Dalam hal macam ni, aku suka salahkan pelajar dan mak bapak pelajar tu. Alasan aku:
Perangai Pelajar Sekarang Banyak Yang Macam Setan
Pelajar sekarang banyak masalah
Sorrylah bahasa kasar sikit tapi begitulah perangai sesetengah pelajar sekarang, kasar, tak ada adab dan memang kurang ajar. Mereka seringkali menimbulkan masalah kat sekolah, kalau ponteng sekolah tu takpelah. Itu masalah diorang, mak bapak suruh pergi sekolah tapi diorang sendiri yang tak nak pergi. Tapi kalau kat sekolah buat masalah, hisap rokok dalam kawasan sekolah, mencuri, bergaduh, itu ini, macam mana?
Sekolah tempat belajar, bukan taman permainan. Mungkin fikiran masih tak matang lagi barangkali, jadi pelajar-pelajar ni banyak sangat menimbulkan masalah. Sekolah di bandar atau kampung, sama sahaja. Mana-mana pun ada masalah pelajar macam ni. Jadi bila mendatangkan masalah kat sekolah, menyusahkan orang lain, merosakkan suasana belajar kat sekolah dan lebih penting menyusahkan guru untuk mengajar, macam mana?
Senang macam ni je, datang sekolah atau masuk je kawasan sekolah mindset tu kena ubah. Ini sekolah, ini tempat belajar. Jadi tak boleh buat masalah, kalau buat masalah jugak memang aku yang bermasalah sebab tak faham bahasa. Orang tak faham bahasa ni sama ada dia ni memang tak faham bahasa (subjek bahasa Malaysia fail barangkali) atau pun memang sah-sah bodoh?
Ibu Bapa Yang Merosakkan Anak-Anak
Yes, aku suka salahkan ibu bapa kalau anak macam setan. Sebab apa? Sebab benda ni memang betul. Kalau budak tu tinggal dengan mak bapak dia, nak salahkan siapa lagi? Kalau mak bapak kasi kebebasan total kepada anak-anak, aku yakin memang rosak masa depan anak-anak. Macam-macam masalah sosial sekarang dan rasanya tak perlulah aku senaraikan kat sini satu-satu.
Masalah dengan ibu bapa sekarang ni, manjakan anak banyak sangat. Dulu kena rotan kat sekolah, mak bapak relax je. Anak pun gentleman je kena rotan, biasalah dah buat salah tu adalah hukuman dia. Hukum alam memang macam tu. Dalam Islam pun ada hukuman kalau buat salah. Tapi sekarang? Sentuh sikit je esok sampailah surat saman. Kalau anak buat masalah kat sekolah, yang kena marah guru. Banyak mak bapak sekarang ni suka back up anak-anak secara membuta tuli. Sikit-sikit salahkan guru.
Shame on those parents la. Memalukan! Anak-anak ni memang tak boleh dimanja. Memang kena strict in certain issues. Kat rumah memang kena terapkan benda ni dari kecil, biar jadi core dalam diri anak tu. Bila asas dia dah kuat, sampai bila-bila anak-anak ni memang tak akan buat perkara yang luar daripada norma masyarakat.
Belum cerita lagi pasal kebebasan yang anak-anak ni dapat kalau kat rumah. Biasanya kebebasan macam ni dikecapi oleh anak-anak yang kedua-dua ibu bapa mereka sibuk bekerja. Yang ni pun rasanya semua orang faham macam mana perkara-perkara yang kita tak nak berlaku ni akan berlaku kan. Anak-anak perlukan supervision ibu bapa. Muktamad. Kepercayaan is one thing, tapi pada masa yang sama kena perhatikan sikit gerak-geri budak-budak ni. Tak boleh lepas sangat. Kalau dah terlepas, kalau dah terlanjur, kalau itu, kalau ini.. macam-macam boleh berlaku.
Jadi ya, tak boleh tidak, segala masalah remaja ni memang mencerminkan macam mana didikan dan jagaan ibu bapa mereka dan dengan itu, dalam hal pelajar pukul guru ni, memang ibu bapa budak tu yang salah sebab budak tu jadi kurang ajar sangat.
