Pelajar Pukul Guru – Salah Siapa?

Dalam hal macam ni, aku suka salahkan pelajar dan mak bapak pelajar tu. Alasan aku:

Perangai Pelajar Sekarang Banyak Yang Macam Setan

Pelajar sekarang banyak masalah

Sorrylah bahasa kasar sikit tapi begitulah perangai sesetengah pelajar sekarang, kasar, tak ada adab dan memang kurang ajar. Mereka seringkali menimbulkan masalah kat sekolah, kalau ponteng sekolah tu takpelah. Itu masalah diorang, mak bapak suruh pergi sekolah tapi diorang sendiri yang tak nak pergi. Tapi kalau kat sekolah buat masalah, hisap rokok dalam kawasan sekolah, mencuri, bergaduh, itu ini, macam mana?

Sekolah tempat belajar, bukan taman permainan. Mungkin fikiran masih tak matang lagi barangkali, jadi pelajar-pelajar ni banyak sangat menimbulkan masalah. Sekolah di bandar atau kampung, sama sahaja. Mana-mana pun ada masalah pelajar macam ni. Jadi bila mendatangkan masalah kat sekolah, menyusahkan orang lain, merosakkan suasana belajar kat sekolah dan lebih penting menyusahkan guru untuk mengajar, macam mana?

Senang macam ni je, datang sekolah atau masuk je kawasan sekolah mindset tu kena ubah. Ini sekolah, ini tempat belajar. Jadi tak boleh buat masalah, kalau buat masalah jugak memang aku yang bermasalah sebab tak faham bahasa. Orang tak faham bahasa ni sama ada dia ni memang tak faham bahasa (subjek bahasa Malaysia fail barangkali) atau pun memang sah-sah bodoh?

Ibu Bapa Yang Merosakkan Anak-Anak

Yes, aku suka salahkan ibu bapa kalau anak macam setan. Sebab apa? Sebab benda ni memang betul. Kalau budak tu tinggal dengan mak bapak dia, nak salahkan siapa lagi? Kalau mak bapak kasi kebebasan total kepada anak-anak, aku yakin memang rosak masa depan anak-anak. Macam-macam masalah sosial sekarang dan rasanya tak perlulah aku senaraikan kat sini satu-satu.

Masalah dengan ibu bapa sekarang ni, manjakan anak banyak sangat. Dulu kena rotan kat sekolah, mak bapak relax je. Anak pun gentleman je kena rotan, biasalah dah buat salah tu adalah hukuman dia. Hukum alam memang macam tu. Dalam Islam pun ada hukuman kalau buat salah. Tapi sekarang? Sentuh sikit je esok sampailah surat saman. Kalau anak buat masalah kat sekolah, yang kena marah guru. Banyak mak bapak sekarang ni suka back up anak-anak secara membuta tuli. Sikit-sikit salahkan guru.

Shame on those parents la. Memalukan! Anak-anak ni memang tak boleh dimanja. Memang kena strict in certain issues. Kat rumah memang kena terapkan benda ni dari kecil, biar jadi core dalam diri anak tu. Bila asas dia dah kuat, sampai bila-bila anak-anak ni memang tak akan buat perkara yang luar daripada norma masyarakat.

Belum cerita lagi pasal kebebasan yang anak-anak ni dapat kalau kat rumah. Biasanya kebebasan macam ni dikecapi oleh anak-anak yang kedua-dua ibu bapa mereka sibuk bekerja. Yang ni pun rasanya semua orang faham macam mana perkara-perkara yang kita tak nak berlaku ni akan berlaku kan. Anak-anak perlukan supervision ibu bapa. Muktamad. Kepercayaan is one thing, tapi pada masa yang sama kena perhatikan sikit gerak-geri budak-budak ni. Tak boleh lepas sangat. Kalau dah terlepas, kalau dah terlanjur, kalau itu, kalau ini.. macam-macam boleh berlaku.

Jadi ya, tak boleh tidak, segala masalah remaja ni memang mencerminkan macam mana didikan dan jagaan ibu bapa mereka dan dengan itu, dalam hal pelajar pukul guru ni, memang ibu bapa budak tu yang salah sebab budak tu jadi kurang ajar sangat.

