Persediaan Temuduga Untuk Mereka Yang Berpengalaman

paris-france

Sempena wife saya nak hadiri temuduga sebagai arkitek esok, terlintas di fikiran saya, apa persediaan yang diperlukan kalau saya yang dah ada dua tahun pengalaman kerja ni nak pergi temuduga kerja?

Of course, dua tahun ni takdelah lama mana. Cuma yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah, perlu ke tunjuk sijil akademik dari zaman sekolah dulu? Sijil PMR? SPM? Kalau fresh graduate, memang relevenlah nak tunjukkan dokumen ni semua. Takkan dah kerja dua tahun nak cerita pasal PMR dan SPM straight A? Takkan penemuduga nak tanya soalan macam ni pada candidate yang dah berpengalaman.

Saya tak rasa penemuduga nak tanya soalan-soalan ni lebih-lebih lagi kalau pergi temuduga di syarikat Multi National Company (MNC). Apalah sangat PMR dan SPM pada mereka.

Pada saya, kalau dah ada pengalaman ni, datang dengan resume pun cukup dah sebenarnya. Tak pun kalau ada lesen atau pernah hadiri kursus teknikal, maka relevenlah sijil kursus teknikal tu semua. Selebihnya adalah bagaimana kita persembahkan diri kita, tahap keyakinan diri nak minta kerja tu dan bagaimana kita boleh explain pada panel bahawa pengalaman yang kita ada boleh digunakan untuk jawatan yang kita pohon.

Secara ringkasnya, sama sahaja dengan temuduga untuk fresh graduate. Cuma pada tahap ini, tahap keyakinan diri kena tinggi. Of course, kalau kita pohon kerja dalam bidang kepakaran kita, keyakinan diri tu timbul secara semulajadi.

Yang berpengalaman mohon kongsikan pendapat. Terutamanya kalau temuduga untuk jawatan dalam manager di syarikat lain semasa anda berada dalam position executive. Bolehlah jadi persediaan untuk saya bila masanya tiba nanti.

17 Comments

  • Dr Salwa

    26 October, 2014 at 8:39 am

    Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sewaktu menjadi panel interviewer dulu,seorang candidate ni memang unique dan tidak strereotype.candidate lain semua hanya bawa yg biasa di bawa sijil,resume….tapi dia ni seorang ada bawa kertas tambahan.You know what ?dia buat proposal sama.Akhirnya dalam 15 candidate semua pilih dia…sebab dia unique lain daripada yang lain.

  • hafiz hafizol

    25 October, 2014 at 10:42 pm

    Biasa kalau pergi iv memang panel tgk resume je. Kita nie kemain bawak semua sijil wahaha.. Dalam resume pulak, dia lebih fokus ke pengalaman kerja je.. Kemudian tanya kita berdasarkan pengalaman kerja tu jela.

  • Aida

    24 October, 2014 at 6:36 pm

    semasa saya upgrade ke position manager dulu, saya tak pernah interview untuk position tu. kebetulan kontrak saya telah tamat beberapa bulan, dah beberapa bulan tak bekerja, cuma postion itu sahaja yg ditawarkan, jadi saya apply dan semasa interview berlangsung panel interview bersetuju tanpa banyak soalan. alhamdulillah, mungkin kerana position tersebut tiada calon yg lain :)

  • Izwan

    23 October, 2014 at 9:28 pm

    resume salah satu part, untuk tarik perhatian majikan.

    cara persembahan diri semasa temuduga memang jauh lebih penting. good luck for your wife..

  • Kereta Sewa Selangor & KL

    23 October, 2014 at 11:31 am

    Based on pengalaman saya yang suka lompat kerja time muda2 dulu. Kebanyakkan kompeni MNC nak tau skill kompeni bumi ni nak tau kelulusan sebab ada yang tanya mungkin newbies interviewer( Ada ke term ni haha).

    Biase yang dah lama kena bawa cert yang di collect waktu kerja atau experience waktu kerja dulu pernah setelkan atau deliver job ape. Ada projek2 yang besar yang kita pernah juga jadi nadi sampingan sila gtau juga. Mostly experience and skil tu penting bagi mereka.

