Penat Berseminar

Untitled

Kali ketiga dengar seminar dia, takkan tertipu lagi

Hujung minggu dihabiskan di Johor Bahru untuk mengikuti seminar hartanah sesi selatan anjuran Tuan Bri dan Abang Ensem. Dah beberapa round dengar seminar mereka, dah boleh hafal.

Tujuan jemputan adalah untuk memenuhkan Estima yang menjadi kenderaan kami ke sana. Turut serta dalam memberikan talk adalah saudara Naharul yang akan menganjurkan sesi sembang banker hujung bulan ni. Dia tahu segala-galanya berkaitan loan rumah.

Memang banyak dah berubah kat Johor Bahru. Last time datang flyover besar yang menghala ke Singapura belum lagi start dibina. Jalan depan imigresen dan kastam Johor dulu memang huru-hara dan sesak. Sekarang semua dah siap. Cantik!

Tak sangka stesen bas Larkin masih beroperasi dan penuh sesak macam biasa. Negeri lain dah ada hub bas yang baru, takkan Johor masih lagi dengan Larkin? Atau saya tak tahu ada stesen bas baru?

Terima kasih kepada AE kerana menjemput. Kalau tak memang tak tau bilalah nak jejakkan kaki ke Johor Bahru ni. Penat masih belum hilang walaupun datang setakat jadi tukang ‘pau’ AE. Dua round makan siakap hari tu.

Comments