Guru Hanya Menjalankan Tugas

Dalam video tu ada orang cakap guru tu mencabar pulak budak tu. Presiden NUTP pun salahkan cikgu tu. Waiceh. Tak perasan ke perangai budak tu terhadap cikgu tu pulak macam mana? Dengan menyalak macam anjing, tengking orang tu, menjerit macam kena rasuk jin. Fikir balik, macam tu ke perangai seorang pelajar? Kat rumah macam mana pulak layan budak tu terhadap mak bapak dia?

Kena faham tugas asal guru macam ni, mereka dilatih untuk MENYAMPAIKAN SILIBUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN KEPADA PELAJAR. Simple. Itu tugas asal guru, paling basic yang semua guru mesti tau sebelum mereka memilih profesyen itu. Jadi bila dah nak berhadapan dengan pelajar biadap macam tu, basic instinct sebagai manusia kena ambil alih. Mungkin sebelum video tu memang dia dah banyak bersabar dengan budak yang sama, mungkin budak tu pun dah bawa banyak sangat masalah kat sekolah tu.

Guru tak boleh dipersalahkan sangat. Asalkan dia jalankan tugas, datang ikut jadual, ajar budak kasi faham, bagi kerja rumah, semak kerja rumah, tanda kertas ujian – settle la. Dia dah jalankan tanggungjawab dia. Masalah datang bila wujud orang macam pelajar dalam video tu, dan ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka berkelakuan macam setan kat sekolah.

Aku berharap sangat Presiden NUTP (National Union Of Teaching Profession) ni baca la komen aku pasal isu ni. Sepatutnya NUTP awal-awal lagi dah back up guru tu, kalau tak pun cakaplah siasatan akan dijalankan ke. Ni tak, si mamat ni terus salahkan cikgu yang dalam video tu. What la you.. memang tak patut.

Penyelesaian

Aku suka penyelesaian yang drastik. Contohnya kalau pelajar yang menerima biasiswa ditangkap merokok atau membeli rokok, hukuman dia biasiswa kena tarik serta merta (kasi biasiswa untuk beli buku, sara kos belajar – bukan beli rokok).

Dalam hal pelajar menyerang/memukul guru ni, senang. Buang sekolah, hantar masuk sekolah budak-budak jahat. Masa tu barulah ibu bapa ni tadi sanggup merayu kat pihak sekolah, sampaikan kalau boleh nak cium kaki pihak pentadbiran sekolah sebab kalau budak dah kena buang sekolah, bukan senang nak masuk sekolah lain lagi. Mungkin tak boleh langsung.

Ibu bapa pulak, TOLONGLAH. Jadi strict sikit terhadap anak-anak. Takde rugi kasih sayang pun sebab masa depan mereka ni lebih penting daripada segala-galanya. They will thank you later. Mereka pasti akan menghargai usaha anda membentuk mereka sewaktu kecil.

Sekian.


104 thoughts on “Pelajar Pukul Guru – Salah Siapa?

  1. cuba la apply jadi cikgu ganti kat sekolah yang pelajar2 lebih kurang mcm ni… then cuba dekati pelajar2 mcm ni… guna kaedah psikologi yang dikatakan tu… kalau pelajar tu boleh terima Alhamdulillah memang kaedah tu berkesan… tapi kalau yang dah berkali-kali keluar masuk bilik kaunseling tapi tak mau berubah jugak mcm mana tu??? penerimaan pelajar2 lain..

    ada yang jenis kita tegur cara paling sopan dan berhemah tapi tetap tak mau terima.. silap2 bertambah melampau…saya rasa cikgu dalam kes ni kira penyabar la juga masih mampu control suara dia dari menengking2 dan pukul budak tu…. mungkin sebab dah terlalu lama bersabar dan muak dengan budak sorang ni…

    kepada parents yang masih nak menyalahkan cikgu sampai benda2 kecil pun masuk paper… muhasabah la diri anda terlebih dahulu… cari mana kurangnya didikan anda then perbaiki sebaiknya…. lebih baik berbincang dengan cikgu utk kebaikan anak2 daripada terus terusan menyalahkan cikgu dan pihak sekolah okay…

