Pengalaman Mangsa Banjir Pelajar UiTM Arau, Perlis

Reading Time: 3 minutes

Aku tak pernah lagi mengalami banjir sampai terjejas tempat tinggal. Paling teruk pun dulu masa banjir kat pekan Masjid Tanah, Melaka tapi banjir masa tu tak kena kat rumah aku pun. Cuma masa tu aku berada di tengah-tengah kebanjiran mengharungi air.. Ok.. yang tu kita cerita lain kali ya. Kali ni nak cerita pasal pengalaman seorang kenalan di Facebook tentang bagaimana keadaannya kejadian banjir di Alor Setar. Pelajar ni tinggal di kampus UiTM Arau, Perlis.

***

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

Aku sering terdengar dalam berita tentang kejadian banjir yang berlaku di sana sini, lagi-lagi musim tengkujuh ni tapi jujur aku cakap aku tak rasa sangat apa yang mangsa-mangsa banjir tu rasa. Biasanya apa yang kita nampak dalam berita adalah laporan tentang bantuan untuk mangsa banjir yang dihulurkan oleh orang-orang tertentu serta orang itu dan ini yang turun padang untuk melawat mangsa banjir. Dalam pada melihat keadaan banjir yang menimpa, rumah-rumah tenggalam aku cuma boleh kata, “uish.. dahsyat ar..” dan bersimpati terhadap mangsa banjir ni. Ya Allah, kesiannya diorang ni..

Tapi aku hanya mampu berkata-kata..

Kali ni, bila aku sendiri merasa ditimpa musibah banjir ni barulah aku tahu kesusahan sebenar yang mereka alami di negeri-negeri yang sering mengalami banjir. Itupun aku hanya dapat rasa cuma sebahagian sahaja daripada kesusahan yang dialami mereka, iaitu kekurangan stok makanan dan ketiadaan air bersih selama tiga hari.

Kalau nak dapatkan air bersih ni memang susah sebab memang kena beratur panjang. Air bersih ni penting sebab air kotor adalah faktor paling senang penyebab penyakit. Dahla hospital pun tenggelam. Kalau sakit macam mana? Pasal makanan pula kalau bekalan makanan yang dihantar tidak mencukupi, kami di ni terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan makanan. Ada yang langsung tak dapat. Ditambah pula dengan kepadatan pelajar di kolej aku serta bilangan pelajar yang banyak di UiTM Arau ni, memang kelam-kabut jadinya.

Selain daripada masalah air bersih dan bekalan makanan, kebersihan adalah satu lagi masalah besar. Habis semua tandas tersumbat, kotor dan sisa kumbahan terkeluar dari tangki kumbahan. Memang tak sanggup la nak gunakan tandas. Terlalu kotor. Mandi tu.. tak taula. Dengan air yang kadang-kadang ada, kadang-kadang tak dan tandas yang kotor, memang pandai-pandailah hidup samada nak mandi ke tak.

Pernah tak dengar bank kehabisan duit? Ya.. benda ni berlaku masa banjir. Mesin ATM kosong kat sekitar kawasan yang dilanda banjir. Kalau takde duit macam mana? Tak boleh beli apa-apa dan segala-galanya memerlukan duit lebih-lebih lagi time banjir ni. Semua orang terdesak dan kadangkala ada orang yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan daripada mangsa banjir. Nak keluar duit sampaikan terpaksa pergi ke negeri sebelah, itu pun kena beratur panjang. Punyalah lama nak tunggu giliran keluarkan duit. Masak megi dan makan pun belum tentu boleh sampai giliran lagi.

Memang susah jadi mangsa banjir ni. Lebih-lebih lagi kalau rumah sendiri tenggelam. Habis semua harta benda. Barang elektronik, kereta, motosikal dan segala-galanya lah rosak dan hanyut di bawa air. Bekalan elektrik terpaksa diputuskan atas sebab keselamatan. Yelah.. air kan boleh mengalirkan arus elektrik..

Bila musibah macam ni berlaku, aku terkenang saudara seislam aku yang dilanda malapetaka lain seperti perang dan dijajah oleh negara lain. Mereka bukan setakat takde air, makanan dan duit, malah mereka langsung tak punya apa-apa. Aku sedar selama ni aku hanyalah seorang hamba Allah yang tak tahu menghargai dan mensyukuri nikmat daipada-Nya.