  • Yuzz

    23 October, 2014 at 12:31 am

    Kalau temuduga kerja swasta, dah tentu mereka akan tengok setakat mana pengalaman kita.. Penting untuk kita menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi sewaktu berhadapan penemuduga, biar dia orang nampak yang kita ni calon paling layak berbanding calon-calon lain, kena pandai main psikologi sikit..

  • Transparent

    22 October, 2014 at 11:32 pm

    Aku ni golongan yang interview orang. Bekerja di syarikat MNC. Ikut pengalaman aku:

    1. Kena revise dan refresh balik apa projek, skill, generic knowledge dalam bidang ko tu. Kira past experience ko lah, selalunya bila tanya balik, sume cakap lupa!
    2. Jangan menipu dalam resume.
    3. Kalau tak tahu, jangan menokok tambah. Cakap je tak tahu/arif, atau kurang pengalaman etc.
    4. Confidence kena tinggi. Kalau boleh berlatih dulu communication/script apa yg bakal ko cakap nanti. Google je contoh2 soalan interview bidang ko. Practice tu bukan cakap dalam hati, ko roleplay betul2 macam ko nak gi interview ni. Percayalah, memang ada perbezaan. Jangan lupa study untuk greetings dan juga apa yg nak dicakap bila dah selesai interview session.
    5. Ingat nama interviewer. (Extra effort, tanya emel. Boleh tanya receptionist, HR, etc)
    6.
    7. Masa communcation tu, jangan kelam-kabut. Tarik nafas, fahamkan soalan interviewer (kalau tak paham, suruh ulang!) dan jawab dengan tenang. Selalu yg cakap laju ni tersasul, dan apa yg dicakap pun interviewer tak faham.
    8. Tak payah nak tersengih2 sangat, tergelak2 macam siput. Ni menunjukkan anda gementar dan low confidence.
    9. Kawal skit nervous tu, jangan nak pandang dinding, siling sangat. At least majority session kena ada eye contact dgn interviewer.
    10. Study, Study, Study. This show your competence and confidence!
    11. Tak payah nak fashion sgt. Formal wear je. Alah, untuk 1-2 jam je. Kalau takde pakaian, pinjam kawan, emergency.
    12. Bila diberi peluang (selalunya akhir session) untuk bertanya, tak payah nak tanya bukan2. Eg saya lulus ke interview ni?, apa benefits company ni? (ni tanya HR yeee), company ni buat apa ye (seriously??), encik suka kerja di sini? (watdepak ko tanya aku soalan mcm tu??). Tips
    : tanya je apa career growth saya di sini, or what can u offer me career-wise. Nampak tak bezanya kat situ? Professional la skit. Ala 1-2 jam je, kena la poyo skit. Ini la masa ko ‘jual diri’
    13. Bagi Thank you note. Ni dalam bentuk emel, google je mcm mana format menatang tu.
    14. Eventhough u had 2 yrs experience, all these little things, adds up becoming a whole new perception of people about u. It shows that u are professional, and the one that will be picked to be hired.

    Luahan #1: aku sedih bila lihat perbezaan bangsa kita dengan yg lain/luar negara.
    Luahan #2: pernah interiew candidate yg ada master, semua yg di atas tak dibuat. End up not being hired.

    Nasihat #1: jangan nak kejar sangat pangkat atau title. Biar nama position tu rendah, tapi kita expert in what we are doing, and being honest.
    Nasihat #2: Bab yang tipu current salary ni, ingatlah.. halal ke rezeki tu nanti..

  • akubiomed

    22 October, 2014 at 10:36 pm

    Kalau yang pengalaman bekerja biasanya temuduga lebih santai. Terutama jenis “head hunter” tidak perlu cakap banyak terus tanya gaji dan bila boleh mula bekerja.

  • namiacinta

    22 October, 2014 at 9:56 pm

    kalau ikutkan spm tu syarat je kebanyakan company tak tengok sangat sijil spm tu yang mereka tengok adalah pengalaman kita tu paling penting.. dan kalau boleh study sikit tentag company tu mana tau akan di soal tentang latar belakang company tu dan untuk persediaan lain kalau boleh sila photostate awal-awal semua sijil yang kita ada sebab mereka akan mintak untuk simpanan mereka.. penampilan kena kemas paling penting masa interview kena datang awal ye lah kan kalau masa interview jam 10 tak kan nak datang tepat2 sbb nak isi borang lagi jadi lagi bagus datang awal … ( pengalaman sesi interview )