    • aku bekas cikgu gstt…aku berenti bila nak sambung blaja. dh hmpir 3taun aku berenti.

      penah satu kelas..f3, kelas belakann..cuma ada chinese n indian, tiba2 kuar dari kelas aku masa mgajar, bila aku marah apa yg diorg wat tu..diorng datang mintak maaf kat aku wpun bukan semua. dak2 kelas ni byk ade masalah famili…ada mak ayah hutang ngn along..ada ank yatim, ada anak angkat. bygkan dgn keadaan cmtu, ramai yg siapkan homework..subjek sivik jer pon.

      sebab tu aku berani bagi komen mcm ni.

      aku ada ajar kelas belakang..f4, ada sekawan budak indian wat keje lain bila aku mgajar, masa tu aku amat kecik hati. tp aku cuba dekati diorng…aku pggil diorng solve soklan math kat depan kelas.
      aku kalo leh taknak pinggir sape2 pun tak kira melayu, cina or indian..bg aku diorang sama je. ada student cina still ym ngn aku smp arini..ramai x-student aku add aku kat frenster taklama aku berenti…

  2. salam.sejujurnya pelajar muda kini lebih teruk berbanding pelajar senior.Memandangkan saya seorang pengawas di sekolah,kebanyakan pelajar yang buat hal hanya takut kepada segelintir guru.Manakala mereka agak biadap kepada cikgu yang lain terutama pelajar sesi petang yang baru sahaja tingkatan 1 dan 2.

  3. dari awal pelajar tu memang dah salah. memang sangat biadap dan kurang ajar. tapi disini cikgu harus pnadai nak handle budak mcam ni.

    dekat universiti ni, ada kawan aku yang bertahan dengan supervisor dia yang ada title doktor…akhirnya2 nye nak tau apa yang berlaku? kawan aku melawan supervisor dia tu.

    tak perlulah aku nak cerita apa masalah, cuba bayangkanlah aku yang hanya mampu bersabar dengn lecturer tu selama 6 bulan…then aku quit, kawan aku yang bertahan selama 2tahun lebih…kwan aku tu sgt baik tp hilang sabar bila lecturer tu paggil mak kawan aku bodoh.

    dalam kes ni, sama…sebab cikgu tu dari awal asyik mengejek2 budak tu. kalo nak kata cikgu hanya manusia biasa yg banyak pengalaman dan ilmu tak lari dari wat silap, budak tu lagi manusia biasa sebab masih mentah, tak sunyi dari wat silap, cpt hilang sabr, dan darah muda. kat sini lah, cikgu harus pnadai memainkan peranan membantu budak ni.

    budak yg ada masalah ni xsemestinya makayah diorang backup, tp ada yang mak ayah tak amik peduli langsung. sebab tu cikgu ni digelar mak ayah kedua. betapa besarnya jasa dan peranan cikgu disekolah dalm mendidik pelajar.

    aku harap ko paham apa yang aku nak cuba sampaikan. dua2 pun salah baik dari dak tu dan cikgu tu.

    • apa2 pun pelajar tetap salah..mak bapak lagi salah..ko ape tahu…pernah tak guru tiba2 tamapar budak..kutuk budak…ttu ada sebab..ko perlu ingat dalam kelas ada berpuluh pelajar..dalam sekolah ada beratus malah beribu…ko bayangkan mcm mana guru nak layan keranag sorang dua yg boleh meosak ratusan pelajar lain..barngkali ko ni memang dari jenis pelajar yg ada masalah dgn guru..harap2 anak ko tak gitu nanti..

  4. TEPUK DADA TANYALAH MINDA SIAPA YG BERSALAH, SIAPA YANG HARUS D PERSALAHKAN, SIAPA YG MNYALAHKAN DAN SIPA YG TERSALAH….

  5. Salah siapa???
    15% Masyarakat
    40% Ibu bapa
    45% Diri sendiri

    In short,contohilah pendidikan korea sama ada di rumah mahupun di sekolah.