Sewaktu entri ni ditulis, bekalan air baru masuk di kolej aku. Tapi itulah, manusia memang selalu lupa. Aku kesal sebab dengan serta merta berlaku semula pembaziran. Bila dah berhari tak mandi, terus nak tebus balik tak mandi tu. Yang basuh baju buka paip tapi tak tutup balik. Air bersih mengalir dan terbazir begitu sahaja. Kalau nak berus gigi atau basuh muka tu, tutup la paip air tu. Air yang masuk pun tak tentu, kejap ada, kejap takde. Ada sekali tu aku tengah tebus balik mandi, lepas syampoo rambut sekali takde air pulak. fuhh..

Sebenarnya kan, musibah macam ni banyak mengajar kita supaya jangan kufur nikmat. Tapi kita cepat lupa. Hari ni sedat tentang kesilapan, esok-esok ulan bali perkara yang sama. Harap kisah ini menjadi contoh dau tauladan untuk korang semua.

Sumber: Nukilan Prince_Witch
Olahan semula cerita: Ariff Shah
Sumber gambar: Halaqah-Online

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me


Posted

in

by

Comments

46 responses to “Pengalaman Mangsa Banjir Pelajar UiTM Arau, Perlis”

  1. Adilla Harun Avatar

    Pengalaman saya oppositelah pulak. Tak berair. Di ITM Melaka 1991. Baru orientasi dua hari, dah kena berus gigi dan berkumur guna air sirap (dari dewan makan) dalam tupperware. Ingatkan sekejap. Mak oii berlanjutan sampai semestar ke 2. Derita, terseksa sebutlah apa sahaja.

    Namun hakikatnya kesusahan itu macam satu cabaran. Result meletup part 1 dan 2. Lepas tu terus dapat offer transfer ke Shah Alam untuk DIIA. Wah! ada juga hikmahnya…

    Benar nikmat Allah yang semulajadi ni selalu kita terlepas pandang. Bersyukur cuma bila dapat pangkat, bonus, beli rumah baru, kereta baru. Setiap nafas, kerlipan mata kita tak perasan pun. Bila dah semput atau rabun baru tersedar….Itulah insan

    1. ariff Avatar
      ariff

      1991 eh.. wow.. lama dah tu. Tapi sekarang rasanya infrastruktur sana dah ok.

  2. mawar Avatar
    mawar

    saya pelajar politeknik perlis… tempat kitorg tinggi so terselamat la dari banjir. mmg sedih sngt bila tgk mangsa2 bannjir nie.. berkhemah di tepi jalan sbb rumah dh rosak teruk.. time bank semua xde duit 2 la paling seksa.. stesyen minyak xde minyak. so nk kuar pon x boleh. mmg mengharapkan bantuan la.. sedih sngtkn.. semoga keadaan bertambah pulih kn. insyaALLAH

  3. sha myheart Avatar
    sha myheart

    Kesiannya pada mangsa-mangsa banjir. Sesungguhnya mereka bukan mangsa tetapi insan terpilih untuk menerima ujian ni. Bukan semua orang melaluinya.

    Aku duk Kedah tapi Alhamdulillah, rumah aku tak kena air bah walaupun kawasan yang kena banjir tu cuma dalam 2-3 KM ja. Ramai kawan-kawan aku kena.

    Hujan cuma dua hari berturut-turut, kadang lebat kadang renyai. Masa tu memang sejuk sangat. Aku mula terfikir macam mana la orang yang kena bah, sejuk ke tak. Kalau sejuk kesian la sebab kan pindah pun sehelai sepinggang dan yang terpaksa redah air banjir tu lagi la sejuk.

    Tapi aku mula rasa sedap hati bila terfikir yang kerajaan akan tolong dan bagi bantuan seperti makanan, pakaian, selimut, tikar, dll.

    Namun, bila sehari dua ni tengok tv, diorang merungut makanan tak cukup, air bersih nak ambik pun kena berebut-rebut. Rasa kasihan sangat.

    Ada pemberita menemuramah seorang lelaki, nampak macam kaki masjid, orang Kedah.
    Bayangkan, makan tengah hari diberi pada masa diorang bersembahyang Zuhur/Jumaat, bila balik dari sembahyang, makanan dah habis. Manakala makan malam pula dihidangkan pada waktu sembahyang Maghrib, bila sudah solat, makanan dah habis. Sadis.

