Pemansuhan PTPTN (2)

Kita sambung cerita pasal PTPTN. Saya dah baca dan faham apa yang mereka cuba lakukan. Dari keseluruhannya, saya suka idea mengurangkan pelajar masuk ke IPTS yang sekarang ni tumbuh bagai cendawan lepas hujan.

Kepada yang tak tahu, bukan sahaja pelajar ramai yang masuk ke IPTS (pinjam PTPTN dengan banyak) malah lecturer IPTA pun buat part time mengajar di IPTS sehingga kadang-kadang mengabaikan kelas sendiri di IPTA hanya disebabkan bayaran sejam mengajar di IPTS lebih mewah #truestory.

Bila lecturer IPTA buat hal macam ni (kelas di IPTA yang terabai), pelajar tak boleh komplen. Kalau komplen, pointer mereka ni yang akan jatuh sebab lecturer lain akan ‘membalas dendam’. Macam sistem dalam pejabat kerajaan dan GLC la, ada title/jawatan sikit dah macam Raja. Orang tegur buat salah sikit dah panas telinga.

IPTS ni diniagakan kaw-kaw oleh golongan kapitalis sampaikan mereka ada bajet berjuta-juta untuk pengiklanan tiap-tiap tahun (bulan lepas kalau perasan, setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad akan ada segmen untuk sebuah IPTS ni dalam Buletin Utama). Bayangkanlah berapa juta keuntungan mereka dan berjuta-juta keuntungan ni adalah hasil daripada pelajar yang memohon pinjaman PTPTN untuk masuk kt IPTS.

In a way, adalah bagus supaya IPTA dibesarkan/lebih banyak course ditawarkan supaya bilangan pelajar masuk ke IPTS ni dikurangkan, sekaligus mengurangkan dana PTPTN yang digunakan untuk pelajar di sana.

Saya malas nak cerita ‘beliyon-beliyon’ ni. Tu sembang lebat orang politik. Kita kaji kes in real life yang orang kebanyakan macam kita boleh relate.

Ni case study untuk seorang pelajar yang menerima bantuan PTPTN dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di IPTA. Dean’s list dah berapa kali, sekarang semester akhir. Yuran setiap semester adalah RM500 SAHAJA. Pinjalaman PTPTN adalah RM3000 (anggaran) setiap semester, tolak yuran tadi jadi RM2500 untuk semester tersebut.

Sewa rumah adalah RM200 sebulan, jadi satu semester tu adalah RM800 (empat bulan). Jadi adalah total RM1700 untuk duit poket (bayar motor, makan dan lain-lain). Senang cerita, tak cukup. Untuk mencukupkannya, hujung minggu buat kerja part time. Jadi tak perlu minta duit kat parents.

Selepas pemansuhan yuran RM500 tadi, diberi tempat tinggal dan makan, kononnya kos dijimatkan sehingga 50%. Jadi soalan cepu emas sekarang, lagi 50% untuk duit poket tu nak kasi jugak ke? PTPTN dah takde, jadi kenalah provide. Yang ni untuk keluarga miskin ye, jadi memang mustahil untuk mereka provide 50% duit poket tu dan bukan semua pelajar boleh buat/dapat kerja part time.

Nak tak nak, kalau ikut pelan (dah mana pun mansuh) kenalah kasi jugak kan? Dan bila dah diberi macam-macam inilah yang saya cakap dalam entri sebelum ni, budak yang malas jadi bertambah malas. Kalau dah tahu tempat kat IPTA gerenti ada siap dengan elaun lagi, lebih banyak mediocre to worse student yang terhasil.

Plan ni memang nampak baik, tapi still ada loophole yang mereka perlu titik beratkan.

P.s Cik Sharmila Wati sila hubungi saya secara terus melalui email shah.ariff [at] gmail atas urusan ebook. Terima kasih.

