Penat Bekerja

Itulah jawapan kepada blog yang tak update setelah sekian lama ni. Kalau dulu dah cerita sedikit sebanyak tentang skop kerja sebagai design engineer, sekarang skop kerja dah bertambah, kena jadi tech services engineer untuk support aktiviti MRO Airod Aerospace Technology.

Turnaround untuk job technical services ni kena pantas, kalau boleh hari ni dapat task, esok dah boleh settle. Penat sebab kena melawat hangar selalu selain penat nak siapkan report supaya tak lambat hantar. Memang kena minta naikkan gaji.

Takkan update blog ketika bekerja dan bila dah balik, memang takdelah idea nak update sebab badan pun penat. Macam minggu ni bila semua job dah closed dan hanya pending solution daripada pihak Boeing, boleh relax sikit. Lega.

Dan minggu depan LIMA 2013. Boss takde seminggu. hehe…

P.s. Video ni memang korang kena tengok. Wajib.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

35 Comments