    Adakah orang yang bagi makanan tu tak menggalakkan orang sembahyang berjemaah? Entahla, aku tak tau keadaan sebenarnya.

  4. Anwar Osman Avatar

    Itulah negeriku Perlis Permai Lagi Mempersona. Ramai orang suka kutuk, tak sukanya duduk kat Perlis nie. Panas sangat. Terik sangat.

    Alamak, skrg dah tambah lagi satu. Sejuk sangat pulak di malam hari.. nak turun kemana2 pun ada air bah. Macamana pun sebagai rakyat negeri Perlis, aku tetap sayang negeri aku yang kecik tu.

    Orang yang membenci tadi bertambah benci. Takpa, bumi Allah juga. Ada pro n cons nya everywhere we go. Face it, jgnla duk pandang yang negative saja. Ada juga positifnya berlakunya sesuatu musibah itu.. Tahniah buat penulis kerana berjaya mensyukuri nikmat Allah. Respect.

  5. L.Y.N.N Avatar

    baru je balik dr perlis ni….
    sempat lah rasa keadaan kn redah banjir..
    tpaksa lalu jln bendang yg sempit lagi menankutkan jam 2pg!
    pengalaman yg xkn lupa oh..

  6. apit Avatar
    apit

    hari ni dah ok ka kat sana?

  7. Kancilbiru Avatar

    kampus arau memang jejas teruk jugak….sampaikan pasukan sukarelawan UiTM ditubuhkan khusus untuk membantu student kat sana…kesian sungguh…first time jadi gitu rasanya…

  8. red ONe Avatar

    semoga mangsa2 banjir tabah menghadapi dugaan daripada Allah dengan hati yg tenang

  9. Bone Avatar
    Bone

    Itulah manusia… bila susah baru teringatkan Allah. Tapi bila dah senang lupa nak bersyukur ke atas nikmat-Nya.. =/ benda ni selalu berlaku dekat aku…

  10. naimorange Avatar

    tue arrrr,kecian mereka, one of my friend travel balik melaka ngan bas sambung. gilerw arrr die nyer cabaran harungi segala bagai, sumer due to banjir kat uum kan.adehhh kecian mereka

  11. cahaya Avatar

    banjir kali ni memang teruk..sampai kakak bf sy pon tak jadi konvo kat uum..konvo di tunda entah bila. dulu memang tempt sy ada banjir kat pahang.org ckp paling teruk lepas tahun 1970an tak silap. masa tu sy baru tahun 2 kat u. masa tu cuti sem. nak balik u lagi sebulan tapi risau je sebab jalan ke bandar terputus. tempat kitorang terputus jalan keluar. beras harga 40 hingga 50ingit 10kg pon habis je dalam masa 2 3 jam. sampai nak ke bandar kena guna bot n truck askar DRB HICOM. sebab air dia naik dah mcm laut. siap berombak2 lagi. bila dah reda sikit kitorang g tengok jalan yg terputus tu. perghhh..macam tsunami..takt gile..huhu..tp sekarang asal dekat2 nk ujung tahun je..kawasan kitorang akan gali parit2 bagi dalam n lebar. bg air lalu dan tak banjir dah..

  12. idah Avatar
    idah

    harap smua mangsa banjir selamat smuanya… harap kawasan kuala perlis ni x apa….

  13. noorafzan Avatar
    noorafzan

    ku pernah alami pengalaman banjir. tapi mmg tak seteruk di kedah dan perlis la.
    tapi still banjir mmg sampai pinggang dan harta benda semua rosak.
    kami sekeluarga kena berhimpit-himpit di masjid bersama mangsa2 banjir lain. dan hanya dapat makan biskut kering plus kopi untuk alas perut semalaman.

    kesian pada abangku yang baru je lepas kena 12 kali jahitan di peha akibat accident motor. Redah jugalah air banjir walaupun luka di peha tak baik lagi.

  14. izwan Avatar

    di utara musibah banjir.. selatan baru nak pulih dari kesan letusan gunung berapi.. sama2 lah doakan kesejahteraan umat islam di sana..

  15. hazel ruslan Avatar

    aku selaku mangsa banjir memang mengaku habis la. rumah aku terputus bekalan air bersih. dah tu, air lak naik paras pinggang. kerugian? eheh… jangan tanya la… juta-juta rupiah… cuaca lak tak menentu.sekejap hujan , sekejap panas… dek kerana cuaca tak menentu. aku lak demam… T.T)/

  16. arrizz Avatar
    arrizz

    aku doakan segala kesulitan yang ditempuhi oleh mangsa-mangsa yang terlibat diringankan..

