5 Kekangan Utama Yang Menghalang Anda Berjaya Dalam Bisnes – #5 Ada Pada Semua Orang

jordan belfort wolf wall street KL

Seperti yang dikongsikan oleh Jordan Belfort Wolf of Wall Street dalam sesi ceramahnya di Hotel Istana, Kuala Lumpur 18 Ogos 2014.

#5. Mindset

“Boleh ke tak ni?” “Kalau gagal macam mana?” “Apa pulak orang kata kalau buat bisnes macam ni?” Masalah mindset ni semua orang ada dan masalah inilah yang menjadi penyebab utama yang mengekang anda daripada berjaya dalam bisnes.

Ramai yang teragak-agak dan akhirnya langsung tak memulakan bisnes sendiri. Ramai yang tak memandang bisnes sebagai sesuatu yang serius dan akhirnya tidak menerokai peluang dan minat yang ada. Ramai yang sekadar hanya mempunyai idea bisnes yang hebat, tapi idea hanya tinggal idea kerana tiada inisiatif untuk merealissasikan idea tersebut.

Tak kurang juga ada yang dah lama dalam bidang bisnes dan ingin mencapai tahap seterusnya tapi masih ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri. Bila ada mindset yang mengehadkan kebolehan kita, segala kejayaan yang telah dicapai sebelum ini akan dilupakan dalam sekelip mata.

#4. Tidak Memahami Peraturan Bisnes

Kenapa kita buat bisnes tu? Bagaimana nak berjaya? Berapa lama nak buat bisnes? Dan semua jenis persoalan perlu dijawab sebelum memulakan bisnes. Pendek kata, kalau nak gagal dalam bisnes, pastikan kita gagal bergaya atau fail elegantly. Maksudnya kat sini, bila kita buat bisnes, kita dah buat semua kerja rumah dan nampak potensi bisnes tersebut.

Jadi kalau pun kita gagal, sebab utama kegagalan tersebut berkemungkinan besar adalah dari segi faktor luaran yang tidak disangka-sangka, bukan daripada kelemahan kita sendiri atau kelemahan perancangan bisnes kita.

#3. Tidak Tahu Bagaimana Mendapatkan Modal

Sebenarnya, nak dapatkan modal untuk bisnes adalah satu perkara yang mudah. Duit ada di mana-mana, semua orang ada duit.

Apa yang anda perlu tahu adalah daripada mana sumber duit yang boleh anda gunakan untuk menjadikan modal bisnes, dan bagaimana untuk mendapatkan modal tersebut. Bila kekangan #4 dan #5 berjaya diatasi, masalah modal ini bukan lagi menjadi masalah anda.

#2. Tidak Memahami Marketing

Kaedah marketing perlulah murah, berbaloi dan memberikan banyak kebaikan kepada pelanggan anda. Dalam erti kata lain, kaedah pemasaran paling efektif dalam zaman sekarang ini adalah dengan memberikan nilai kepada pelanggan anda terlebih dahulu.

Bila pelanggan dapat nilai daripada anda, mereka tidak berfikir panjang untuk membelanjakan wang mereka pada anda atau produk anda.

#1. Tidak Berupaya untuk Close The Deal

Mindset dah betul, perancangan bisnes dah ada, modal ada dan marketing pun ada tapi anda masih gagal untuk close the deal.

Dalam apa sahaja bisnes, matlamatnya adalah sama iaitu untuk melangsaikan urusniaga tersebut. Kegagalan untuk melangsaikan urusniaga ni mungkin berpunca daripada kegagalan anda dalam perundingan atau anda tidak mempunyai pengaruh yang cukup terhadap prospek anda.

Dari mana datang pengaruh dan kepercayaan client kepada anda/produk anda? Of course daripada pemasaran. Rasanya tak perlu saya ulang apakah itu kaedah pemasaran yang paling berkesan pada masa kini.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy. Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers' comments.