Comments

  1. serong says

    salam…tak payah nak bergaduh…bagi aku laaa PTPTN bagus dari satu sudut tetapi ada kelemahanye, kelemahan time bayar nanti…aku suggestkn buat macan MARA, memberi pinjaman kepada pelajar untuk yuran dan duit poket sekali, pembayaran mengikut pointer nanti, tak ade interest, katakan pelajar itu dapat pointer 3.5 keatas convert jadi biasiswa dah mmg patut dia dapat sbab dia cemerlang, yang dapat 3.0-3.49 potongan 80% ke just byar 20%, untuk, 2.5-2.29 potongan 70% ke just byar 30%, bagi yg dapat 2.0 kebawah terpaksa laa bayar penuh……bagi pendapat aku cara ni berkesan untuk mengelakkan pelajar ni malas…..kalau malas, byar penuh…..baru lah sesuai dengan konsep rakyat didahulukan pencapaian diutamakan….sekian

  2. Bulat says

    Hm…. aku tengok yang paling kecoh nak hapus PTPTN ni orang melayu je. Orang Cina takde la kemaruk sangat, dia orang mungkin dah jadi budaya meminjam untuk berniaga dan sebagainya jadi pada dia orang kalau dengan meminjam tu dapat membantu masa depan dapat kerja etc, takpe la meminjam pun. Namanya investment, pelaburan dalam diri sendiri. Banding caj PTPTN dgn caj bank, PTPTN jauh lagi murah. Zaman dulu orang kampung tok nenek yang tak sekolah pun sanggup gadai tanah bagai untuk sara pendidikan anak. Memang la nampak banyak kadar bayaran balik tu, tapi fikir la jugak apa pulangan yang kita dapat. Kalau belajar malas, dapat markah telur, memang padan la nak dapat kerja pun susah…. walaupun rezeki masing2 ye tak. Yang rajin belajar dan dapat kerja yang selesa apa la salahnya bayar je, tak payah la nak berkira sangat pasal pinjaman pelajaran tu, anggap la pelaburan untuk diri sendiri. PTPTN pun meminjam dari KWSP kalau tak silap aku, kalau tak mana nak dapat dana nak bagi pinjam kat pelajar2 ni? Memang la seronok kalau free education tapi fikir jugak la kesannya secara holistik. Kesan terhadap kewangan negara, aliran wang untuk pembangunan, pencapaian akademik rakyat yang makin manja etc. Aku memang curiga dengan janji populis yang tak semena2 ni. Aku yang dapat biasiswa ni pun kena berjimat2, tapi ada mangkuk2 yang pinjam PTPTN ni boleh pulak berbelanja macam duit tu duit raya… Hmmm

  3. Nadiatul Syahirah says

    Salam, sy rasa PTPTN ni x perlu lah di mansuhkan…dan nama pon pinjaman kan…normal la tu…x kan nk kasi free plak…Kalo rasa susah nk bayar balik, then jgn apply PTPTN..Apply la pinjaman pendidikan di bank ker,apply biasiswa ke(kalo anda layak)….Benda ni x patut jadi isu…Dr apa yg sy blaja tentang riba, di mana kita mengambil keuntungan yg berlipat kali ganda dr kos sebenar…Pada sy, PTPTN sendiri mengatakan niat mereka bahawa 1%-3% itu di kira kos pentadbiran..So, pada pandangan saya, x salah sbb diaorg pun perlu bayar gaji2 pekerja or staf di PTPTN ….Sekian…

  4. says

    aku x faham, kenapalah dipolitikkan ptptn ni, dah tentu ptptn ni nak bagi “pinjaman” yg memudahkan pelajar masuk Universiit, org yg nam mansuh ni mcm ada niat xnak bayar hutang jer, saya pun suka, tp mcm x realistik lah pula nak mansuhkan ptptn, akan tetapi nak hapuskan riba dalam ptptn tu saya setuju
    Entri terbaru Juan >> Pandangan Seorang Blogger Terhadap Pemansuhan Isu PTPTNMy Profile

  5. Zainuddin says

    Saya bukan nak bercerita tapi memberitahu.