Guru Hanya Menjalankan Tugas
Dalam video tu ada orang cakap guru tu mencabar pulak budak tu. Presiden NUTP pun salahkan cikgu tu. Waiceh. Tak perasan ke perangai budak tu terhadap cikgu tu pulak macam mana? Dengan menyalak macam anjing, tengking orang tu, menjerit macam kena rasuk jin. Fikir balik, macam tu ke perangai seorang pelajar? Kat rumah macam mana pulak layan budak tu terhadap mak bapak dia?
Kena faham tugas asal guru macam ni, mereka dilatih untuk MENYAMPAIKAN SILIBUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN KEPADA PELAJAR. Simple. Itu tugas asal guru, paling basic yang semua guru mesti tau sebelum mereka memilih profesyen itu. Jadi bila dah nak berhadapan dengan pelajar biadap macam tu, basic instinct sebagai manusia kena ambil alih. Mungkin sebelum video tu memang dia dah banyak bersabar dengan budak yang sama, mungkin budak tu pun dah bawa banyak sangat masalah kat sekolah tu.
Guru tak boleh dipersalahkan sangat. Asalkan dia jalankan tugas, datang ikut jadual, ajar budak kasi faham, bagi kerja rumah, semak kerja rumah, tanda kertas ujian – settle la. Dia dah jalankan tanggungjawab dia. Masalah datang bila wujud orang macam pelajar dalam video tu, dan ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka berkelakuan macam setan kat sekolah.
Aku berharap sangat Presiden NUTP (National Union Of Teaching Profession) ni baca la komen aku pasal isu ni. Sepatutnya NUTP awal-awal lagi dah back up guru tu, kalau tak pun cakaplah siasatan akan dijalankan ke. Ni tak, si mamat ni terus salahkan cikgu yang dalam video tu. What la you.. memang tak patut.
Penyelesaian
Aku suka penyelesaian yang drastik. Contohnya kalau pelajar yang menerima biasiswa ditangkap merokok atau membeli rokok, hukuman dia biasiswa kena tarik serta merta (kasi biasiswa untuk beli buku, sara kos belajar – bukan beli rokok).
Dalam hal pelajar menyerang/memukul guru ni, senang. Buang sekolah, hantar masuk sekolah budak-budak jahat. Masa tu barulah ibu bapa ni tadi sanggup merayu kat pihak sekolah, sampaikan kalau boleh nak cium kaki pihak pentadbiran sekolah sebab kalau budak dah kena buang sekolah, bukan senang nak masuk sekolah lain lagi. Mungkin tak boleh langsung.
Ibu bapa pulak, TOLONGLAH. Jadi strict sikit terhadap anak-anak. Takde rugi kasih sayang pun sebab masa depan mereka ni lebih penting daripada segala-galanya. They will thank you later. Mereka pasti akan menghargai usaha anda membentuk mereka sewaktu kecil.
Sekian.
pendapat saya tak boleh salahkan ibubapa sahaja.saya lihat sendiri yang berlaku disekolah anak saya sk hitech.perlu lihat sudut psikologi murid kelas belakang.mereka bukan bodoh cuma tak bernasib baik.jangan disisihkan.itulah ujian kesabaran untuk guru.jangan digunakan kekerasan.
apa yang berlaku di sekolah anak saya, cikgu memaki hamun”kelas bodoh!” anak saya balik dan tanya pada saya “kami bodoh ka?,cikgu cakap kami bodoh sebab tu dok kelas bodoh”.saya bukan jenis percaya anak,setiap kali anak saya menceritakan perihal guru2 disekolah.3 orang anak sy menceritakan benda yang sama.cikgu dan ustaz suka tampar muka.masa pend. jasmani murid kelas belakang digunakan untuk mengajar murid yang wakil sekolah dalam sukan.anak saya kata mereka dah sepakat tak mau pakai baju sukan kerana cikgu tak benarkan turun padang sebab nak latih murid wakil sekolah.fikir sejenak perasaan mereka.mereka inilah yang akan membawa masalah disekolah menengah.guru dan jabatan pendidikan perlu fikirkan murid kelas belakang, didiklah mereka dengan ikhlas.