    1. ARieF Avatar
      ARieF

      amin..
      semoga diorang tabah n sabar

  17. syafiqah Avatar

    huhu…takziah kpd mangsa banjr…

  18. myvitrd Avatar

    sapa2 yang jadi mangsa banjir ni memang kesian..sebab aku pernah mengalami masa banjir besar d Johor tahun 2006.. semua barang2 umah rosak.. kepada mangsa..banyakkan bersabar ye

  19. RedBoys Avatar

    dorg yg kena banjir saja yg tahu betapa susahnya hidup ketika itu.. harap mereka yg kena banyak2 bersabar..

  20. syahrilhafiz Avatar

    urm dah lama tak merasa dok dalam banjir ni..
    tapi area tempat aku kt kedah, alhamdullilah tak teruk sangat..
    tapi area pendang apa tu dan sewaktu dengannya dengaq kata bah teruk gak la..

  21. cik ciput Avatar

    saya salah seorang mangsa banjir di perlis.rumah di tmn sri bakau kangar naik air sampai ke paras pinggang. pgi tadi pegi nak basuh rumah, tpi still x boleh lgi.jalan masuk ke tmn pun masih di paras lutut..peti ais terbalik.almari baju nak roboh.book shelf hancur.sungguh kotor.dugaan Allah.

  22. fim Avatar
    fim

    kami dah alaminye…kami sendiri yang rase..memang derita jadi mangsa banjir nie..tapi syukur sekarang da kembali normal,n banyak hikmah yang kami dapat daripada peristiwa tu..

  23. afiqaiman Avatar
    afiqaiman

    umah aku di kawasan yang agak tggi so xkena la banjir ni-apa pun aku sgt bersimpati dengan mangsa banjir terutama orang jitra, tahun 2005 dah kena sekali, habis duit beribu untuk baiki rumah dan kereta, tahun ni kena lg, ujian dari Illahi

    1. RedBoys Avatar

      umah aku pon tinggi juga.. tp kesian jugak tengok dorg yg kena.. aku turut simpati.. habis semuanya.. dugaan Illahi..

  24. nabilpotter Avatar

    matrik ak dulu tepi je dengan uitm arau..

  25. anis madu Avatar

    aaaa.. kawan saya punya nukilan la ni.
    betul tu betul. kitorang kat uitm arau ni cuma terkena tempias banjir je.
    air takde, bekalan makanan takde, cukup buat kitorang rasa seksa.
    waktu final exam macam ni, memang DUGAAN la buat kami.
    apa pun, alhamdulillah semuanya dah kembali pulih.
    pengalaman first year buat kami kat sini. :)

    allah kalau nak bagi dugaan, macam-macam cara.

  26. cikgufarha Avatar

    Hemmm bila bc apa yg kamu lalui, teringt kat sepupu. Dia sekrg pon kat Uitm Arau. first year kot. hope kamu semua tabah ye =)

    1. PrinCe_WiTcH Avatar
      PrinCe_WiTcH

      saya sendiri baru first year dekat UiTm Arau ..

  27. Fitrihadi.com Avatar

    umah eden kat perlis..alhamdulillah tak naik air walaupun dekat dengan empangan timah tasoh…

    1. RedBoys Avatar

      uishh.. mcm mana umah ko tak naik air? pelik2.. bukan habis satu perlis kena kan?

  28. raikhal Avatar
    raikhal

    ermmm..kt perlis ni mgg teruk banjir….rumah saya kat kangar air msuk dalam rumah paras pinggang..abis semua barang2 rosak…housemate blik rumah tengok2 mesin basuh dengan tong gas boleh terapung..semua 2 dugaan.kami bru pndah plak 2..bulan 8 ari2. mgg sdey sgt.tmbh2 time xzm ni…

  29. TheSharkox Avatar

    Bro… A. Setar tenggelam.. UUM punya final exam yang spatutnya minggu ni, postpone lepas raya haji, konvo UUM minggu lepas pun postpone ke tahun depan..serius, memang banjir kali ni lagi teruk dari tahun 2005 dulu. Sekarang ni budak2 UUM nak balik kampung pun tak boleh, pasal takde bas yang boleh masuk ke UUM pasal bas pun tenggelam kat pekan A. Setar.. isk isk isk

    1. PrinCe_WiTcH Avatar
      PrinCe_WiTcH

      memang banjir kali ni ramai kate yg t’buruk pernah jadi since 2005 ..
      hope bersabar je ye..
      dugaan Allah ..