  6. aku rase budak tu patut sembelih je dan buang ke laut.
    buat nyusah kan orang je. nanti lepas ni ramai lagi le ikut perangai budak tu
    kalau ade yg membela ………………

    sial betul budak……………..aku mintak tuhan tunjuk pada org ramai balasan
    orang yg derhaka pada guru.bau orang ramai paham..
    kecelakaan budak sekolah derhaka …………..dasar kerajaan kena berubah
    atau ubah kerajaan……….aje

  7. erm..dulu masa mak hantar aku masuk darjah satu mak siap ckp kat cikgu.. “cikgu rotan je anak sy ni klu nakal2 kat sekolah” bangganye aku dpt mak mcm mak aku..muah luv u ma..

  8. Segala-galanya bermula dari rumah….kadang2 pelajar2 yg bermasalah ni pegi ke sekolah hanyalah untuk “lari” dari segala masalah dirumah dan melepaskan segala tekanan yang terpendam di sekolah…yang jadi mangsa cikgu2 dan pelajar2 sekolah yang tak bersalah….bottom line is ibu bapa mesti didik moral anak dan beri kasih sayang sewajarnya di rumah baru hantar anak cari ilmu disekolah…

  9. saya setuju!! pelajar sekrg berbeza dgn pelajar dulu..bny yg tak hormat guru
    saya ingat lg dulu bila balik mengadu dgn mak kena denda ngan cikgu
    mak akan ckp balik ‘padan muka ko’ sapa suruh buat salah!..hehehe
    cikgu tak kan rotan or denda pelajar tanpa sebab..:)

    • Itulah, rasional dia macam tu je. Kesal dengan kealpaan ibu bapa sekarang yang gagal memahami rasional macam tu.

  10. Sekarang ni dah ramai pelajar tak hormat guru,bila salah sikit je pelajar ni melenting,lain la kalau 10 tahun lepas,jarang berlaku kes macam ni.

  11. aku setuju pasal budak-budak sekolah sekarang memang manja dan ramai yang perangai cam setan..selamba badak aje bergaduh dan melawan cakap cikgu..

  12. saya memang stuju dgn bro ariff, salah ibu bapa yang tak didik anak betul – betul, apa yang guru buat trhadap anak diaorg sume salah, lbh baik buka sekolah sendiri dan bagi ank belajar kat situ kalau tak nak anak kena marah. bila anak terlalu dimanja, pergi sekolah adab dah tak ada dalam diri, jadilah kurang ajar…

    • Betul. Anak yang tak beradab ni yang banyak buat para guru pening. Saya memang kesiankan guru-guru yang menghadapi situasi ni. Mereka seolah-olah tersepit di tengah-tengah.

      Terima kasih atas komen Wani =)

      Selamat datang ke blog.ariff

  13. Kita perlu lihat kembali, kes yang berlaku dan buat penilaian, apakah perlu kita menyalahkan sistem pendidikan kita atau kes ini bersifat peribadi antara pelajar dan guru.

    Ini delima guru sekarang, bila tegas mereka yang kena, bila lembut pelajar naik kepala.

    Setengah guru hanya membiar sahaja perangai pelajar mereka, biar pi kat depa. kalau tegur ibubapa marah cikgu.

    • Kementerian Pelajaran tidak menekankan ilmu sahsiah dan akidah..yg mereka tahu..pandai BI, Sains Matematik ..bersukan…..SAHSIAH zerooo..itulah skularisme sistem..itu bru satu contoh..byk lagi kes yg tak divideokan..100% pelajar n mak bapa yg salah..kpd guru bersabarlah…bagi pelajar yg kurang ajar dan tak masuk ajar biarkan..bila dewasa nanti mereka baru menyesal..dan ada yang jadi hantu setan dijalanan..

  14. salam, bro ariff… tq 4 highlighting this issue….tq also 4 backing us as teachers….. tp, awk pnya backing tuh mmg berasas dan bertempat… walau bagaimana bodoh, buruk, gemuk, busuk atau cacat seseorang guru itu, tp dia tetap guru, yg mengajar dan membimbing pelajar. setiap guru mahukan yg terbaik utk pelajar2nyer tp syg, byk pihak yg fikir sebaliknya. guru juga mempunyai kelemahan. begitu juga pelajar2 dan ibu bapa. seharusnya, semua pihak berkompromi dan work all out utk solve problem tp ramai (terutama golongan pentadbir dan menteri) akan menunjuk semua jari jemari tgn mereka kpd guru. ini yg harus ditelan…..hmmmm…. tp, ader juga sebilangan kecil guru yg bermasalah tp tak seharusnya dilihat mewakili tingkahlaku kesemua guru….. wallahuaklam….

