Climbing tower yang aku panjat semalam
Semalam lepas buka puasa dengan seorang kenalan ni (dont play-play, nama dia tersiar di saluran National Geographic malam tadi) Syah angkut aku pergi lepak dengan budak-budak nih. Huh.. nasib baik time tu lepak kat USJ Taipan je, kalau jauh tak dapat join dah. Maka lepas melepak kat Taipan, berangkatlah aku berjumpa Eny, AyongQiela, Een, Paeh, Hanz, Zul ngan Aman kat Shah Alam.
Budak-budak nih layan shisha, tapi malas la aku nak bershisha. Buat sakit tekak je. Dulu try sepam dua boleh la, sekarang dengan batuk macam ni lebih baik aku elakkan daripada aktiviti yang tak sihat. Lepak mamak sekejap, lepas tu berangkat lepak kat Shah Alam Extreme Park. First time aku pergi extreme park nih.
Ada gaya rempit tak?
Dah lama sebenarnya nak try wall climbing ni. Tengok macam senang, takdelah rumit mana pun cuma kena pandai gunakan kekuatan kaki dan tangan. Oh.. aku cukup suka aktiviti camnih. Jadi malam tadi nasib baiklah mamat yang melepak kat situ kasi peluang kat kitorang untuk try wall climbing. Teruja aku. Kasi Hanz try dulu, dia boleh lepas sampai atas. Lepas Hanz aku try lak.
Disebabkan aku ni dah lama tak sihat (seminggu lebih rasanya) maka memang badan aku dah tak fit untuk apa-apa aktiviti lasak. Dapat panjat halfway, tapi kat tengah-tengah tu tangan aku dah start kejang. Hampeh betul. Buat malu je.. Biasanya kalau benda macam ni memang no problem bagi aku. Jadi bila dah kejang tu, tak boleh nak panjat lagi terpaksalah lepas je. aaa… aku kecewa! Tak suka jadi orang sakit.
Oklah, kurang2 aku boleh cakap aku dah pernah merasa main wall climbing
Muka penat bersama budak sakit, Eny
Lepas main wall climbing tu, terus beransur. Cukuplah kegilaan untuk malam tu. Best gak lah Shah Alam Extreme Park tu. Macam-macam ada. Nak main sampai pagi pun takde hal. Masa aku lepak sana antara pukul 2-3 pagi, ramai lagi anak-anak muda melepak sambil main skateboard, wall climbing dan sebagainya. Bersukan, kira oklah tu daripada pergi tempat-tempat lain yang merosakkan akhlak ni.
Bersama penunggu gua yang lain
salam beb na join wall climbng ni ngn sape na refer ya bg tnjuk ajar keyt bole..serius mmng berminat
betul. kalau silap gaya, memang tak lepas punya.
aku tak pernah main..tengok orang main macam best je