    Pada tahun 60 an , 70 an, 80 an sehingga ptptn diperkenalkan semasa Dato Seri Najib jadi memteri pelajaran, kalau nak masuk universiti perlu ada modal, masa tersebut terpaksa bergolok bergadai tanah, binatang peliharaan , pinjaman ceti apa saja boleh menjadi duit, perlu dibuat, kalau tidak jangan harap untuk menjejakkan kaki ke menara gading, tapi sekarang amat mudah masuk U berhutang biasalah tak menyusahkan mak dan bapa. belajar rajin mendapat 3.5 keatas insyallah boleh di convert jadi biasiswa. ILMU PERLU DIHARGAI. Itulah sebabnya ramai kita tengok orang melayu masuk universiti, sebab adanya PTPTN …..ni

  6. paul smith says

    olohlaa..aku pom kno byr jgk pnjaman PTPTN..xdop pom nk gege kokre..doh nk blajar sgt gk,kno laa byr..klu xpnjam PTPTN gk,sex demo nk blajar gno xdop duit..mjur krajaan v pnjam jh..bia reti bersyukur gk etek..duk wt tunjuk prasaan plop sex2 demo nih..PTPTN pom kno laa amek pikir ko sex2 mahasiswa mahasiswi ni..sian ko sex2 dio..kwe ni xtaw bilo abes nk byr,ada 20ribu ag..aduhh..plezz mansuhkan jewlaa PTPTN ni..salam

  7. says

    Secara dasar, aku setuju dgn proposal pendidikan percuma. Cuma teknikaliti proposal perlu diperhalusi lagi. Banyak keraguan. Mungkin perlu beberapa cadangan tambahan untuk meminimakan impak buruk memansuhkan PTPTN? contoh: Sediakan Skim Sara Diri untuk pelajar yang tidak berkemampuan, sistem merit yang ketat, kualiti pendidikan yang dipertingkatkan etc.

    Saya percaya meniagakan perkara2 asas seperti pendidikan ni akan memberi kesan buruk kpd negara. Trend ini sudah terbukti kini apabila statistik menunjukkan bahawa pelajar IPTS lebih ramai drp pelajar IPTA kini. Professional yg lahir di masa akan datang adalah professional yang terbelenggu dengan hutang. Lalu tekanan yang hebat buat generasi masa hadapan terutama dlm aspek financial management dan rumah tangga. long-term effect –> generasi yang lembap. Just my 2 cents =)
    Entri terbaru Faris Al-Muhandisu >> Kenapa Tsunami Tidak Berlaku?My Profile

  8. says

    aku setuju dengan bro…memang aku sakit dengar orang cakap dah pinjam bayar…..itu sebab die takda masalah dalam hidup die..mungkin pembayaran die dengan ptptn tidak ada masalah..atau mungkin die bergaji besar..tapi tak semua orang bertuah seperti dia..walaupun aku dah habis bayar tapi masih sakit hati kat charge yang dikenakan. pinjam 25 ribu, tapi dalam 12 tahun totally aku dah bayar 32 ribu…melampau tak????
    Entri terbaru segalabenda >> Zaman Kanak-KanakMy Profile

  9. says

    cara perlaksanaan oleh pihak PR agak bagus sbnrnya dan mmg hakikatnya kerajaan yg ptt salurkan tmpt di IPTA utk student kita.
    cuma 1 persoalan saja….
    Adakah kerajaan akan dtg (mungkin pembangkang skg) smata2 yg ptt dipersalahkan jika budak2 skg makin spoiled atas perlaksanaan penghapusan PTPTN?
    sbnrnya isu ini bukan psl belajar free,
    sbnrnya isu pokoknya adalah melayu yg malas atas dasar kerajaan sejak dari dulu lg, yg mana sbnrnya masalah since bapak dan atok2 student kita skg lg.
    baja…subsidi. xde subsidi ‘xleh’ nk buat bendang.
    gula…subsidi. xde gula, ‘xdpt’ lah mkn menda2 manis..
    dan the list go on and on..
    sbnrnya seluruh rakyat malaysia adalah rakyat spoon feed. dan xhairanlah kalau mak bapak yg dah hardwired psl pertolongan kerajaan ni akan encourage anak2 utk berharap pd kerajaan gk utk study diorang.
    segelintir je mak bapak yg encourage anak2 supaya jgn berharap sgt dgn bantuan kerajaan.

