Peluang Pelaburan Hartanah di Zeva @ Equine South

zeva1

Dapat lubang satu lagi property launch yang berpotensi tinggi. Detail adalah seperti di bawah:

  • Lokasi: Taman Equine, atau lebih tepat lagi bertentangan dengan Jusco/Aeon Taman Equine
  • Harga: RM258,888 (paling rendah, belum termasuk rebate bumiputra 9%)
  • Fully furnished
  • Free legal fees untuk SPA (sale & purchase agreement)
  • Free 1 lot parking

Dari segi pakej, saya rasa not bad. Lokasi tu dah cukup bagus since Seri Kembangan memang sedang membangun dengan pesat. Banyak dah new lauch kat kawasan tu. Kelebihan Zeva adalah lokasinya di main road dan betul-betul bertentangan dengan pembangunan sedia ada (Jusco, pasar borong, international school).

Boleh kata kawasan tu dah matang sebab kemudahan semua dah cukup. Jalan keluar/masuk highway pun cukup dan dua lagi highway dijangka akan dibuka in the future (rujuk peta).

Other selling point yang boleh dikatakan menarik:

  • Fully furnished package. Tak payah pening nak furnish dan kadar sewa boleh di-upkan lagi
  • Futuristic design, lawa dan kemas
  • Kemudahan yang lengkap seperti Olympic length swimming pool, sky-terrace, sky club di tingkat teratas, tempat riadah & sauna
  • Konsep komersil di mana semua kemudahan, retail unit dan kedai berada dalam satu kawasan. Banyak dah projek yang menggunakan konsep seperti ini telah memberikan keuntungan yang besar kepada pelabur
zeva 4zeva 6zeva 5

Dari segi reputasi developer, according to Faizul Ridzuan yang pernah membeli property daripada developer ni (The Zest, beli tahun 2009 harga RM232,000 sekarang dah RM500,000), mereka mempunyai reputasi yang baik. Don’t worry.

Personally, saya suka Zeva dan saya akan beli. Saya yakin dengan potensi yang ada di lokasi tersebut. Tapi sebab nak kahwin tak lama lagi, terpaksa batalkan hasrat. Settlekan perkara yang penting dulu.

Kepada yang ada masa, pergi dulu sesi bersama pelabur yang dianjurkan oleh developer. Faizul Ridzuan akan berada di sana. Tanya pendapat dia sendiri berkaitan property ni.

130527bannerRegister1

Mereka yang register awal di www.zeva.com.my akan menerima buku WTF 23 Properties Before 30 secara percuma. Kepada yang dah beli, boleh suruh Faizul sign buku anda. hehe..

Juga ada pakej istimewa untuk bumiputra sempena sesi bersama pelabur tersebut. Makan-makan pun ada. So why not? Mana tau lepas dengar penjelasan pakar, ada yang tergerak nak book unit Zeva ni.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

16 Comments