Ini bukan pos azam baru atau pos yang berkaitan dengan tahun 2010. Pandang ke hadapan, ini adalah pos untuk dekad ini – Apa yang mungkin aku akan lalui sepanjang 2010 hingga 2020.
Dalam masa dua tahun lagi, aku akan menamatkan pengajian aku di Moscow Aviation Institute ini. Aku memang nak habis cepat-cepat kat sini. Hidup sememangnya tak indah di bumi Moscow ni. Selepas itu apa? Mana aku nak kerja? Setakat yang aku cari, belum dapat lagi aku jumpa industri yang berkaitan yang boleh aku ceburi di Malaysia. Sama ada aku cari di tempat yang salah, atau memang aku ni tak berpeluang, aku pun tak tahu. Yang penting aku akan tetap mencari.
Lepas ada kerja, ada rumah, ada harta kena fikir pasal kahwin pula. Ni berat sikit. Rasanya tak perlu aku cerita banyak detail sangat, benda personal, tapi aku rasa paling ideal aku kahwin around 2013-2015. Itu kalau aku kerja kat Malaysia dengan career advancement yang moderate. Kalau aku jadi hotshot engineer, kerja overseas atau jadi orang penting dalam sesuatu organisasi dalam dekad ni, mungkin lambat lagi la aku kahwin. Time tu memang aku akan enjoy hidup dulu, baru fikir nak kahwin. Kesusahan belajar kat sini sepatutnya aku balas dengan sesuatu yang hebat dalam hidup aku.
Kalau dah kahwin tu, dengan izin Allah dapat la anak nanti kan. Ya, dalam dekad ni mungkin aku akan bergelar ‘bapa’. Hah! Memang sesuatu yang agak overrated. Besar tanggungjawab tu. Sangat besar.
Jadi nilah highlight untuk hidup aku dalam dekad ni, tapi kita hanya mampu merancang kan? Mana tahu kalau esok pagi aku dah tak bangun lagi dari tidur. Kita merancang, Allah yang menentukan.
Dalam kesempatan itu, aku nak kongsi video terbitan Hadi Pahmi, rakan seangkatan aku di Moscow Aviation Institute ni. Tajuk video – Demi Masa, berlatar belakangkan penduduk-penduduk di bandar Moscow ni dalam kehidupan seharian mereka (memang terbaik la sebab apa yang aku bincangkan sekarang pun pasal masa). Enjoy!
24 thoughts on “Permulaan Dekad Baru”