Penjimatan Dan Tawaran Istimewa Melalui Smartphone

Kebanyakan orang sekarang ni dah ada smartphone kan? Nak ceritakan sedikit pasal apps baru yang akan dilancarkan di Malaysia ni. Apps yang dinamakan Pirq (disebut ‘perk’) ni fungsinya lebih kurang macam Foursquare, cuma kelebihan pada app ni ialah tawaran dan diskaun pada lokasi tawaran tertentu untuk penggunanya.

Apa yang lagi best ialah, pengguna tak perlu guna/beli kupon untuk mendapatkan tawaran penjimatan yang ada dalam apps ni. Boleh datang terus ke lokasi tawaran yang diberikan atau membuat tempahan awal melalui telefon.

Macam Mana Nak Guna?

1. Download apps ni. Ada versi untuk Apple iOS dan Android. Don’t worry. Semua dapat.

2. Kenal pasti offer yang ada di sekeliling anda. Sekarang ni mereka masih dalam fasa percubaan lagi dan sedang menambah bilangan tawaran dan merchant. Apa yang pasti, pengguna di Lembah Klang tak perlu risau, confirm ada tawaran yang menarik menanti anda.

IMG_0008

3. Pilih tawaran yang menarik. Untuk contoh ni, andaikan saya nak pergi potong rambut di Hair Fonts Saloon Sunway Pyramid.

IMG_0011

4. Ok! Ada diskaun 25% untuk pengguna Pirq XD

IMG_0012

5. Kalau saya kat kedai tu, boleh Redeem Now. Kalau tak, boleh Reserve untuk kegunaan hari berikutnya. In my case, nak Reserve dulu.

IMG_0013

6. Reservation complete!

IMG_0014

Pirq Hunter

Sempena pelancaran aplikasi Pirq di Malaysia, mereka juga akan melancarkan permainan Facebook Pirq Hunter. Game mudah je, tag lokasi berdasarkan clue yang mereka bagi. Pemenang dipilih berdasarkan lokasi tag yang paling tepat dan paling cepat.

Cari lokasi berdasarkan clue yang diberi. Peta baru unlocked selepas tiga hari.

Tag lokasi! Paling penting kat sini ialah kepantasan anda

Rasanya game ni cukup mudah dan peluang nak menang tinggi sebab anda adalah antara yang pertama mengetahui details tentang Pirq ni. So pergi try sendiri game ni and menangi hadiah yang ditawarkan.

Overall, good application. Patutlah ia berjaya di US, sampai boleh bawa masuk ke Malaysia. Kalau tengok profil Facebook saya, memang selalu check in location, jadi apps macam ni memang berguna kerana di samping dapat check in location, diskaun pun dapat kalau ada tawaran di lokasi tersebut.

Harap mereka tambahkan bilangan merchant secepat mungkin! Boleh la save duit sikit.

Thanks for reading! Don’t forget to try. Untuk maklumat lanjut, lawati:

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

24 Comments