Pengalaman Bawa Anak Kecil Travel Ke Luar Negara

Reading Time: 6 minutes
ariff shah travel naurah-2
First time tengok Fujisan dulu Naurah masih dalam perut. Now, out and kickin’

Travel luar negara dengan anak kecil ni adalah satu pengalaman baru yang menarik untuk dirasai. Paling ideal kalau nak experience adalah bila anak masih seorang dan umur dah dekat setahun. Kalau kecil sangat kesian pulak kat baby tu dan kalau dah lebih daripada satu, takut kita je tak menang tangan.

Dulu saya selalu tertanya-tanya, apesallah orang ada anak kecil ni sibuk nak travel. Anak kau kecil lagi, bagilah besar sikit dulu baru travel. Kesian budak tu. Bila dah ada anak sendiri, baru tau. That is not exactly the case la. Asalkan boleh manage baby tu, makan, tidur dan main dia tak terganggu, ok je.

At the end, bergantung kepada diri sendiri jugak. Kalau nak berjalan masa anak masih kecil, kena ada extra effort sikit.

Lokasi Travel

Tak digalakkan untuk travel jauh-jauh, terutamanya kalau direct flight 8 jam dan ke atas. Serba serbi susah dari segi nak calm down baby tu kalau dia takde mood dan dari segi nak tukar pampers. Sebenarnya, paling susah nak tukar pampers la. Bayangkan 3 orang dalam lavatory sempit aircraft tu. Kat dalam kapal terbang, kerja tukar pampers bukan kerja seorang lagi sebaliknya kerja dua orang paling kurang.

Hari tu mother-in-law pun terlibat sekali nak calm down Naurah sebab masa nak tukar pampers Naurah pulak tengah takde mood.

Lagi satu tentang lokasi ni ialah biarlah negara yang nak pergi tu negara maju. Negara maju macam Jepun adalah safe bet. Toilet yang bersih, free & available anywhere, very reliable public transport system dan tourist friendly. Tak berani nak pergi ke negara membangun lain. Bukan tak boleh, tapi antara sanggup nak susahkan diri atau tak je. Kena ingat ya, anda nak travel dan enjoy the trip. Pilih lokasi yang convenient dan kemudahan awamnya lengkap.

Kat Jepun ni banyak convenience store macam 7-11. Selain 7-11, ada 2-3 jenama kedai macam ni lagi. Setiap lokasi kedai ada toilet yang bersih, siap ada tempat untuk salin pampers dan kadang-kadang ada yang sediakan air panas untuk pelanggan. Jadi senang nak buat susu walaupun kat luar.


Makanan

Semua makanan Naurah sepanjang 11 hari kami di sana dibawa dari Malaysia. Simple food je seperti Heinz soft food yang dalam pouch tu (I know benda ni mostly snacks je), biskut dan susu. Yes. Dua kotak susu dibawa dari Malaysia. Nak cari barang baby kat Jepun bukan macam kat Malaysia. Walaupun ada banyak convenience store, tak semestinya makanan baby ada sekali.

Naurah jenis yang tak makan sangat dan susah nak bagi makan. Dia suka makan apa yang saya & wife makan. Tapi susah jugak macam ni. Makanan Jepun yang dia makan adalah chawanmushi dan ice cream.

Stroller or Baby Carrier?

ariff shah travel naurah-4
Nasib baiklah ada adik ipar sekali hari tu. Kalau tak, jenuhlah bapaknya nak kena angkut stroller sorang-sorang everytime lalu subway yang takde lif. Tengok muka tuan puteri tu. Muka puas hati

Why not both? Stroller generally tak kira sangat beratnya kalau naik AirAsia sebab dimasukkan ke dalam kargo masa dah sampai kat pintu kapal terbang. Jadi kami tak check-in stroller masa kat kaunter check-in. Cuma masa nak balik, check-in kaunter kat airport Haneda suruh masukkan sekali dan guna stroller airport. Good thing is, berat stroller tak diambil kira dalam kuota check in luggage yang kami beli. Walau bagaimanapun, no guarantees untuk anda ya. Benda ni takde black and white, kadang-kadang benda yang tak kira boleh dikira sekali. Low cost kan.

Kalau nak jalan jauh dan keluar lama, stroller penting sebab Naurah mesti nak tidur. Baby carrier hanya untuk short trip dan kalau nak jalan kat shopping mall. Dan kalau kat shopping mall, boleh guna stroller shopping mall. Still kami bawa jugak baby carier tu sekali. Sumbat je dalam bakul stroller.

Kalau guna train dan metro, ada stesen yang sediakan lif untuk stroller and disabled. Ada yang tak. Stesen metro/subway kadang-kadang takde kemudahan lif ni. Kalau train/komuter (JR line), biasanya memang ada lif. Bila takde lif, angkutlah macam dalam gambar atas tu.

Kalau travel dengan baby, stroller memang penting dan mesti bawa sekali. Baby carrier kalau takde, takpe.

Pampers

Ni paling penting. Kat Jepun ni pelik sikit. Walaupun jenama pampers Mamy Poko datang dari Jepun, sangat susah sebenarnya nak cari pampers ni dijual di mana-mana kedai di sini. Barang untuk baby bukan common item kat sini.

Jadi bawalah pampers secukup mungkin untuk kegunaan sepanjang travel. Masa packing, memang ada satu beg hang luggage khas untuk barang Naurah je.

Pakaian

Letting her crawl and play freely at Hama-Rikyu picnic grounds… #naurahgoesjapan

A photo posted by Nur Zalikha (@n_zalikha) on


Jangan terkejut kalau baju anak lagi banyak daripada baju mak ayahnya. Terima jelah. Memang kalau travel dengan budak kecil ni, logistik semua fokus pada barang-barang anak je.

