lira untuk 2GB data.

***

Sedikit sebanyak persiapan saya. Kalau ada yang nak tahu dengan lebih lanjut, boleh tanya di bawah. Baca entri seterusnya, Jalan-Jalan Istanbul – Tips Jimat Duit

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

6 Comments

Leave a Reply