  15. salam

    aku tengok video tu, aku memang puji sikap cikgu yg bertie tu..cuba mteramkan suasana…

    jd cikgu bkn mudah..mcm2 ragam anak murid ada kat sekolah…mereka yg tak tahu sikap hormt ni..mybe kurang didikan dari ibubapa…jd bagaimana cikgu nak hadapi anak murid begini?

    jika ikhlas mdidik, cikgu tak sepatutnya mgeluarkan kata-kata kesat seperti dalam video tu…cuba kalo kita ditempat budak tu…apa perasaan? jika api disiram dengan api, makin membara lah jawabnya

    jadi cikgu sptutnya pandai mgunakan pdekatan psikologi…cuba blembut..maybe mula2 memang sukar..mybe akan hadap kata-kata hina dr diorang…sbb tu nak jadi cikgu perlukan keikhlasan dan kesabaran..inikan nabi sendiri pun lagi teruk terima kata-kata hinaan..tapi nabi masih bersabar..kenapa kita tak contohi sikap nabi?

    aku bukan nak condemn cikgu…cuma sikap cikgu dlm video tu nmpak sangat hilang profesionalnya…suruh dak tu pi mampus, ‘layak ke kamu sekolah’,'perangai mcm samseng’…..kata2 hinaan mcm ini kah perlu keluar dr mulut seorng cikgu?

    dan dak tu memang salah.

  16. lain kali, benda mcm ni x payah ambil video publish kt umum. Belasah jer pelajar yg mcm ni senyap2 sudah….bila tersebar kt umum mcm ni bikin panas jer….

  17. pengakuan saya. saya mmg bodoh tolol kerana telah menuang minyak ke atas api. kawan2 guru sy yang lain juga bodoh kerana hanya menonton adegan tersebut tanpa membuat apa2 tindakan utk meredakan keadaan. kepada cameraman, terima kasih sy ucapkan kerana telah mengambil video yg cantik sekali utk disiarkan. walaupun sepatutnya kamu menghalang keadaan ini tapi sy tahu bahawa anda juga sama dlm kategori bodoh macam sy. anda perlukan sesuatu menarik untuk ditunjukkan kpd kwn anda di youtube. itu lah tggjwb sebenar cikgu, bkn mengawal pelajar. apa2 pun sy menyesal kerana mencabar pelajar tersebut menumbuk sy, sepatutnya sy patut mencabar dia untuk membelasah sy atau pun cikgu perempuan berbaju merah yg duduk itu.

  18. mmg kurang hajar pelajar dlm video ni…dah la cikgu diibaratkan ibu bapa ke 2, tetapi kenapa mereka tak menghormati guru??

    aku pun xtahu kenapa budak2 skrg perangai macam anak haram…isk2…

    kalau nak manjakan sgt anak tu…baik ibubapa korang la yg ajar …tak payah suruh cikgu mengajar…

  19. btul3…nape nk slhkn cikgu pulak…ingt dlm kelas tu ade sorg student je ke…tugas mendidik anak2 adalah tugak mutlak ibu bapa,anak2 adalah amanat dr Allah, so itu adalah tanggungjawab ibu bapa…jgn nk lepas tgn pd cikgu2 plak…cikgu2 hny mbantu…oleh itu, ibu bapa sekalian, tgk dulu perangai anak2 sndiri sblum menuding jari mnyalahkn org lain kalu tjadi sesuatu…lagipun, perangai anak2 merupakn cerminan kpd peribadi ibu bapa kn?? so fikir2 kan lah…huhuhu

  20. Aku dulu lau cikgu nak marah, aku dengar je. Mana nak melawan. Mak bapak dah ajar, hormatkan guru. Ilmu tu kena berkat ngan cara hormat guru.

