Penting Ke Bilangan Follower Blog?

Reading Time: 2 minutes

Dah lama tak komen pasal isu blog.

Pertama sekali, nak bagitau yang majoriti entri tips blogging dimuatkan di segmen Blogging – Tips Blogging di blog Denaihati. Entri terakhir yang telah disiarkan di sana bertajuk Nak Guna N Ke Tak? Terima kasih kepada lebih daripada 100 komen daripada blogger lain yang berkongsi pengalaman dan pandangan dalam entri tersebut.

follower-blog-penting

Now, tentang follower. Seperti dalam screenshot, follower yang dimaksudkan adalah follower widget yang ada dalam platform Blogspot. Pengguna WordPress takde widget ni. Kalau tengok blog selebriti macam Fatin Liyana dan Hanis Zalikha, nampaklah beribu-ribu lemon follower di situ.

Tapi sekarang releven ke angka ni? Kena ingat follower ni tak semestinya mereka yang baca blog kita hari-hari. Sama juga macam bilangan Like di Facebook page, tak semestinya 100% orang yang Like di situ akan masuk blog dan baca blogpost setiap kali kita update.

Personally, ikut pengalaman saya, advertiser yang boleh bayar adalah advertiser yang tak tanya nombor remeh-temeh macam ni. Bila mereka berminat, mereka tanya satu benda je, berapa traffic sehari/seminggu/sebulan sebab maklumat ni tak dipaparkan secara umum. Kalau setakat bilangan follower, mereka dah tahu dan dah buat kajian awal terhadap prospek blogger yang akan mengiklankan produk/perkhidmatan mereka.

Masa sign-up dengan company pengiklan dulu adalah isikan butiran pasal follower ni dan itu adalah kali pertama dan terakhir. From time to time, saya update bilangan trafik yang masuk je.

Tunggu entri saya yang seterusnya di blog Denaihati untuk tips blogging. Ada perkongsian baru yang saya rasa ramai orang patut tahu.

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation

34 comments

  1. bese advertiser jenis tanya follower bagai..kebanyakan bukan ada SEO agent..ada company yang dah selidik dulu..terus tanya berapa atau pakej pengiklanan yang ada..walau kekadang kat blog takde pun pakej yang diletak..:D itu baru leh demand..:D

  2. follower ramai blm tentu mereka akan datang singgah blog kita setaip hari. ataupun follower ramai, isi blog belum tentu diupdate hari-hari

  3. Overall, saya bersetuju dengan pandangan ariff, tapi di luar sana masih ada segelintir advertiser yang masih memandang pada jumlah followers blog….

  4. betol2..bilangan follower ramai tu sebab just klik kotak follower tu je..bukan diorang datang baca pon sebenarnya..
    hanya sementara semua tu..

  5. kalau ikutkan ni sesuai untuk artis artis la kot..

    kalau blogger..selalunya check trafik, tapi perlukan trafik yang berkualiti juga..

    ada trafik yang datang masuk sesaat, pastu terus keluar.

  6. sebenarnya aku masih kurang mengerti dengan soalan saudari Norfa seperti dalam screenshoot tu, mungkin kena g baca komen2 dia kat sana.

    sebab kalau ikut soalan “Blog awak ada berapa ramai follower?”, rasanya itu general dan terbuka. follower boleh terdiri daripada google connect/google friends, follower juga boleh terdiri daripada pembaca setia atau trafik harian, bulanan mahupun tahunan.

    melainkan advertiser itu sendiri menyatakan maksud follower itu sendiri adalah follower google connect/friends. mahupun follower yg dimaksudkan adalah menyeluruh. mungkin saudari Norfa sendiri perlu bertanya denga advertiser itu sendiri apakah yang dimaksudkan dengan kehendak follower itu sendiri.

  7. bg namee la…tak penting pun followers ni. ada satu blog personal ni cerita pasal dia, anak2 dia and suami dia je…traffic UV atas 12k tiap hari..pageviews takyah cakap lah….puluh ribu. tapi followers dia macam 3k camtu je. tapi ramai yg suka baca blog dia. lagi satu yang penting tengok carian keywords gak. ramai tak yang google nama blog atau nama dia dia tiap hari. yang tu baru boleh judge samada blog tu ramai peminat atau tak.

    so followers ni xmain peranan sangat.

    eh terpanjang plak. sorry. haha. tahniah bertunang haritu. hujung tahun insyaAllah kalau namee larat..datang la. sbb dah sarat time tu. ekekkeke

  8. Kalau di blogspot memang seronok boleh nampak angka-angka follower tu semua tapi trafik lebih senang naik kalau guna wordpress sebab mesra SEO, cepat je Google index.

  9. Advertiser luar negara melihat kualiti blog dan ia berlainan Advertisor tempatan merujuk UV trafik. Memang sakit hendak kejar trafik hari-hari.

  10. Jumlah follower ni secara tak langsung menjadi pendorong kepada blogger2 baru untuk teruskan berblogging.. Sebab masa saya mula2 blogging dulu, mmg asyik nak kejar jumlah follower ja.. Bila nampak ramai,rasa semangat.. Tapi sekarang lebih fokus kepada traffic seperti yg bro ariffshah cakap..

  11. Tak banyak blog yang bergantung pada follower..yang aku tahu, ben ashaari..sebab dia pernah bagitahu aku, blog dia mostly visitor dari kalangan follower dia sendiri

  12. seperti blog ariff ..pertama kali baca terus sangkut dan terus ikuti setiap entri nya..
    byk point + kadg2 buat kita fikir di luar kotak!

  13. Bagi aku jumlah komen yang diterima dalam sesuatu entry yang kita hasilkan lebih penting kerana dari situ ia boleh dijadikan penentu siapa follower kita yang setia dan siapa yang hanya setakat membaca tajuk sahaja dan kemudian tinggalkan jejak agar kita respon semula .

  14. pengikut beribu-ribu pun tak guna…..kalau datang sekadar lalu jer…akak lagi suka ada org yg baca blog akak dari datang dan blah….

  15. Hmmm… Nampak tak penting bilangan Follower ni… Tapi bila bilangan Follower ramai, seakan-akan sebuah blog itu mempunyai auranya yang tersendiri, iaitu diminati oleh Pembacanya…

  16. follower bagi FA is not a priority,tetapi siapa mereka yang sudi menjengah ke blog kita setiap hari adalah lebih penting.Sebab tak semua yang follow blog kita 24h online kan?Bukan semua pembaca blog kita adalah mereka yang mempunyai blog.Rata-rata pembaca blog kita adalah mereka yang ingin mencari maklumat penting.Mereka mungkin pensyarah,cikgu,engineer,freelance, atau sesiapa sahaja.Jadi,follower blog sekarang sudah tak relevan dengan maksudnya sendiri.Just my opinionTakut nak lebih2 satg ken banned.hee.tq

Comments are closed.