Pelepasan Cukai Pendapatan 2017

Dah Ogos ni, jadi eloklah start kumpulkan resit untuk pelepasan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2017. Jangan tahun depan masa sibuk nak isi borang e-filing baru terhegeh-hegeh nak kumpulan segala resit. Ada jugak yang baru nak ambil tahu pasal item yang dibenarkan untuk pelepasan cukai. Saya tahu ramai yang macam ni.

Kalau tengok dalam laman web LHDN, memang senarai pelepasan cukai pendapatan 2017 ni tak disenaraikan lagi (rujuk sini). Tak pasti kenapa. Ada senarai pelepasan untuk tahun taksiran 2016 je. Jadi untuk melihat senarai pelepasan tu, boleh rujuk borang TP1, iaitu borang untuk mengemaskini senarai pelepasan. Tak pun login kat e-filing untuk mengemaskini senarai pelepasan.

Berikut adalah senarai pelepasan cukai pendapatan bagi tahun 2017:

1. Ibu Bapa

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – Terhad RM5,000 atau

Pelepasan Untuk Ibu Bapa – Terhad RM1,500 setiap ibu dan bapa

Ibu bapa mestilah:

  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Mempunyai pendapatan tahunan tidak melebihi RM24,000
  • Pelepasan perbelanjaan perubatan tidak dituntut

Secara asasnya, boleh dapat pelepasan sehingga RM3,000 sekiranya kedua-dua ibu bapa layak dari segi umur. Pelepasan ni patut dah ada lama.

2. Kurang Upaya

Peralatan sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya – Terhad RM6,000

3. Yuran Pendidikan Sendiri

Terhad RM7,000

  • peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian
  • peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi

4. Kesihatan

  • Perbelanjaan perubatan bagi penyakit yang sukar diubati atas diri sendiri, suami / isteri atau anak
  • Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM500

Jumlah untuk kesihatan – Terhad RM6,000

5. SSPN

Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (jumlah simpanan dalam tahun 2017 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2017) – Terhad RM 6,000

Ramai orang lupakan pasal ni. Duit raya anak sepatutnya masuk dalam SSPN berbanding ASB sebab ASB bagi dividen ~8%. Kadar cukai bagi orang yang mampu simpan duit dalam ASB ni biasanya dah lebih 10% (biasanya lebih).

Kiraannya macam ni, katakan simpanan untuk anak ada RM6,000 dan kadar cukai anda 10%

  • Simpan dalam SSPN, dapat pelepasan cukai contoh 10%, jadi jimat pembayaran cukai sebanyak RM600
  • Simpan dalam ASB, dapat dividen 8%, untung RM480, masih ada RM120 cukai yang perlu dibayar

Sebenarnya LHDN dah tunjukkan trick untuk dapatkan pelepasan ni tanpa perlu simpan duit dalam SSPN tu sampai bila-bila. Cuba baca balik ayat pertama atas tu. Kalau simpan pada tahun 2017 dan keluarkan semula duit tu pada 1 Januari 2018, agak-agak menepati tak syarat pelepasan ni?

6. Perkeso

Terhad RM250

7. Gaya Hidup

Pembelian bahan bacaan, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan, yuran keahlian gimnasium dan langganan internet – Terhad RM2,500

Gaya hidup ni adalah pelepasan yang paling senang untuk semua orang dapat. Sebelum ni pelepasan ni untuk pembelian komputer dan tablet sahaja kalau tak silap.

Yang tak best pasal pelepasan ni ialah ianya terlalu meluas dan cover banyak item. Sepatutnya buat jadi RM4,000 atau lebih. Untuk lifestyle, kan dah banyak dapat melalui GST, sepatutnya bagilah pelepasan lebih sikit.

8. Peralatan Penyusuan

Pembelian peralatan penyusuan ibu(potongan dibenarkan sekali setiap 2 tahun untuk pembayar cukai wanita sahaja) – Terhad RM1,000

Sepatutnya tak terhad kepada pembayar cukai wanita sahaja. Kalau yang bekerja suami je macam mana? Pelepasan berkaitan anak ni patut dimaksimumkan dan diluaskan sebab orang yang lagi ramai anak akan belanja lagi banyak.

9. Pra-Sekolah Anak-Anak

Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah – Terhad RM1,000

Buat taksiran berasingan untuk optimize ni. Saya rasa yang ni pun patut tinggi lagi. Pernah dengar pre-school yang bulanan mencecah RM1,200.

10. Faedah Pinjaman Perumahan

Faedah pinjaman perumahan (mesti memenuhi syarat-syarat kelayakan). Perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10/03/2009 – 31/12/2010

Rumah untuk own stay ye. Kalau disewakan tak boleh.

11. Insurans nyawa dan KWSP

Terhad RM6,000

12. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh

Terhad RM3,000

13. Insurans pendidikan dan perubatan

Terhad RM3,000

Pelan takaful untuk anak tu adalah insuran pendidikan dan of course medical card sendiri. Jangan lupa. Ada yang ambil pelan takaful untuk anak, tapi tak gunakan pelepasan untuk item ni.

—–

Setakat ni, inilah pelepasan cukai pendapatan yang ada bagi tahun taksiran 2017. Senarai ni boleh berubah bila-bila masa sahaja bergantung kepada kerajaan. Biasanya kalau berubah pun lepas pembentangan bajet. Ni dah dekat pilihanraya mungkina ada pelepasan tambahan lain, tapi jangan berharap sangat la :p

Biasanya kalau ada pelepasan lain ni tarikh berkuatkuasa paling cepat pun dalam tahun taksiran yang seterusnya, kadang-kadang next two years lagi. Memang orang ramai bersorak la dengar ada pelepasan tambahan, tapi hakikatnya bukan serta merta.

Yang serta-merta ni biasanya kalau ada cukai tambahan. Yang tu memang cepat dan efisyen dia buat.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

5 Comments