    p/s: anak2 takkan merempit kalau mak bapak yg ambil anak dari sekolah tu berpakaian dengan topi kaledar lengkap dan tak langgar lampu merah selamba badak waktu nak hantar balik ke rumah…
    Entri terbaru Ekspresi Ruang >> Penthouse Mewah Alicia Keys Dijual Pada Harga RM54.8 JutaMy Profile

    • Ariff says

      Couldn’t agree more bro. Didikan dan mentaliti kita yang terkebelakang yang menyebabkan apa-apa bagus yang diberikan pun tak menjadi sangat. It;s just that we are hardwired that way. Now, tengok pulak dalam kerajaan dan parti politik (tak kisah pihak mana) kita akan nampak mentaliti dan perangai yang tak bagus ni.

      • SUHAIL says

        Saya masih tidak faham dengan pemikiran orang kita ni. PTPTN tu cuma berfungsi sebagai sebuah bank! Mengaut keuntungan dari faedah. Mengapa semua orang risaukan PTPTN. Tak perlu pun.

        Pendidikan percuma mungkin susah dilaksanakan, banyak perlu dikaji. Paling mudah la kerajaan boleh buat, beri pinjaman TANPA FAEDAH! Susah sangat ke tu? Dengan RM43 bilion??? Berapa kosong dalam tu. Bagi je pinjaman kepada pemohon berapa amaun, dan habis belajar dah kerja bayar balik amaun yang dipinjam. Itu sahaja, jangan nak kaut untung. Pelajar pinjam RM 30 ribu untuk ambil Degree di IPTS, dah kerja bayar balik RM 30 ribu.

        Kanan kiri nak buat untung, tak manis hidup… Ni soal pendidikan, saya tak boleh terima orang ambil kesempatan atas pelajaran. Ingat sikit orang miskin tegar di pendalaman tu, anak dah kerja bayar balik campur faedah macam nak beli rumah.

        Tolong la wahai kerajaan… Tak rugi mana, rakyat ni juga la yang akan mengundi kerajaan balik.

        Wassalam.

  10. says

    Pada aku senang je, dah pinjam kenala bayar. Jangan buat alasan itu ini dalih dalih sebab dalam hati tak nak bayar sebenarnya. Jika ada yang berjaya dapat keputusan cemerlang di akhir pengajian tetapi still kena bayar walaupun boleh dikecualikan, bgtau la PTPTN. Yg paling penting, maruah org Islam dan sikap amanah kena ada. Jgn dah dapat madu, sepah dibuang.
    Entri terbaru pharmalif >> Program ‘Versus’ seriously program mesti tonton!My Profile

  11. says

    bagi aku. dah pinjam, kena bayar. soal 1% ke.3% ke..apa sen ke..kena bayar. nak kurang..bayar LEBIH. dah pinjamm..bayar. kalau tak nak bayar, jangan pilih PTPTN..ada banyak lagi sumber lain. Tinggal cari aje..

    sebab aku tahu..ramai lagi yang tak bayar 1 sen pun..tapi belanja awek..belanja sana-sini..boleh pula..siap buat loan lagi kalau nak kahwin..huh..hutang bertambah banyak..lepas tu..cerita banyak plak..huh..
    Entri terbaru titan >> Bukan aku tak suka kena kiss..My Profile

  12. says

    pemansuhan tu mungkin satu taktik utk menarik pengundi je……teori je kot…..

