Perancangan Kewangan Di Awal Kerjaya

Reading Time: 2 minutes

Bila dah ada income, kena ada perancangan kewangan. Kalau tak duit akan hilang just like that. Ini adalah senarai yang saya perlu kaji dan ambil tindakan untuk jangka masa tiga bulan ni. Harap perkongsian ini dapat membantu anda merancang dan harap mereka yang lebih berpengalaman dapat berkongsi pendapat di sini.

Kad Kredit

Pada saya kad kredit adalah kelebihan dan penjimatan. Dari segi penjimatan, ada kad kredit yang menawarkan rebet balik tunai sehingga RM600 setahun. Apa maksudnya rebet balik tunai ni? Belanja mengikut amaun yang mereka tetapkan setiap bulan dan saya akan menerima semula RM50 yang ditolak di dalam bill daripada perbelanjaan bulanan tersebut.

Ramai orang (konon-kononnya) melihat kad kredit ni adalah negatif. Saya melihat kad kredit dari segi positif dan kemudahan yang saya boleh dapat daripadanya. Pada saya orang yang mempunyai pandangan negatif terhadap kad kredit inilah yang biasanya akan berbelanja lebih kalau ada kad kredit sendiri. Tu sebab mereka tak suka. Mereka tak reti gunakan kelebihan yang ada dan tak mampu mengawal diri ketika berbelanja.

Insurans & Medical Card

Medical card ni penting untuk melindungi kita daripada caj-caj perubatan yang mahal. At this level, kalau kena apa-apa yang melibatkan operation besar, memang tak mampulah saya nak menanggungnya. Kalau ada insurans, at least ada back up.

Pada masa ni, saya lihat Prudential-BSN mempunyai skim yang paling menarik. Masih lagi melihat apa pilihan yang ada.

Asset Allocation

Umur masih muda. Tanggungan pun takde. Jadi tak salah untuk mencuba instrumen pelaburan risiko tinggi seperti saham. Kepada yang nak rasa selamat sikit dan tak tahu macma mana nak melabur di pasaran saham, masuklah unit trust berbentuk aset ekuiti.

Of course, janganlah pulak sumbat duit kita semua dalam satu lubang. Pelbagaikan tempat duit disimpan supaya nampak sikit. Bila nampak sikit, kuranglah nafsu nak berbelanja dan beli gadget baru.

Tabungan Tetap

Saya bercadang untuk menyertai skim Bijak Malaysia. Pernah dengar tak? Basically skim ni adalah untuk mereka yang tidak mempunyai caruman KWSP supaya bila bersara nanti adalah tabungan sikit-sikit (mengikut plan yang kita pilih). Di samping tu, skim ini menawarkan perlindungan kewangan sekiranya apa-apa berlaku kepada kita (kematian, kecacatan).

***

Banyak pembacaan yang perlu dilakukan. Homework sementara masih bercuti. Start kerja nanti memang takde masa dah nak fikir benda-benda ni.


Posted

in

by

Comments

24 responses to “Perancangan Kewangan Di Awal Kerjaya”

  1. Tho Ha Avatar

    Mula2 kerja dulu 1/4 gaji untuk mak. 1/4 gaji untuk bapak. RM50 untuk udang (biasanya udang galah). Hutang pelajaran RM125 dan selebihnya untuk belanja seharian.

    Lama2 kerja, 1/8 gaji untuk mak. 1/8 gaji untuk bapak. Tiada lagi peruntukan untuk beli udang. Hutang pelajaran settle.

    Kad Kredit pulak :- Bukan aku yg mintak, tapi bank yg terhegeh2 nak bagi. Hmm .. kalau2 sesak xdelah tebal muka ke sana ke mari hutang kat orang. Itulah idea yg pihak bank sogok pada aku. Aku termakan dengan godaan bank. Skrg ini ada tiga kad kredit. Dua mengamalkan sistem bunga dan satu lagi sistem daun (bank patuh syariah). Ketiga2 kad aku dah tepu. Bila sesak terpaksa jugak pinjam orang duit. Kerja aku tiap2 bulan bayar kad bank ni, pastu kuarkan balik cash semaksimumnya. Jgn ikut perangai aku.