salam… yup memang benar ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukkan anak. tapi dalam isu ni bagi saya diri sendiri yang memainkan peranan. masing-masing mempunyai akal. masing-masing dah boleh bezakan antara buruk dan baik. so saya x salahkan 100% pada ibu bapa. BTW like your post. =)
Dari pengalaman aku menjadi guru,kalau murid dalam 1500 orang secara purata ada 3000 ibu dan bapa,lebih kurangla.Yang berperangai menyerang sekolah dan guru hanya sedikit sj dalam 10 pasangan saja.Mereka ni pandang rendaah dengan guru kerana mereka rasakan mereka lebih bagus dari guru.Sedangkan org awam tidak tahu bahawasanya sekarang ni ramai guru sekolah rendah sudah mempunyai ijazah hatta cikgu pra sekolah.sampai bila orang melayu nak maju asyik datang sekolah kutuk cikgu,bukan nak bagi pandangan untuk majukan sekolah,berbanding di jepun,ada ibu yang datang ke sekolah bukan untuk hentam cikgu tp membantu pihak sekolah contohnya memasak dan menjaga lalulintas, mereka di kenali dengan nama koyoki mama, kalau tk silap aku la.
saya setuju bebenor dengan artikel ni..maruah guru harus dimartabatkan..
pengalaman mase praktikal 2010..
ade sorang bdk ni…aku syak dia memang bengap sbb salah diri sendiri tak mau belajar.. mase ari ambik report card, mak dia dtg sekolah.. jumpe cikgu kat bilik guru..
mak dia complain.. anak dia jadi bengap sebab kwn2,sbb facebook dan sbb cikgu2 yg mengajar anak dia x bagi perhatian kat anak dia.. serious damn. disebabkan aku ni intern je dan x ngajar bdk tu..aku x leh nak butt in..
kalau sbb faktor kwn: tu trpulang pd diri sendiri. kalau ko silap pilih kwn, ko yg jahanam. dan ko sbnarnye takkan la jahanam mane kalo dah ade mind set utk study smbil wat gile2 remaja.
facebook; aku pn men fesbuk ari2… xde plak sampai tak study.
cikgu: hah ni aku pantang. diorang yg x ckop tido, biadap, bajet pandai.. ble ngajar kat depan, diorang men2 kat belakang kelas. nak lepuk pon xleh. nanti jadi kes plak.. mmg cilake. zaman aku darjah 1 dlu, kalau x reti eje E-K-O-R, abis satu muka aku kne conteng ngan pen merah cikgu. abah akuy xde gi serang cikgu tu pn.. dan kalau cikgu tu tak buat mcm tu, xde la alu jdi org skrg..
apa yang terbaik adlah doa cikgu untuk anak muridnya.doa murid untuk gurunya supaya lebih berkat untuk murid dan lebih kasihmurid kepada gurunya.elakan perkataan cilake dan seumpamanya, kerana apa yang keluar dari mulut guru adlah doa.
artikel terbaik setakat ni!!
wink (-,^)v
saya SETUJU!
bbdk zaman skunk mmg xley kne tegor kot.. sape2 yg salahkn cikgu tu.. dye pon termasok golongan yg bajet bagus.. belajar buat r care belajar.. cmne r nk berjaye kalo kne tegor sket pon nk melanton.. =.=”
mostly mak bapak skrg selalu salahkan cikgu.bini aku cikgu & guru kelas kelas hujung. dia punya terjal..masyallah. dengan pengurusan sekolah yg selalu menangkan budak sampaikan kerja kursus budak pun cikgu kena buatkan.wadefak.
budak2 skrg ni kena kasi AJAR sikit.rotan tak boleh..apetah lagi cubit. NUTP tu mmg gampang.dia bukan mengajar kelas terjal or alami apa yg cikgu2 alami especially cikgu belum sah jawatan.
