Pemanduan Waktu Malam Lebih Selamat Dengan OSRAM

osram-2

Apa yang paling penting kalau memandu pada waktu malam?

Kepada yang biasa memandu pada waktu malam, korang mesti perasan ada kalanya lampu kereta macam tak cukup terang atau tak nampak cukup jauh. Betul tak?

Sebenarnya benda ni memang normal sebab mentol lampu kereta yang dibekalkan oleh pengeluar kereta adalah jenis mentol biasa, cukup sekadar melepasi piawaian minimum yang ditetapkan.

Untuk pemanduan pada waktu malam, perkara paling penting adalah visibility atau penglihatan. Untuk mendapatkan penglihatan yang bagus, selain daripada lampu jalan, lampu keretaadalah factor yang penting.

osram-1

Lampu kereta mestilah mempunyai jarak sinaran yang luas dan jauh supaya boleh nampak apa-apa halangan atau lubang di atas jalan.

Dengan jarak penglihatan yang jauh pada waktu malam, pemandu boleh mengelak daripada sebarang halangan lebih awal. Ini penting sebab kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah disebabkan pemandu yang tiba-tiba mengubah lorong.

Kalau nampak lubang dari jauh semasa laju, boleh slow down lebih awal. Rosak kereta kalau langgar lubang pada kelajuan yang tinggi. Sayang kereta.

OSRAM merupakan sebuah syarikat pembuat mentol lampu kereta. Dua produk utama mereka untuk pengguna seperti korang dan saya adalah Osram Cool Blue Hyper dan Night Breaker Unlimited.

Cool Blue Hyper ni mempunyai sinaran yang lebih luas selain daripada cahaya yang kebiru-biruan, sesuai untuk jiwa muda seperti saya.

Night Breaker Unlimited pula membolehkan jarak penglihatan yang lebih jauh sehingga 40m.

Kedua-dua produk ini menghasilkan sinaran yang lebih terang berbanding lampu kereta biasa. Cahaya putih yang dihasilkan boleh mengurangkan masalah kelesuan mata semasa memandu pada waktu malam.

Secara peribadi, saya lebih suka Cool Blue Hyper. Nampak bergaya sikit selain daripada prestasi lampu yang lebih bagus.

Sebelum ni, kadang-kadang terpaksa guna high beam kalau ikut jalan yang tiada lampu (of course, bila tiada kereta yang datang dari arah bertentangan), tapi sekarang tak perlu dah guna high beam di laluan yang gelap. Cukup dengan lampu biasa dengan Osram Cool Blue Hyper. Highly recommended untuk kereta korang.

Rasa lebih selamat dan yakin bila memandu pada waktu malam sebab boleh nampak dengan lebih jelas permukaan jalan. Jangan nampak ‘benda lain’ sudah..

Sila lawati http://www.breakthenight.asia untuk penerangan lanjut berkaitan kedua-dua produk ini. Saya juga ingin menjemput anda semua untuk menyertai contest yang sedang berlangsung di laman web Osram.

Caranya mudah. Anda hanya perlu post gambar yang berkaitan dengan tema “Break the ..” atau “.. is Cool”. Gambar dengan vote terbanyak akan dipilih sebagai finalis sebelum diadili untuk memenangi hadiah iPhone 6.

Sertai sekarang dan dapatkan vote untuk gambar anda. Pastikan gambar yang dipos layak untuk menang ya!

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

7 Comments