      1. RedBoys Avatar

        btul tu.. aku dok jitra ni pon habis air naik.. teruk kali ni

  30. Lord Zara Avatar

    Aku kena banjir kat rumah Atok masa kecil2 dulu~
    masa raya harung air, oh, sangatlah menyakitkan~
    >..<

  31. suffer8zine Avatar

    uum lagi siap tangguh final exam, teruk banjir kali ni, fuhhh, mintak2 cepat surut la

    Terkini : Mati disengat tebuan

    1. RedBoys Avatar

      ha’ah.. btul tu.. terpaksa tunda dulu..

  32. noah darham Avatar

    salam..

    anyway ND pon merupakan mangsa banjir dekat perlis.mungkin tempat belajar ND – IPG Kampus Perlis tak seteruk dekat arau kot.tapi time banjir nih memang macam-macam yang jadi.paling susah nak dapat bekalan makanan.bantuan pon kadang-kadang lambat.jadi terpaksa mengenyangkan perut dengan makan roti atau pun maggi.paling tak bestnya sebab banjir kali nih time exam.oohhh memang harulah jawab exam fikir rumah yang kena tenggelam, buku, baju yang tak dapat diselamatkan.
    time banjir nih jugaklah ramai yang sibuk nak balik rumah.padahal kita tak tahu apa jadi dekat luar tuh.berduyun-duyun guru pelatih nak keluar daripada kepulauan perlis nih.pula tuh cuti deepavali kan.tapi selagi exam tak habis ND memang tak keluar daripada maktab nih.bila cerita pasal duit, ND sanggup pinjam basikal junior semata-mata nak pergi jejawi withdraw duit.memang sengkek habislah.paling tak syiok bila dekat jejawi langsung tak de air banjir!!dan peniaga makanan pula ambil kesempatan naikkan harga makanan.memang siuuuuut jerk..

    1. PrinCe_WiTcH Avatar
      PrinCe_WiTcH

      yup .. saya setuju ! ^__^

  33. syafiq.net Avatar

    aku ada di matrik kedah beberapa tahun dulu yang mana terjadi banjir agak besar. uitm masa tu tengah nak ambik pelajar baru. tangguh terus. sebab banjir. seluruh matrik masa tu jadi pulau. dewan jadi pusat pemindahan.
    kitorang lepak asrama. memang dasat. harga makanan naik. air tak de, enjin tenggelam dalam air. tapi aku nampak tahun ni lagi dasat.

    dan pasca banjir adalah benda yang paling tak menarik sebab semua sampah yang tersembunyi akan terkeluar lepas banjir. di matrik dulu padang tu penuh dengan sampah sarap.

    1. zharmin Avatar

      lepas tu bangunan semua kena cat baru sebab penuh dengan lumpur banjir…motor dengan kereta semua kena hantar bengkel sebab dah masuk air..

  34. SYAMIL Avatar

    pergh
    memang sedih baca entry ni. betullah kita ni manusia yang memang tidak tahu bersyukur. bila tak dapat, macam2 mintak kat Allah, bila dah dapat, guna mcm tak ingat dunia.aduhai

    1. RedBoys Avatar

      stuju tu bro.. manusia memang cepat lupe..

  35. zharmin Avatar

    Aku simpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir..Aku pernah merasa banjir kat kampus dulu kat Batu Pahat.Masa tu hujan tak la selalu sangat tapi sebab paras air kat empangan dah nak melimpah dan takut empangan pecah, so bukak empangan..hasilnya banjir satu kampus sebab kampus kawasan rendah. Sama la kes dengan perlis ngan kedah ni. Air kat paras pinggang..lecturer terus batalkan semua kuliah sebab air naik cepat sangat..takut tak boleh keluar dari kampus..masa tu merasa la susahnya nak kesana kemari..jalan banyak tak boleh lalu..Kedai makan pulak semua tutup sebab tak boleh berniaga..

    Harap mangsa banjir ni bersabar dengan dugaan yang menimpa..