    Tapi realitinya, aku pun xsuggest sedara mara aku amik ptptn kalau ada dana lain cam JPA@MARA. Pasal tak tahan caj perkhidmatan yang terlalu tinggi..

  13. says

    Bagi aku, perancangan Pakatan dalam menghapuskan PTPTN ni almost perfect cume jgn terlalu bergantung kepada hasil petroleum iaitu PETRONAS. kita ada banyak lagi sumber yang boleh diharapkan. Petroleum dlm masa bbrp tahun lagi akan habis. Jika perancangan 15 tahun dilaksanakan, adakah sempat kesemua hutang dilunaskan?

    Aku skrg ni pon tgh bayar slowly even aku mintak tangguh sbb smbung belajar. Tapi itu semua just bayar bunga. Tunggu aku ada cucu baru habis kot hutang tu
    Entri terbaru MK Kimi >> Biasiswa Endowmen UTM Sesi 2012/2013My Profile

  14. says

    Bila isu berkait politik, semuanya jadi sensasi. Walhal kita tak dapat in details lagi macammna perancangan yg diorang plan.

    At least kalau eliminate kos pentadbiran pun dah okay. Aman hidup semua peminjam! Ehehi.
    Entri terbaru Fuza Marquis >> Nafi atau Bukti?My Profile

  15. says

    Tak salah juga tekaan saya…ini semua punca dari ‘pendidikan yang telah dikomersialkan’. Inilah yang terjadi. Salahkah kalau saya ini akibat sistem kapitalis. Dulu, kini dan akan datang rasanya itulah dia. Pertumbuhan IPTS tu siapa yang beri kebenaran? Tak dikaji impaknya sebelum itu? Akibat lambakan IPTS…Bila beri pinjaman dengan bunga pulak….siapa juga yang tertekan. Dahlah yang ambil pinjaman tu yang tidak mampu…terbeban lagi dengan tekanan bayar balik. Pusing juga ye. Nampak tak yang susah makin tertindas dan yang kaya??? Sekali lagi ketepi politik….
    Entri terbaru Adilla >> MENZIARAHI MAKAM RASULULLAH DI RAUDHAHMy Profile

  16. says

    Isu pemansuhan ptptn ni berpunca tentang kos pentadbiran yg mencekik darah.

    First issue: 3%

    Okeh maybe dah resolved dgn sistem UJRAH.

    Berapa ramai yang tak tahu UJRAH PTPTN ada satu konsep jerat baru bila
    NILAI PINJAMAN DIKIRA pada JUNE 2008. Bukan dari jumlah pinjaman.

    Hutang tetap hutang.

    PTPTN yg meletakkan syarat TEMPOH bayaran semula.

    Crazy or not??? BILA MEREKA MENETAP TEMPOH BAYARAN SEMULA, bermakna, mereka boleh mengutip keuntungan 1% selama mana mereka suka.

    In my case:
    Saya bayar PTPTN selepas tamat belajar 2005 sb dapat tawaran sebagai RA sehingga 2008..(3%)

    ironically HUTANG saya pada 2008 sama dgn jumlah pinjaman saya. TAK MENYUSUT! gila kan. 3 tahun bayar riba je. OKEH fine. Then I stop paying, coz i got married, i got pregnant blablabalba..

    and UJRAH came along.

    Luckily, aku ni jenis yg bayar hutang.. so bila konsep ujrah berdasarkan BAKI 2008… takde laa mcm gila sangat nampaknye

    tapi dlm surat tawaran aku kena bayar selama 180 bulan SEBANYAK 180 ringgit sebulan..
    EXTRA 4K tu!!!
    dah laa 3% yg aku bayar tu tak kena diselaras.. aku kena bayar lagi 4K riba 1% utk 180bulan tu.

    Gila Ok.

    Solution:
    Kasi pendidikan percuma pada semua. To those yg tak capai target 3.00 pointer bayar balik 70-80% bawah 2 pointer bayar 100%.