  21. macam ni la trend masyarakat sekarang…tak boleh pakai lgsung…payah bila hidup dengan masyarakat yang pentingkan diri sendiri…guwa mcm nak tibai je klau jumpa bebudak yg terhegeh-hegeh dok pi ngadu kat mak bapak diaorang padahal salah diri sendiri…aku pun buat salah…aku pun ada mak bapak tapi aku tak buat mcm tu pun…dasar pengecut!!!

  22. Salam… sy nk share pnglmn sy sepnjg mnjd cikgu pelatih.. mmg kerjaya sbg guru skrg sgt2 lah mncabr.. pljr dh tak ada rs hormat pd cikgu.. sy sndr pnh dicarut oleh pljr sbb sy tegur dia bt bisng dlm kls… tegurn yg biasa dn bkn dlm nada marah.. jd cmna tu?? nk ditegur cmna lg.. klu mrh dorg tak suka.. tegur cra elok pun tak ska.. pljr skrg terang2 menyindir & maki cikgu dlm kls, dlm FB…. bila ibu bapa dpnggl.. pertahan si anak lg.. lgsng tak mntk maaf… siap bnrkan anaknya bersikap kurng ajr & racist… betul2 x phm dgn parents skrg… tugas mendidik anak2 bukan hanya terletak pd cikgu tapi ibu bapa itu sendiri yang perlu menjalankan tanggungjawab mendidik anak2 mrk..

    • Terima kasih atas perkongsian cikgu.

      Itulah pelajar sekarang memang dah hilang rasa hormat sebab ibu bapa diorang gagal mendidik diorang. Etika takde, perangai buruk. Bila anak macam tu datang sekolah, bawa masalah kat sekolah.

      • sama2… lupa nak bagitau.. pelajar2 saya tu baru form 2… so cuba bayangkan lagi 3 tahun di sekolah apa akan jadi pada pelajar2 tu kalau mak ayah tak mau perbetulkan anak masing2… lepas beberapa bulan abis praktikal kat sekolah tu saya masih ikut perkembangan pelajar2 tu… ingatkan ada perubahan… tapi tetap sama… sedih sangat2… tambah teruk kawan saya telah disindir dengan selamba nya oleh seorang pelajar masa ditegur sebab x bawa buku… pelajar tu jawab “ohh… cikgu… u r so perfect like jesus… u tak pernah buat salah ke cikgu” (of coz yg cakap ni non-muslim)… Ya Allah…… terkejut saya dengar… sanggup dia sindir macam tu kat cikgu….. FYI… sikap racist di kalangan pelajar juga makin menjadi-jadi.. perkara yang amat merisaukan…

  23. cikgu tu provoke dia kenapa? kenapa cikgu perut buncit tu tak tenangkan pelajar tu dulu? bengong… baru nyepik asai kenak bukut. kdg2 kitak ke cikgu berbansa laut tuk amat kelalu gek penyumbuh… milih pelajar iya ke manah gamal jak di bakih. iya ke gamal nda ngenak, alu di anuk, di blaa..blaa..blaa..

    :))

  24. You’re right…Ibu Bapa, institusi keluarga perlu dipersalahkan. Terbentuknya seorang pelajar adalah dari sebuah keluarga. Kalau family tunggang langgang, hancur la budaknya…

  25. Hi …

    I pun macam u jugak , malu dan kesal. How could the panel yesterday on TV3 salahkan cikgu…
    Anak2 skrg bukan macam dulu. Bila da tak boundaries , memang hidup jadi kelam kabut.

    Absolutely agreed bila u cakap , ibubapa patut disalahkan. Anak2 adalah harta kita dunia dan ahkirat. Tak kisah la capuk ke buruk ke, cantik ker itu hak kita. Tapi bila kita terlalu pertahankan HAk kita sampai kita tak boleh terima bila orang dan membetulkan hak kita .Kononnya kita paling berhak !

    Huh! neway congratulation on your blog. I baru je baca paper. trus i log in. Keep it up!!

    • Thanks for reading and commenting.

      Alhamdulillah, ramai yang bersetuju dengan pendapat saya dalam hal ni. Memang silap ibu bapa anak-anak berperangai buruk kat sekolah.