Pembukaan Semula Bolshoi Teater (15 Gambar)

Apa yang hebat sangat pasal Bolshoi Theater ni? Sama juga macam Red Square dan Church St. Basil, Bolshoi Theater adalah salah satu landmark terpenting di Moscow sehinggakan ia dicetak dalam wang kertas 100 ruble di sini. Teater ni dibuka pada tahun 1825 dan kini berusia 186 tahun. Pernah terbakar beberapa kali, hampir dimusnahkan dan telah dibina semula berkali-kali menjadikan Bolshoi Teater ni sangat istimewa.

Pembinaan semula yang memakan belanja sebanyak US$700 juta ni mengambil masa selama 6 tahun untuk disiapkan. Tempoh ni sebenarnya sangat lama disebabkan banyak masalah birokrasi di Moscow. Anda yang selalu komplen jabatan kerajaan buat kerja lembab boleh try berurusan dengan birokrasi di Russia. Berpuluh kali lebih leceh dan lembab.

Bolshoi dalam bahasa Russia bermaksud besar dan kalau korang semua tak tahu, the Russians lah yang biasanya terbaik dalam memberi maksud sebenar perkataan ‘besar’ itu. Nak tau teater ni besar mana? Check out gambar-gambar kat bawah ni.

Comments

    • Ariff says

      Best tak best tu lain cerita. Saya lebih tertarik kepada senibina dan saiz teater ni. Cantik dan memang besar

Trackbacks