Sekurang-kurangnya masa ni kita sedar yang pakaian sendiri pun banyak tak perlu bawa. Contoh, kalau seluar berjalan tu bawa dua pasang cukup dah selain seluar pakai kat rumah dan kain untuk solat. Disebabkan travel lama dan tinggal di apartment, bolehlah nak buat laundry sikit-sikit kan.

Kalau jalan waktu musim bunga ni, bawalah jaket sehelai sebab kadang-kadang cuaca sejuk jugak waktu ni.

Dalam Flight

Saya lebih suka flight malam sebab senang. Masa nak balik dari Tokyo, Naurah tidur and saya & wife pun boleh tidur sekali walaupun tak semestinya dapat tidur all the way. Sebab tidur on and off ni, rasa flight tu sekejap je berbanding kalau fly 7 jam waktu siang.

We survived. And yeah she did business big-time but we managed ?? #banyakdayangtolong #naurahgoesjapan

A photo posted by Nur Zalikha (@n_zalikha) on

Masa nak ke Tokyo, banyak betul ragam sebab dia bosan tak dapat bergerak sangat. Nasib baik masa pergi travel dengan mama and adik ipar, at least ramailah jugak nak melayan Naurah masa dia bosan. 2-3 kali jugaklah saya bawa dia pusing satu aircraft tu.

ariff shah travel naurah-7

Dalam flight Naurah tak tidur sangat walaupun ada bassinet. Bassinet pulak kecil sebab Naurah ni panjang, lepas ni memang takde dah nak duduk dalam bassinet tu. Dia pun tak selesa. Kalau tidur dalam bassinet, kena angkat baby bila ada turbulance. So memang tidur tak lena la kalau fly dengan baby ni.

Kos

Selain daripada kena bayar lebih sikit untuk tiket flight, lain-lain kos rasanya takde. Please take note ya untuk bassinet seat, anda perlu book seat depan sekali dan seat ni dikategorikan sebagai hot seat kalau naik AirAsia. Hot seat ni kadang-kadang cepat habis terutamanya untuk flight yang jauh macam Jepun. Kos untuk dua seat adalah dalam lingkungan RM300 one-way. Bassinet seat yang selesa adalah yang side aisle, bukan middle.

Kat Jepun, kalau nak masuk mana-mana including public transport semuanya free. Cuma kalau drive tu, kenalah sewa baby seat sekali untuk keselamatan.

Selain tu takde kos tambahan sangat kalau travel dengan baby kat Jepun ni.

ariff shah travel naurah-3
Kalau nak masuk hutan or panjat gunung, lupakan stroller. Apa? Ingat ada baby tak boleh buat semua tu ke?

Baby Chair

Satu lagi benda yang kurang ada kat Jepun ni ialah baby chair. Memang kalau keluar makan, susah sangat nak cari baby chair kat kedai-kedai makan di sini. Saya rasa tak lebih daripada tiga kedai yang sediakan baby chair sepanjang 11 hari kami jalan-jalan dan makan-makan di kedai-kedai sekitar Tokyo. Jadi samada Naurah duduk dalam stroller atau gilir-gilirlah antara saya dengan wife dukung dia masa makan.

Nampak kan betapa pentingnya stroller tu?

*****

ariff shah travel naurah-1
Tertunai hajat nak tengok Fujisan masa ada salji atas tu. yeay~

Overall, it was a nice experience. Siapa kata ada baby tak boleh travel dan tak boleh enjoy travelling? Looking forward to our next travel dengan budak kecil ni.


Posted

in

by

Comments

7 responses to “Pengalaman Bawa Anak Kecil Travel Ke Luar Negara”

  1. Noriza_mommavogue Avatar

    Untung la kecik2 dah travel jauh

  2. ohcikgu Avatar

    dah rasa macam ko rasa.

    kena plak anak laki.

    memang lasak giler la.

    haha..

  3. mohdhiruan Avatar

    amboi untungnya… kecik2 dah pegi jepun :-)

  4. Media Sensasi Avatar

    Memang seronok travel dengan baby bwh setaun nie.. x byk songeh kan.. btw, anak i yg baru setaun 3 bln nk travel ke stiap negeri dalam msia nie.. ehehe

  5. akubiomed Avatar

    Seorang okay kot. Boleh gilir-gilir berjaga. Macam saya ada 5 orang risau nak berjalan-jalan selalu sahaja memerhatikan semua mesti ada berdekatan.

  6. Nurolhuda Avatar

    Salam ukhuwah. Jauh perjalanan luas pemandangan. Kenangan ini tentu akan diceritakan kembali kepada Naurah bila meningkat dewasa nanti. Jepun antara negara yang paling bagus dari sudut penyediaan dan kelengkapan untuk orang awam.

  7. Anne Avatar
    Anne

    Kesemua tips Abg Ariff bagi memang bertepatan. Thank you ;) Saya nak tambah 1 point, ikut pendapat & pengalaman saya berjalan dgn anak2 buah kecil…kalau boleh nak berjalan anak tu sekurang2nya dah boleh cakap…pelat pun takpe (tapi kena faham la apa dia cakap). Saya rasa benda ni penting sebab kita senang tau apa yg dia nak/perlu time tu. Sejuk ke, jaket panas sgt ke, lapar ke, penat ke, tak selesa ke…senang kita nak tahu…bila dia buat perangai, kita tanya kenapa, dia bagitau sebab apa, kita dah tau camne nak tolong dia…Kalau baby tak reti cakap asyik nangis2 kita dah try segala benda tapi tak reda2 juga boleh jadi holiday stress lagi2 kat tgh2 kota asing yg kita tgh cuba sesuaikan diri dgn limited resources in hand. Itu saje input drpd sy yg masih single kakakakaka