    WITHOUT RIBA!!
    kalo ko nak charge pon.. just charge riba ko selama student tu belajar la. 4tahun ke 6 tahun ke.. based on that.

    TOLONG JGN JADI BODOH atau BERFIKIRAN SEMPIT KATA SAPA SURUH PINJAM PTPTN.

    • SUHAIL says

      Saya setuju, pendidikan percuma, namun 100% percuma pada yang layak iaitu seperti pointer 3.00 ke atas. Siapa ke bawah, dan kena repeat paper baru kena tanggung sendiri. Dengan cara ini, berpusun-pusun pelajar akan belajar betul-betul, dan kualiti siswazah pun meningkat.

      Inilah masalahnya apabila niat sesuatu organisasi bukan atas niat menolong, dan fikir akhirat, tetapi niat nak buat duit semata-mata.

  17. says

    Dari segi lojik, mmg boleh dilaksanakan sistem pendidikan percuma. Cuma, dari segi mentaliti masyaratkat Malaysia tak bersedia utk menerima pendidikan pecuma, ditambah sifat dan sikap kita sendiri.

    Kalau kerajaan mampu menaikkan jumlah biasiswa JPA hingga melebihi kos pengajian dan kos sara diri, kenapa tidak boleh buat garispanduan untuk pembiayaan PTPTN yang adil.
    Entri terbaru daimpressive >> Soal jawab pendidikan percumaMy Profile

  18. says

    Adik-adik aku dapat pergi belajar ke peringkat universiti, sebab ptptn. Kalau takde ptptn, alamak ramai yang terpakse gadai tanah. Kalau takde tanah, susah la jawabnyer. Kelemahan ptptn pun banyak, tapi pelik ape sebab jasa ptptn sangat banyak.
    Entri terbaru Metropuluz >> Pengemis Kaya Meninggal DuniaMy Profile

  19. says

    Ketika belajar dahulu saya mendapat pinjaman pengajian tidaklah sebesar mana tetapi cukuplah untuk melepas mana yang patut. Ada yang melakukan kerja sambilan untuk menampung mana yang kurang. Pendapat saya kalau kita tidak belajar kesusahan tidak akan merasa kepayahan dan kemanisan ketika belajar.

    Apa salahnya ikat perut sedikit kalau hendak dibanding anak orang miskin boleh berjaya bedasarkan kisah benar terpaksa berpuasa untuk berjaya.

  20. says

    Salam Tuan Ariff, amat bagus artikel tuan. Saya amat sokong, peminjam IPTA ni banyak boros. Ia terpulang kembali kepada pihak PTPTN untuk mengkaji berapa pinjaman yang patut diberi.

    Yang amat menyakitkan hati saya dan menjengkelkan saya ialah dengan kenyataan Y.A.B. Dato Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan menyerahkan sejumlah RM43 bilion kepada PTPTN untuk membantu pendidikan. Mengapa perlu diberi kepada PTPTN? PTPTN secara dasarnya berfungsi sebagai bank, di mana memberi pinjaman berserta faedah, dan meraih keuntungan daripada faedah. Saya amat terkejut, dengan RM43 bilion, cuba tuan bayangkan berapa juta individu pelajar di seluruh Malaysia yang boleh dapat pendidikan percuma? Amat banyak.

    Lihat saja rujukan akhbar Utusan Malaysia 13 April 2012, petikan dari Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa “Sejak tahun 1997 hingga tahun lepas, seramai 1.9 Juta peminjam telah menerima pembiayaan PTPTN yang berjumlah RM 42.96 Juta.” Masya Allah, saya harap pengiraan Matematik beliau salah. Selama 14 tahun cuma RM42.96? Inikan kerajaan memberi RM43 bilion untuk pendidikan kepada PTPTN?? Mengapa PTPTN? Adakah RM43 billion tidak cukup berbanding RM42.96 juta untuk menampung seluruh pelajar Malaysia? Ya Allah, megapa jadi begini.

