Percutian ke Bali

Cuti hari pekerja hari tu follow keluarga in laws ke Bali. Ni kira macam pre-honeymoon untuk saya dan isteri. Lepas ni takde dah jalan-jalan rasanya sebab saya dah start kerja baru. Tunggu honeymoon ke Jepun pulak.

Bertolak malam Rabu dari LCCT. Sampai-sampai je terus check in kat hotel Manggar Indonesia Hotel dekat dengan airport. Nothing much here, just hotel dalam bandar. Access ke hotel pun melalui lorong yang sempit, muat untuk satu kereta je. Tak taulah macam mana kalau nak selisih dengan kereta lain. Nampak macam bukan one way street.

Since Bali ni banyak Hindu walaupun semua muka Melayu, hati-hatilah kalau makan kat hotel. Pilihlah menu vegetarian sahaja. Sebab kat sana tak banyak orang Islam, jadi mereka tak faham pasal makan kita. Jadi janganlah main bantai makan je sesedap rasa.

Uluwatu

Lepas check out, terus ke Uluwatu sebelum ke Ubud. Datang Uluwatu ni satu je, nak tengok view dia dari atas tebing tinggi menghadap Lautan Hindi. Memang indah dengan laut terbentang seluas-luasnya. Buat kita sedar yang kita di atas dunia ni kerdil sahaja.

IMG_4875

IMG_4876

20 ribu rupiah per entry.

IMG_4886

Nah kau. View dia dari atas ni.. wow.

IMG_4890

Orang kata Uluwatu ni seronok datang waktu sunset. Lagi cantik. Tapi untuk first timers, datang pagi better sebab tak ramai orang. Second time kalau ada peluang lagi baru datang for the sunset sebab confirm penuh tempat ni.

Kalau datang sini, hati-hatilah dengan barang personal seperti wallet, sunglasses, kamera dan topi. Banyak monyet kat sini dan monyet-monyet ni memang gemuk akibat diberi makan oleh berjuta-juta pelancong yang datang sini setiap tahun. Disebabkan monyet kat sini dah biasa sangat dengan manusia, jangan terkejut kalau barang yang tak dijaga dengan betul dibawa lari oleh monyet ni.

IMG_4893

In my case, sebab masa kami datang tu hari tengah panas, botol air dari tangan ni ditarik oleh salah seekor monyet kat situ. Mula-mula saya ingat dia nak capai kamera, jadi saya mengelak. Bila mengelak, dia ikut. Rupa-rupanya yang dikejar bukan kamera, tapi botol air yang saya pegang. Kalau tak bagi, dia kejar sampai kita bagi. Last-last kena mengalah jugak. Nasib baik dia ambil botol air je, bukan camera atau phone yang ada kat tangan.

IMG_4895

Kopi Luwak

IMG_4930

On the way ke Ubud, singgah ke kedai kopi luwak. Try secawan.

IMG_4925

Masing-masing kagum tengok coffee maker yang unik ni. Mana nak cari?

IMG_4928

Tak tau nak cakap macam mana. Rasa kopi of course. Cuma lebih refined. Apa yang saya boleh kata, kopi luwak ni pahit dia bukan jenis pahit yang menyengat macam espresso yang kita minum di hipster kafe sekitar TTDI.

IMG_4932

Buah kopi sebelum dimakan oleh luwak.

Ubud

IMG_5003

Ubud ni lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kuta. Ubud boleh dikira sebagai cultural centre of Bali dan masih lagi level kampung. Dari segi geografi, Ubud terletak di kaki gunung, sejuk sikit berbanding Kuta.

IMG_4992

IMG_5008

IMG_5001

Next morning, awal pagi pergi ke kawasan perkampungan di sini. Selain terlibat dengan industri pelancongan, orang kampung sini masih lagi bertani dan hasil utamanya adalah beras. Disebabkan keadaan muka buminya yang berbukit-bukau, sawah padi ditanam di lereng bukit dengan sistem sawah berteres. Very unique.

To be continued sebab saya dah ngantuk nak tulis. haha. Next, white water rafting.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

16 Comments