Perompak Dalam Tandas Wanita Pusat Membeli Belah

Kes ini berlaku pada hari Jumaat yang lepas pada seseorang. Kisah ini di-copy terus daripada notes Facebook mangsa dan diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia untuk pembaca blog.ariff.

*****

Hi semua! Kes ini berlaku pada hari Jumaat 20 Julai 2012 dan saya ingin berkongsi tentangnya kepada semua, terutamanya perempuan.

Kita semua sedia maklum bahawa tempat meletak kereta di kompleks membeli belah tidak lagi selamat tapi sekarang, tandas pun tidak selamat juga.

Saya baru pulang dari kolej dan singgah sebentar ke Sunway Pyramid. Bersama saya adalah MacBook Pro, iPhone dan beg tangan saya. Jam pada waktu itu adalah 5.35 petang dan saya ingin pergi ke tandas. Saya pergi ke tandas tingkat LG, bertentangan dengan MPH seorang diri.

Apabila saya berhampiran dengan kawasan tandas, terdapat seorang lelaki (kaum Melayu/Indonesia) yang sedang duduk di kerusi berhampiran. Saya memandang kepadanya dan dia kelihatan seolah-olah sedang menunggu seseorang, jadi saya tak kisah sangat dan terus masuk ke dalam tandas. Saya kemudiannya meletakkan barang-barang (laptop, phone dan handbag) saya tadi di atas para dalam salah sebuah cubicle tandas.

Disebabkan tandas tersebut kosong, saya merasa risau dan lebih berhati-hati. Kemudian, saya keluar daripada cubicle untuk mengambil tisu. Apabila saya keluar dari cubicle berkenaan, saya ternampak lelaki tadi di pintu masuk tandas perempuan daripada pantulan cermin. Dia ternampak saya juga dan terus berundur. Mungkin dia tersalah tandas, jadi saya tidak menjerit kerana dia telahpun berundur. Saya terus mengambil tisu dan mula rasa tidak sedap hati.

Biasanya, saya akan mengelap mangkuk tandas terlebih dahulu dan melapikkannya dengan tisu sebelum menggunakan tandas berkenaan. Saya masih lagi belum menanggalkan apa-apa pada masa itu. Sedang saya membersihkan mangkuk tandas berkenaan, saya terdengar tapak kaki di luar cubicle saya. Saya berasa risau dan berhenti untuk mendengar dengan lebih teliti bunyi tapak kasut berkenaan.

Bunyi tapak kasut tadi memasuki cubicle di sebelah saya. Ia bukanlah bunyi tapak kasut tumit tinggi dan bunyinya lebih kuat dan menyamai bunyi tapak kasut yang rata. Saya masih kaku dan cuba meneliti bunyi tersebut. Takkanlah pencuci tandas..

Tiba-tiba, satu tangan muncul dari atas dan mencapai beg tangan saya dari atas para. Saya ternampak lelaki berkenaan. Rambutnya paras bahu, memakai baju t warna coklat/kelabu dan seluar panjang. Saya telah bersedia pada masa itu dan menengking lelaki berkenaan. Saya keluar daripada cubicle dan terus mengejarnya. Mungkin dia ketakutan, oleh itu dia melepaskan beg tangan saya di atas lantai dan berlari pergi.

Saya tak pasti samada dia mengambil apa-apa daripada beg tangan saya. Oleh itu saya terus mengejarnya. Tiga saksi yang berada di luar tandas membantu saya mengejar lelaki berkenaan. Perompak tadi lari melalui tangga di belakang tandas. Saya kembali semua ke cubicle saya tadi dan nasib baik laptop dan teledon saya masih lagi di situ. Beg tangan saya di atas lantai di dalam tandas dan beg duit saya tidak hilang. – ( Sumber )

 *****

Kepada wanita di luar sana, dah tak selamat untuk anda keluar seorang diri. Elakkan daripada berada di tempat yang sunyi/tidak ramai orang apabila anda keseorangan. Sentiasa peka terhadap persekitaran sekeliling anda. Stay safe.

Comments

  1. says

    Adoi…mujur la perempuan tu berani..kalau jenis penakut, duk menangis dlm tandas je la..macam2 perangai perncuri sekarang ni yer…bagi kaum perempuan, nk keluar tu berteman la yer..hehe
    Entri terbaru Hafizul >> Ketabahan Ibu TunggalMy Profile

  2. says

    Dimana-mana kena berhati2 sekarang nih,terutama kaum wanita.

    *Kain buruk dalam raga motor saya pun boleh hilang..

    • says

      betul2…sekarang dah tak safe macam dulu2.. Kalau nak kuar rumah pun fikir berkali-kali.

      p/s: mesti org yg curi kain buruk tu berkenan dengan kain tu kot..hehehe

  3. says

    Kat mana2 sekalipun memang bahaya sekarang ni. Kalau kejadian kena ragut saya pernah nampak depan mata, dahlah masa solat jumaat masatu. Nasib baik perempuang yang kena ragut tadi dapat tarik balik begnya dan menyebabkan peragut yang menunggang motosikat tu terjatuh.Apalagi bebudak yang nak sembahayang ke masjid tadi bantai habis peragut tu depan polis sampai polis kata ok cukup hehe
    Entri terbaru Lawrence Kumpang >> Logitech Wiress Gamepad F710 Untuk GamingMy Profile

  4. says

    Ini pencuri kecil-kecilan ni..biasanya penagih dadah…tapi kena hati2 juga sbb bila mereka terdesak gian dadah mereka akan lakukan perkara yang lebih bahaya..