Peperiksaan Online Pegawai Tadbir & Diplomatik M41 November 2014

pegawai tadbir diplomatik

Saya dipanggil untuk mengambil peperiksaan online bagi jawatan pegawai tadbir & diplomatik M41 bulan November ni.

Kalau dulu mungkin excited lah nak kejar M41 ni. Masa fresh-fresh dulu buat bodo je. Takde pun panggilan temuduga daripada SPA.

Tapi sekarang, saya rasa saya dah jumpa yang lebih baik untuk diri saya. Patutnya SPA keluarkan nama pengguna yang tak aktif daripada list mereka. Kalau tengok orang dah tak login lebih daripada setahun, keluarkan jelah daripada senarai. Senang sikit nak tapis.

Sebenarnya, sampai sekarang saya tak tau apa fungsi M41 ni. Tau apply je. haha.. Dengar macam hebat kan. Semua orang boleh apply.

tangga gaji m41

Tapi kalau betul-betul kerajaan perlukan khidmat saya, saya sedia menerima tawaran kalau mereka bagi gred gaji M54. Tutup mata saya sign kontrak. Boleh tak macam tu?

20 Comments