Penganjur Sukan Yang Tidak Adil

 

Proposal: Boleh je nak tukar futsal (M), futsal (F) & futsal (F) semi final (11 jam) dengan handball (F), handball (F)  semi final & handball (M) (10 jam). Tempat pun sama..

Tak lama lagi temasya sukan tahunan antara pelajar Malaysia di universiti-universiti seluruh Russia akan berlangsung. Macam biasa tahun ni aku bercadang nak ambil bahagian dalam sukan bola baling dan bola keranjang (bercadang je dulu sebab belum ada pemilihan atau senarai pemain terpilih lagi). Tak melampau untuk aku katakan, target untuk sukan bola baling tahun ni adalah emas sebab tahun lepas dapat gangsa dan awal tahun hari tu dapat perak dalam liga yang diadakan di sini.

Jadual untuk temasya sukan tu dah pun keluar dan dah mula nampak elemen ketidakadilan dan berat sebelah pihak penganjur. Apa yang aku maksudkan ialah jadual bola sepak dan futsal yang clash antara satu sama lain, termasuklah sukan bola baling dan bola keranjang. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan pemain bola keranjang juga merupakan pemain bola baling. Apa yang pihak penganjur Moscow Medical Academy (MMA) amalkan adalah seperti pecah dan perintah di mana mereka sengaja menjadualkan dua sukan yang lebih kurang sama supaya pemain-pemain terpaksa dibahagikan atau bermain serentak dalam kedua-dua acara. Permohonan supaya jadual diubah telahpun dibuat namun mereka berkeras untuk mengekalkan jadual yang ada.

Aku tak tau tentang kontinjen dari universiti lain macam mana, tapi untuk Moscow Aviation Institute, memanglah tak pernah cukup orang untuk menyertai semua acara yang dipertandingkan. Mungkin mereka tak kisah atau mungkin mereka yakin yang mereka boleh menang, tapi pada pendapat aku apa yang dilakukan oleh pihak penganjur kali ni agak melampau dan kotor. Semasa di Kursk dulu, mereka taklah sampai nak buat jadual yang nampak sangat nak menyusahkan pemain-pemain daripada universiti lain. Kalaupun nak menang sebagai penganjur, tak payahla guna cara yang kontrovesi sangat macam ni.

Apa yang boleh dibuat supaya mereka mengubah jadual tersebut serta-merta? Senang. Universiti lain boikot je daripada menghantar penyertaan. Bila semua universiti lain memboikot, nama pihak penganjuk yang jadi busuk sebab kontinjen lain hilang kepercayaan terhadap mereka untuk menganjurkan sukan secara adil dan saksama.

Setakat ni aku rasakan Kursk adalah penganjur yang terbaik. Bila dah tengok macam ni, aku tak rasa yang MMA ni mampu untuk melakukan penganjuran sebaik Kursk dan kemungkinan besar memang jauh daripada itu. Please prove me wrong.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

30 Comments

  • aisyah

    14 March, 2011 at 6:19 pm

    after bace ni rase mcm u ponn same jee nampak nk menang je…sbb tu x puas hati bile handball n basketball clash…nanti x leh la nk dapat emas..

    • ariff

      14 March, 2011 at 8:46 pm

      everybody wants to win. what’s the point competing if u don’t want to win? The fine line here is winning by working hard or just plain cheating? If you think cheating is ok, then fine.

      oh. btw. kalau tell your friends, kalau setakat guna fake emails like coward commenting here, no point doing that. I showed my face, show yours ;)

  • Syed Ahmad Fathi , St Petersburg

    14 March, 2011 at 4:50 pm

    Saya rasa adalah tidak wajar saudara melabel pihak penganjur dengan label seperti kotor , hina dan sebagainya.

    Buat pengetahuan saudara bukan MAI sahaja yang menghadapi masalah tidak cukup peserta untuk satu acara. Dan ia bukan lah tiket untuk melabel pihak penganjur.

    Saudara harus faham penganjur telah melakukan yang terbaik dalam masa 3 hari yang singkat bagi memberi ruang kepada semua acara.

    Segala penat lelah mereka sangatlah tidak wajar dengan gelaran yang saudara berikan.

      • bdk mai

        14 March, 2011 at 9:55 pm

        yup fathi bt0l tuh,,,Ariff pnye statement wr0te by experience himself.,bkn sebrg2 je tulis,lg pon acara thon ni lg skit c0mpare to previous games.,, kami main ad target,bkn sekadar anta team n lose game n done!ok,,

  • zaza

    14 March, 2011 at 8:55 am

    salam en ariff,sy pasti pihak MMA akn mengambil langkah2 seterusnye setelah membaca hasil nukilan luahan hati awk ni,jgn risau ok :)

    tak elok kite nk menuduh membuta tuli jika kite xtau mcm mne pihak menganjur uruskn jadual perlawanan,kita tggu je ape respon terbaru dr pihak penganjur,dan xperlulah kite nk bergaduh & bertengkar di alam cyber ni,kn ade care diplomasi yg lebih baik :)

    en ariff pn pasti ade pengalaman menjadi ketua rmh sukan waktu sekolah dlu kn?ble kita di beri tangung jawab kite jgn lari & xdtg plk time sukan,nt marah plk ajk2 sukan tu kn,nt ape plk org kate kn.

    renung2 kn selamat beramal :)

    • ariff

      14 March, 2011 at 3:01 pm

      takde kaitan pun nak bongkar balik kisah silam..