    Saya amat berasa kesal dengan keputusan kerajaan sebegini. Pendidikan adalah satu perkara yang wajib dan murni serta suci digalakkan oleh semua agama dan bangsa. Mengapa mahu mengaut keuntungan dari pendidikan? Saya amat yakin Malaysia mampu memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat.

    Maka, saya amat berharap ada pihak atasan di Pejabat Menteri dapat membuat kira-kira balik dengan berpaksikan memberi jasa kepada rakyat dan bukan untuk membuat keuntungan. Saya tidak hairan dan peduli, projek berbilion-bilion yang lain kerajaan taburkan, namun bab pendidikan ni, saya amat sedih dan kesal. Pendidikan tidak sepatutnya dijadikan medium perniagaan.

    Sekian, Wassalam. Tiba masanya kerajaan membuktikan slogannya iaitu “Rakyat Didahulukan!”

  21. says

    mereka2 yg bertanggung jawab perlu berfikir secara konprehensip…. hehe bagaimana nak membina generasi yg berpendidikan untuk memimpin negara lagi puluhan tahun akan datang… sekiranyaengajar behutang rasanya sekarang bayi dlm perut dah mula berhutang…. kalau kembangkan sistem pondok sampai ke ipt lagi terbaik…semuanya berdikari…
    Entri terbaru hisham >> Rahsia Traffik | Semunya kerana Ariffshah.comMy Profile

  22. says

    saya setuju dengan ariff. saya bekas pelajar itm (masa tu baru nak tukar uitm) shah alam dan datang dari keluarga yang sederhana. saya bersyukur dapat ptptn dan tidak membebankan keluarga saya. walaupun yuran adalah rendah, tetapi kos sara hidup yang lain yang tinggi memerlukan duit. kalau ptptn dimansuhkan, ramai pelajar yang terpaksa bekerja part time untuk menyara kos hidup semasa belajar pada masa tu…
    Entri terbaru noorsyamsul >> BAS RAPIDKL TERBAKAR LAGI!My Profile

  23. says

    situasi time aku belajar, bila dapat ptptn ramai student yang boros. beli hp, beli suar levis, makan nak mahal². tu di awal sem je la. bila dah hujung² sem, baru nak ikat perut. baru ngadu takde duit.

    kita pinjam ptptn, kita bayar. sebab kita dah pakai. time dapat tu seronok kan. senyum smpi ke telinga. kenapa? sebab kita takde pilihan lain. lagi² kalo kuarga susah. so bila dah keja, bayar je la balik. skng ni dengan adanya ujrah, ada kurang sikit kot beban tu. tapi still kena bayar jugak kan. tak yah nak ngelat. ikhlaskan hati time nak bayar tu. insya Allah, ada la rezeki lain yang Allah bagi.

  24. says

    zaman akak kat U dulu, nmpak ramai mewah dgn hasil Ptptn ni sbb dpt tukar hp, tiap2 minggu having fun kat bndar dan juga shopping… yg boys lak siap modified keta/motor dan suka banje aweks… hihi…

    sbb ia di beri tanpa tapisan, maknanya anak yg loaded pun leh dpt so duit tu tak dihargai sgt dan just belanja sukahati…. time byr liat pulak… huhu

    thank god tak terjebak dgn Ptptn ni…. syukur dpt YpJ, tpi sgt2 sket compare to ptptn lah…
    Entri terbaru Noriz >> K.K.K @ Khamis…My Profile

  25. says

    yup betul tu..td sy dh singgah jgk lmn web tu, kalo hal beliyon2 tu urusan org2 politik..tmbh kalut nk baca..kita tgk in a real life bah kan…kta yg pernah mengalami situasi itu..mmg x dnafikan, lps hbis bljr, smua graduan pening dok fikir cmna nk langsaikan hutang, cuba fikir lg, kalo tiada pinjaman tu, cmna blh hbis bljr? emm..kalo pasal pembelajaran percuma, byk faktor jgk kita kena fikirkan, dont be so selfish..bkn kita sorg saja yg nk bljr d IPTA tu..ramai lg, sorg student dh brapa kos?
    btw, idea kmu bagus..thanks for sharing :)
    Entri terbaru sutera >> SIMPLE STORY: NOBITA & SIZUKAMy Profile

  26. says

    Ini idea bagus dari ko!
    Antara idea kritis yg berjaya aku jumpa selain idea klise yg banyak diwar-warkan (even diRT berjuta2 kali).

