Saya lakukan pemeriksaan mata setiap tahun. Sejak pakai cermin mata, itulah rutin tahunan saya. Baru-baru ni saya check mata dan diberitahu saya mempunyai astigmatisme.
Astigmatisme tu macam mana? Mereka yang mempunyai masalah astigmatisme ni mempunyai bentuk kornea yang tidak sekata. Jadi cahaya yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokuskandan menyebabkan penglihatan menjadi kabur.
Patutlah selama ni selalu pening. Mungkin sebab cermin mata lama yang dipakai bukan untuk astigmatisme. Kalau kepala dah pening memang satu kerja pun tak boleh siap.Sebagai lelaki, saya tidak ambil peduli mengenai ketidakselesaan yang remeh ini. Tapi perkara remeh inilah kalau tak diperbetulkan akan menjadi teruk. Dalam hal astigmatisme, perlunya penggunaan cermin mata dan contact lens khas. Kamu perlu meminta nasihat daripada pakar mata dan jangan saja-saja memakai contact lens kerana ia boleh melaratkan lagi penglihatan dan kesihatan mata dan bukannya memperbaiki penglihatan.
Dan kualiti penglihatan ini sebenarnya menjejaskan keyakinan diri kita. Dalam sebuah survey yang dilakukan oleh Johnson & Johnson Vision Care di Malaysia, 97% pengguna mengakui bahawa penglihatan yang kabur menjejaskan kehidupan social mereka. Di samping itu, kajian tersebut menunjukkan bahawa sebahagian daripada simptom yang biasa dikaitkan dengan astigmatisme adalah seperti mata yang sering letih, pening kepala, sensitif kepada cahaya, tekanan pada mata dan penglihatan berganda.
Bila-bila masa saya nak pergi event, contact lens yang saya pakai sebelum ini tidak sesuai. Jadi susah kalau nak berinteraksi dengan orang lain kalau mata ni ada je yang tak kena.
Lepas menganalisa keadaan mata saya, saya mendapat preskipsi untuk menggunakan 1•DAY ACUVUE® MOIST® for ASTIGMATISM, yang mempunyai kelebihan Triple Care – Kelembapan, Oksigen dan Perlindungan UV. Saya juga diberi 5 pasang kanta sentuh pakai buang untuk dicuba selama 5 hari berturut-turut sebagai sebahagian daripada proses percubaan.
Selepas 5 hari, saya mendapati ada harapan untuk mata saya! Saya benar-benar terkejut dengan betapa selesanya mata saya memakai 1•DAY ACUVUE® MOIST® for ASTIGMATISM. Rasanya seperti saya mempunyai pasangan mata yang baru!
Apa yang istimewa tentang 1•DAY ACUVUE® MOIST® for ASTIGMATISM ini ialah ia dihasilkan dengan teknologi Auto-Focus ASD™ –membolehkan pengguna melekapkan kanta dengan pantas dan ia akan kekal berada di kedudukan yang betul untuk penglihatan yang jelas dan stabil walaupun semasa menjalani aktiviti fizikal.
Selain itu, 1•DAY ACUVUE® MOIST® for ASTIGMATISM turut menawarkan perlindungan ultraungu (UV) yang paling tinggi di dalam kategori kanta lekap toric pakai buang, yang menghalang sehingga 82% sinaran UV-A dan 97% sinaran UV-B dan sesuai untuk semua jenis aktiviti luaran.
Dan sebenarnya pakej contact lens harian adalah lebih baik berbanding bulanan kerana ianya lebih bersih dan selamat di samping mengurangkan risiko jangkitan mata akibat daripada pembersihan dan penyimpanan contact lens yang tidak baik. Tak payah susah-susah nak simpan semula atau standby solution untuk cuci contact lens tersebut. Hanya pakai dan buang at the end of the day.
Sekarang ni tak perlu risau pakai contact lens lagi. 1•DAY ACUVUE® MOIST® for ASTIGMATISM ni boleh dipakai untuk masa yang lama tanpa menyebabkan mata gatal/kurang selesa. Pergi social event pun takde masalah dah. Rasa confident all the way. Kepada yang nak try sendiri . 1•DAY ACUVUE® MOIST® for ASTIGMATISM ni boleh lawati link ni: www.acuvue.com.my/beattheblur
1•DAY ACUVUE® MOIST® for ASTIGMATISM bukan sahaja membantu memberikan penglihatan yang jelas kepada saya, malah Ianya sihat dan paling berkesan untuk mengatasi masalah astigmatisme. Cubalah sendiri untuk merasai perbezaannya!
Comments
4 responses to “Pengalaman Saya Dengan Astigmatisme dan Cara Mendapatkan Penglihatan Yang Sihat & Jelas”
Mata aku tak sesuai pakai contact lens.. Dah try macam2.. Nak taknak kena jugak pakai cermin mata hari2..
baru tahu akan masalah ini, adakah aku juga ada masalah serupa sebab simptom2 yang disenaraikan macam kena.
nampak gaya kena buat pemeriksaan semula mata ini.
tapi alangkah indahnya dunia jika tidak perlu berkaca mata lagi, asyik kena tarik dengan anak-anak jer…hehe
Aku pun ada masalah ni..nanti nak kena check lagi skali..tapi pakai contact lense..aaaa..bab tu aku malas skit. Hahaha
saya pun ada sedikit rabun juga tetapi sampai skrg x pernah pakai cemin mata. Masa belajar dulu saya selalu nak tahu apa rasa kalau pakai cermin mata (dengan aggapan jika pandangan mata jadi lebih elok), masa mencuba rakan punya yang mempunyai kuasa kanta yg rendah, rasa terkejut sebab pandangan mata terus jelas dan cerah, betul kata ariffshah iaitu mata rasa macam baru, masa tu baru tahu owh rupanya begini kalau mata kita sihat, hehe