Pengalaman Temuduga Interpreter Bahasa Russia

Reading Time: 2 minutes
The-movie-the-interpreter-657983_714_474
Kalau tengok persidangan antarabangsa, yang pakai headphone tu semua tengah dengar interpreter cakap

Tak lama dulu saya pernah menghadiri temuduga sebagai pentafsir bahasa Russia.

Pentafsir atau interpreter ni bukan mudah kerjanya, kecuali kalau anda adalah seorang yang memang fasih dalam bahasa yang bakal ditafsir. Tahap kefasihan ni mestilah sekurang-kurangnya fluent (lancar) dan paling ideal native (bahasa ibunda).

Kerja interpreter macam ni: kita alih bahasa apa yang client dengar dari sesuatu bahasa ke bahasanya. In my case, dari bahasa Inggeris ke bahasa Russia. Apa yang membuatkan kerja ni susah ialah kerja alih bahasa tu mestilah berlaku secara langsung dan berterusan, orang tu start cakap je, kita pun start cakap balik dalam Russian. Gila.

Temuduga ni saya pergi untuk mengisi kekosongan jawatan interpreter di sebuah syarikat simulator helikopter. Masa assessment, duduk dalam bilik ada seorang pilot yang akan memberikan briefing dalam English, dua orang pelajar dari Turkmenistan dan seorang wakil dari syarikat helikopter tersebut.

Pilot tu kasi briefing dalam English dan saya interpret dalam bahasa Russia. Lagi best, interpreter tak boleh berkomunikasi dengan pilot, tak boleh suruh dia ulang balik apa yang dia cakap. Agak kelakar bila tengok muka pilot dari Italy tu bertukar bila saya suruh dia ulang balik ayat pertama masa assessment berjalan.

Pelajar dari Turkmenistan ni memang faham bahasa Russia sebab negara mereka dulu berada di bawah jajahan Soviet Union. Nasib baik yang ada tu memang sporting.

Start je sesi tu, saya dah tau yang ini bukan bidang saya. Tapi memang menarik. Saje pergi nak rasa pengalaman baru sekali seumur hidup. Saya boleh terjemah apa yang disampaikan oleh pilot tersebut, tapi dalam bahasa pasar dan bukan bahasa teknikal.

Kalau nak jadi interpreter untuk syarikat ni, saya kena ambil lesen helikopter dulu di Russia supaya tahu semua technical terms dalam bahasa tersebut. Bila vocabulary tak cukup, kita akan gunakan perkataan yang hampir sama makna dengan apa yang cuba disampaikan dan ini boleh menyebabkan maksud ayat berubah. Grammar semua tak payah cerita la..

Salah satu risiko ialah pelajar boleh salahkan interpreter kalau gagal. Jadi no room for error kalau nak jadi interpreter.

Tentang bayaran, saya tak pasti. Disebabkan kerja tu ikut jam (bila diperlukan sahaja), maka takde basic pay. Anggaran saya dalam US$100 sejam. Mungkin boleh lebih daripada tu sebab memang payah nak jumpa interpreter bahasa Russia di Malaysia ni.

Mereka baru jumpa satu yang layak dan yang layak tu pun orang Russia yang dah ada 11 tahun pengalaman jadi interpreter di sini. Ada kemungkinan interpreter ni charge dalam US$200 sejam.

Pengalaman temuduga yang tak dapat saya lupakan sampai bila-bila. Jadi kepada yang belajar di luar negara, ada baiknya kalau anda belajar betul-betul bahasa asing. Ada ruang untuk buat duit kalau anda fasih dalam bahasa asing.


Posted

in

by

Comments

22 responses to “Pengalaman Temuduga Interpreter Bahasa Russia”

  1. titan Avatar

    kasi ngaji lagi biar cair bahasa rusia lu lah kalau itu macam..hoho..sejam lu letak 300-400 dollar pun..orang sanggup bayar gua rasa..

  2. Zuan Avatar

    aku ada belajar jepun dulu kat uitm, tapi sayangnya tak di praktikkan.. hurm

  3. Fakarepain Avatar

    Bahasa Inggeris pon saya tergagap- gagap.. harapan la nak jadi interpreter ni..hihi

  4. Bidadari Avatar

    Tabik la dekat Ariff. Bukan senang nak belajar bahasa Russia ni. Kerja interpreter ni memang gaji agak mahal sedikit mengikut jam dan amat payah nak lakukan

  5. Faizal Fredley Avatar

    bahasa rusia salah satu bahasa paling susah kat dunia ni..no wonder lah x ramai yang tahu bahasa rusia kat malaysia nih…

  6. azman Avatar

    Satu bidang pekerjaan yg jarang kita dengar,tapi kalau ada peluang belajar bahasa asing,jgn sia2 kan.

  7. Azz Avatar
    Azz

    Kerja ni memang kerap di underestimate. Glad you blogged about this!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Demand dia banyak dan tak ramai yang jadi interpreter. Ada market untuk job ni, tapi kena betul2 good la

      1. Azz Avatar
        Azz

        I met a few professionals in Jakarta and KL recently, and they tell me kalau court cases kadang2 boleh sampai USD500 per hour kalau dah desperate sangat. Good post bro!

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          Wow. Good money there. Thanks for sharing

  8. Naziman Azlye Avatar

    Kerja yang menarik, nilai masa sejam bersamaan dengan RM600.

  9. ismiqbal Avatar

    hebattt!! kagum la orang dapat tau bahasa selain native language………

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Takde la hebat mana pun. Kalau hebat dapat dah job tu. hehe

  10. matjoe Avatar

    fasih banjar ada yang mau interpreter dak?

  11. hafizrahim Avatar

    Apply kat company aku kalau ko pandai russia bro..bukan interpreter, tapi translator..bleh translate technical document untuk projek russia..masyuk oo

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Serius? Kasi detail lagi kat email

  12. adarain Avatar

    hebat mu fasih dalam bahasa Russia,

  13. Juan Avatar

    wow, x sangka menarik juga interpreter ni yer

  14. akubiomed Avatar

    Macam mana dengan status sekarang? Masih boleh berkomunikasi dengan bahasa Russia? :-)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Jarang sekali

  15. Mus Avatar

    kelebihan yang fasih banyak bahasa

  16. azrijohan Avatar

    memang banyak kelebihan orang-orang yang menguasai lebih daripada satu bahasa ni…