    Kiranya skang KERAJAAN bertindak utk meLUASkan akses pendidikan tinggi,dan mungkin terLUPA bahawa ada pihak yang kini berbisnes dari BEBAN kerajaan ni.

    Mungkin LOBANG yang ada makin banyak yg perlu ditampung..

    Apakah perlu sejenis perjuangan yg bernama REFORMASI dek PTPTN ni saja? :p
    Entri terbaru lAl >> Pertabalan AGONG yang menGEGARkan Nusantara.My Profile

  27. says

    Salam..
    negara kita kaya raya dengan hasilnyadari hasil minyak Petronas sehingga ke cukai kastam dan pelbagai..berbilion hasil setiap tahun..rasanya negara kita patut memberi pendidikan percuma pada rakyat dari peringkat pendidikan bawah sehingga ke tertinggi di Universiti…saya sendiri merasakan sepatutnya bukan itu sahaja..rakyat selalu dimomokkan dengan isu subsidi pelbagai keperluan hidup contoh gula, minyak masak etc..berapa sen sangat lah selitir minyak subsidinya..sebaiknya subsidi itu dipulangkan dalam bentuk tunai pada rakyat..selainnya kita bayar barang tanpa subsidi…saya pasti ramai yang akan naik kemudahan awam selepas ini apabila minyak petrol menjadi mahal..sudah tentu masaalah kesesakan dapat di elakkan..biar naik bas tapi ada wang tunai untuk kita invest di sektor lain yang kita rasakan lebih menguntungkan contoh emas dan perak atau paling sempoi simpan ASB yang sudah tentu keuntungan lebih berganda berbanding duit subsidi kita yang entah kemana pergi sebenarnya..
    Entri terbaru Bro Zulkbo >> Gambar Sekitar Gempa Aceh 11 April 2012 Dan Amaran Tsunami Ditarik BalikMy Profile

  28. says

    kesian, banyak pelajar kene ikat perut or makan maggi…

    yang dapat mara pon kene buat part time,

    inikan pula PTPTN…

    sebelum keje, dah terikat dengan hutang, dah keje nak berhutang lagi, beli kereta, rumah dan Kawen…

    sampai bila hidup nak berutang??

    buka bisnes je la jawabnya… hehehhe…
    Entri terbaru sjiehan >> Gempa Bumi di AchehMy Profile

    • says

      nk bukak bisnes??? bukak bisnes kena ade modal…paling kurang pon kena ade modal utk marketing..kalo bisnes on9 kos die rendah cket…kalo bisness offline, kena buat pinjaman lagi..xabes2 pinjaman nmpknye

    • says

      Bila sudah buat pinjaman kita sudah setuju dengan terma-terma pinjaman. Kalau rasa syarat-syaratnya berat boleh tolak.

      Tolong fikirkan duit ini untuk adik-adik dan anak-anak kita pada masa hadapan. Kalau syarat diketatkan tidak ia menyusahkan. Saya telah bukan akaun SSPN untuk anak saya selain itu akaun ini boleh dapat rebet cukai pendapatan dan sebagai satu syarat untuk permohonan PTPN.

      Saya bukan akaun SSPN seawal anak saya dilahirkan ia adalah tanggungjawab saya kepada anak-anak saya untuk menyediakan dana pengajian seawal usia didalam hari.

      Hutang-hutang pengajian serta pinjaman komputer sudah lama saya langsaikan. Bila ada nama senarai rakan-rakan sekolej didalam tuntutan pembayaran balik didada akhbar saya tidak tahu hendak cakap apa.