    Lagi satu, kalau pegang kad kredit, jauhkan diri daripada cabutan bertuah kerana perkataan seerti bagi cabutan bertuah ialah membeli barang yang tidak diperlukan. Nasib baik kad kredit aku hampir tepu, diorang boleh rompak duit aku RM798 je, tapi kesian la kat sorang hamba Allah tu, habis RM9,800 – gara-gara cabutan bertuah. Nk sebut jenama ke tidak. Okey lah aku sebut biar org lain tak terpedaya – OAWA.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Sekarang bank takdedah terhegeh-hegeh sangat sebab bank negara sendiri dah ketatkan permohonan kad kredit. Kalau tak, meriahlah jugak sana sini diorang hantar orang suruh buat promosi

  2. Imddin Avatar

    Orang muda baru dapat gaji pertama mula nak bergaya. Terutama orang Melayu kita tapi tak semua..

  3. sha Avatar

    good job.

    wang saku tiap bulan utk parents jgn dilupa, berilah sebanyak mn yg mampu (nasihat utk kak sha juger)

  4. Ahmad Ijat Avatar

    Saya guna kad kredit utk urusan tertentu sahaja. Potongan tetap bulanan masuk ke Tabung Haji. Pelaburan pulak dengan unit trust. Insurans je tak buat lagi, cadangan bro arif pasal prudential bsn tu sedang dipertimbangkan.

    p/s: teringat pesanan penasihat kewangan AKPK….invest and re-invest. :-)

  5. Naziman Avatar

    Bagi saya kad debit lagi bagus..saya pun skrang guna kad debit..kad kredit mmg ada bagusnya juga slain tu..contoh kalau masa tu kita btul2 perlu duit utk beli tket, nak tggu gji lama lagi, boleh guna kad kredit dulu..tapi bagi saya ttap kad debit terbaik..kad debit saya guna skrg, public bank, esso…tiada bayaran setiap thun..

  6. noorsyamsul Avatar

    setiap sesuatu perlukan perancangan. semoga arif berjaya dengan perancangan yang dibuat…

  7. fazrol Avatar

    Terbaik bro…
    Perancangan camni la kena semua orang tahu…

  8. KiD Avatar

    DAh nak dapat keje yea bro??? =)

  9. mhibban Avatar
    mhibban

    dah dapat kerje ke ariff? kat mane?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      dalam proses. insya allah

  10. Lawrence Vision Avatar

    Skim Bijak Malaysia macam mana nak daftar ariff?cerita sikit

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hehe.. yang tu nanti aku buat entri khusus

      1. Lawrence Vision Avatar

        Ok thanks bro, berminat nak tahu skim ni hehe

  11. Ahmad Hati Avatar

    KWSP ni memang bagus, walaupun dah tak kerja 2 tahun dan duit dalam KWSP tak boleh keluar, but it still can generate dividen annual.

  12. budakserius Avatar

    Skim Bijak Malaysia .x penah dgr pun.hehe

    1. Ahmad Hati Avatar

      Bijak Malaysia akan bagi 5% dari jumlah kita cover sehigga 88 tahun setiap 3 tahun. Ia ikut umur penyertaan. Monthly rm100, 200 dan 500

  13. akubiomed Avatar

    Baguslah muda-muda lagi sudah merancang kewangan biasanya yang baru bekerjaya gelap mata apabila mendapat gaji bulan. Macam-macam hendak dibeli walaupun diluar kemampuan.

  14. Lawrence Vision Avatar

    Perancangan yang menarik.kena mula dari awal kerjaya benda macam ni baru tak menyesal kemudian hari.

  15. Mus Avatar

    baguslah jika sudah ada perancangan awal bro. bagi yang dah terlepas merancang.. kena rancang juga untuk tutup mana yang kurang.

  16. Jaws Avatar

    Alhamdulillah. macam semua yg dinyatakan telah ada.. tinggal nak maintain jer setiap bulan..

  17. Pisyek Avatar

    first time dengar skim bijak malaysia. :)

    1. Ahmad Hati Avatar

      Pergi je bank bahagian Insurans mesti ada yang promote Skim ni

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        kalau orang yang buka check book untuk company, diorang memang rekemen terus sebab orang keje sendiri takde kwsp