      Kalau nak tukar, tukarlah. Bagus la macam tu. Sila tukar. Sangat dialu-alukan.

      • bratt

        14 March, 2011 at 9:58 pm

        yup,, cara dipl0masi ape yg saudari maksud kn??? n mreka kisah ka lau kami dok mntx tkar,mmg x kn,,? so rasenye mmg ptot pon mreka di label camtu,loser ,,, serius =)

  • lavender

    14 March, 2011 at 6:53 am

    salam.
    kita semua manusia. jadi untuk memuaskan semua pihak memang di luar capability seorang manusia. memang hak awak untuk meluahkan ketidak puasan hati dengan pihak pengurus tapi bagi saya it is not fair for u to speculate yang jadual di buat just for them to win.awak pernah urus any big event? kalau pernah n u succeeded in pleasing every single participants needs then kudos to u.if not try to put urself in their shoes.betapa susahnye nak mengurus sesuatu event yg besar lebih2 lagi di luar negara terutama sekali di russia.

    im not from MMA.saya dari kursk :) im sure they hav tried their best to make d sched as flexible as possible utk player yg bermain lebih dr 1 game.
    and as for ‘pelajar perubatan kursk tidak cekap dlm matematik’ dats just shocking.came from an educated person like u :)

    good luck in moscow games and ur studies :)

    • ariff

      14 March, 2011 at 7:09 am

      Well that’s just a joke after the incident last year. Sorry if you can’t take it, obviously that’s because you’re from Kursk. To us in MAI, we joke about that all the time. So just bare with it lah, it was a dumb mistake after all. Berpuluh-puluh orang check and kira goals, still boleh salah on your side. Bukannya banyak pun, less than 30. People always think doctors are very particular in what they do, so stupid mistakes like that should be avoided at all cost. Buat malu muka je..

      And as for the schedule, one of the representative acknowledged about using the schedule to their own advantage. That’s just it.

      • aliya

        19 March, 2011 at 5:36 pm

        salam…

        this is just another opinion..u shudn’t have said that to the organizer..u know how hard it is to organize a big event such as intervarsity game knowing that facilities in russia are very limited in term of time availability n pricing..on behalf of the other universities in russia ,i just wanna let u know how hard to handle n smoothen the organizing procedures since MAI never hosting the intervarsity game yet in case u dun know how hard n complicated it is..

        im sure the host have tried n given their best for the upcoming SIG…

        n regarding the statement yg dak kursk xterrer math sebab silap kira tu sgt2 x appropriate sbb kursk did apologize to u guys publicly..easy for u to criticize coz u have’nt done any mistake YET..come on la kita same2 malaysian xyah la nak assabiyah sgt k..

        k all the best for SIG nnti…

  • namaakulynn

    12 March, 2011 at 4:11 pm

    senang citer diorg takut kalah la tuuu..team korang hebat sgt kot..thats y laa..haha..anyway,goodluck la encik atlet!;p

    p/s:cadangan memboikot tu boleh pakai kot utk nak sedarkan diorg..^_^

  • nev

    12 March, 2011 at 12:39 pm

    mmg x pro langsung la pihak penganjur..sistem pecah dan perintah ni mmg x masuk la ngan jiwa raga students kita kt sana. u guys just a students..not a pro athlete..biaq pi la nk join bapa banyak sports pon. bersukan bersenam utk badan sihat dan cerdas. bukan nk pi jadi wakil dunia lawan ngan alien pon

  • Lord Zara

    12 March, 2011 at 11:35 am

    Sanggup tu nak menang punya pasal. MMA kat bahagian mana Ariff? Bukan M1 atau M2 kan? (sat, aku blur sekejap)

    Ni kalau dah clash, mana boleh potong badan nak main dua2? Sama macam sukan sekolah, rumah lain main kotor suruh acara 100m buat serentak dengan lompat tinggi sebab atlet aku wakil negeri untuk dua2 acara. damn~

    • ariff

      12 March, 2011 at 2:16 pm

      MMA adalah M1.

      kalau dah peringkat sekolah pun macam tu, memang tak pelik la peringkat kat sini pun diorang sanggup main kotor. entah la..

  • hanisaleeya

    12 March, 2011 at 3:46 am

    memang ketidakadilan. Apalah salahnya diasingkan waktu satu sukan dengan waktu sukan yang lain. Bukannya nak buat banyak sangat acara pun.

    Nak prove wrong? jap2.. nak bukak buku logic dengan real analysis..

    erm.. rasanya tak ada counter example ni..

    bhahah.. keluar dah bahasa2 matematik kat sini..

    psttt: tolong jangan balas dalam bahasa rusia.. hehe..

  • serol

    12 March, 2011 at 1:26 am

    same goes macam sukan sea yang akan berlangsung dekat indonesia nanti. acara2 sukan yg dipertandingkan tu semua berat sebelah kepada penganjur.

    • ariff

      12 March, 2011 at 7:39 am

      biasanya berlaku bila mereka nak sangat menang, tapi takut kalah dan dimalukan kalau berlaku adil. Jadi terpaksalah guna cara kotor.