Perlibahasa Melayu #2

Harapkan pagar, pagar tahu makan je.. – Ini lebih teruk daripada pagar makan padi sebab pagar makan padi masih lagi ada hasil padinya tapi dalam kes pagar tahu makan je, hasilnya (padi) langsung takde.

Ditujukan kepada orang yang makan je tahu, buat kerja langsung tak boleh harap. Pendek kata, pemalas. Tapi orang macam ni perlu diperli barulah puas hati, betul tak?

Hangat-hangat tahi anjing – Membawa maksud yang sama seperti hangat-hangat tahi ayam, tapi elemen keharaman kepada orang Melayu yang majoritinya beragama Islam membawa impak yang lebih besar dan mendalam.

Lagipun bunyinya agak kurang ajar, sesuai untuk mereka yang apabila telah diberi bayaran untuk melakukan sesuatu, kerja yang dilakukan hanyalah ala kadar dan tak memuaskan.

Juga sesuai untuk digunakan pada ahli politik, terutamanya yang berbangsa Melayu. Dulu masa hantar proposal, kemain berkobar-kobar, macam-macam janji diberikan. Bila dah diberi mandat, langsung tak dilaksanakan.

Kerana mani setitik, rosak susu sebelanga – Nama diri dan keluarga yang busuk kerana berbadan dua hasil daripada perbuatan zina.

Nila semakin kurang digunakan pada masa kini dan berkemungkinan besar kebanyakan generasi muda remaja tak pernah nampak atau menggunakan nila. Tapi kalau mani, budak-budak sekolah rendah sekarang pun dah tau.

23 Comments