Yea. NUTP tu.. susah nak cakap la. Entah dari mana dia amik orang aku pun tak tau. Yang kesian, guru-guru kita yang baru nak start kerjaya ni kena handle pelajar bermasalah perangai macam setan
akhir2 ni dah banyak sangat cerita camni tersebar kat tv, news paper dan itnet….macam dah lali sangat2 mendengar. susah nak cakap sapa yg salah dan sapa yg tidak bersalah…apa yg pasti, guru hanya menjalankan tugas, kadang2 guru pula ada yg menjadi mangsa keadaan dan menjadi mangsa kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Dalam masa yang sama…pelajar senang lenang ambil kesempatan. Kepada yang tidak tahu perkara sebenar pulak, semudah-mudahnya menyalahkan guru…ada pula pihak berkuasa yang terang-terang menyalahkan guru, padahal tidak tahu hujung pangkal perkara sebenar. Siapa pula yang boleh dan mampu melindungi hak guru…sekiranya orang2 yang berhak dan berkuasa sendiri yang menyalahkan guru sendiri… sad…~~
bukan nak salahkan guru.bukan nak betulkan murid,yang baik jadikan teladan buruk jadikan sempadan.semua kita adlah sama.ada guru yang tak berkualiti,dikalangan guru pun mesti tau dan terima hakikat.mereka tak salahkan semua guru melainkan guru yg terlibat shj.marilah kita ambil iktibar dari apa yang berlaku.guru sentiasa dipandang tinggi disisi masyarakat.
saya masih baru dalam bidang ni…bidang perguruan…baru 3 tahun masih mentah lagi…setakat ni xde la lagi kes pelajar pukul guru di sekolah saya tapi kerisauan tu tetap ade…zaman sekarang ni macam2 boleh berlaku…setakat yang saya tau kebanyakan pelajar ni bermasalah disebabkan masalah keluarga…kurang kasih sayang akibat masalah perceraian ibu bapa tinggal berseorangan tanpa perhatian orang yang lebih dewasa…ni semua dah jadi masalah biasa di kalangan pelajar…tetapi ada jgk pelajar yang tertekan disebabkan guru…mungkin cara komunikasi antara guru dan pelajar yang tidak sehaluan…saya bukan tidak menyokong guru walaupun saya seorang guru tetapi perlu lihat masalah yang berlaku…apa-apa pun bagi saya bidang pendidikan sangat mencabar…salam…
Aku sebenarnya malas nak komen pasal isu ni. Ramai orang dah beri pendapat dan kita sendiri boleh menilai yg mana hitam yg mana putih. Tapi aku cuma nak tekankan, anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yg tolong mencorakkannya.
Dan setiap anak itu berbeza sifatnya, janganlah membezakan kasih sayang. Teruskanlah mendidik mereka dengan sabar seumur hidup kita, anak itu anugerah Allah. Lagi satu, cubalah mendalami masalah yg dihadapi oleh guru-guru. Kasihanilah mereka diperlakukan begitu.
slm..mmg skang ni profesion pendidikan mmg mencabar gler..dgn prangai plaja+peel makbapak…anak dorg pontg skolah, salah guru,anak dorg xpndai skola, salah guru..sume slh guru..padahal klu jentik ckit anak dorg,trus dorg saman..tp ble plaja pukul guru,mak bapak still salahkan guru…xphm btol la..mmg btol2 mencabar kesabaran..
Ibu Bapa Yang Merosakkan Anak-Anak.bukan salah ibu atau bapak tapi diri sendiri yang tak tahu nak bersukur dengan apa yang ada di depan mata.budak zaman sekarang yang suka ikut kawan2.depan ibu bapa pijak semut pun tak mati tapi hanya tuhan yang tahu!!!!!
aku hadapi budak tiap2 hari~
macam2 ragam~
dan aku akui, ada sesetengah parent yang overprotective anak secara melampau.
aku dulu kalau kena marah dgn cikgu kat sekolah, tak pernah nak cerita kat rumah.
sebab apa?
sebab akan kena lagi teruk kat rumah~
huhuhu~
Zaman dah berubah, ibu bapa (yang berkaitan) dah jadi makin bodoh kot..
adeh~
Kadangkala terbakar darah dengan parent yang begini. Memang tak semua parent camtu, tapi ada segelintir memang camtu.
datang meyerang cikgu kat sekolah~
kawan aku ada kena beb~
hakikatnya?
anak dia salah~
mak dia tak nak terima~