Pelajar Pukul Guru – Salah Siapa?

Dalam hal macam ni, aku suka salahkan pelajar dan mak bapak pelajar tu. Alasan aku:

Perangai Pelajar Sekarang Banyak Yang Macam Setan

Pelajar sekarang banyak masalah

Sorrylah bahasa kasar sikit tapi begitulah perangai sesetengah pelajar sekarang, kasar, tak ada adab dan memang kurang ajar. Mereka seringkali menimbulkan masalah kat sekolah, kalau ponteng sekolah tu takpelah. Itu masalah diorang, mak bapak suruh pergi sekolah tapi diorang sendiri yang tak nak pergi. Tapi kalau kat sekolah buat masalah, hisap rokok dalam kawasan sekolah, mencuri, bergaduh, itu ini, macam mana?

Sekolah tempat belajar, bukan taman permainan. Mungkin fikiran masih tak matang lagi barangkali, jadi pelajar-pelajar ni banyak sangat menimbulkan masalah. Sekolah di bandar atau kampung, sama sahaja. Mana-mana pun ada masalah pelajar macam ni. Jadi bila mendatangkan masalah kat sekolah, menyusahkan orang lain, merosakkan suasana belajar kat sekolah dan lebih penting menyusahkan guru untuk mengajar, macam mana?

Senang macam ni je, datang sekolah atau masuk je kawasan sekolah mindset tu kena ubah. Ini sekolah, ini tempat belajar. Jadi tak boleh buat masalah, kalau buat masalah jugak memang aku yang bermasalah sebab tak faham bahasa. Orang tak faham bahasa ni sama ada dia ni memang tak faham bahasa (subjek bahasa Malaysia fail barangkali) atau pun memang sah-sah bodoh?

Ibu Bapa Yang Merosakkan Anak-Anak

Yes, aku suka salahkan ibu bapa kalau anak macam setan. Sebab apa? Sebab benda ni memang betul. Kalau budak tu tinggal dengan mak bapak dia, nak salahkan siapa lagi? Kalau mak bapak kasi kebebasan total kepada anak-anak, aku yakin memang rosak masa depan anak-anak. Macam-macam masalah sosial sekarang dan rasanya tak perlulah aku senaraikan kat sini satu-satu.

Masalah dengan ibu bapa sekarang ni, manjakan anak banyak sangat. Dulu kena rotan kat sekolah, mak bapak relax je. Anak pun gentleman je kena rotan, biasalah dah buat salah tu adalah hukuman dia. Hukum alam memang macam tu. Dalam Islam pun ada hukuman kalau buat salah. Tapi sekarang? Sentuh sikit je esok sampailah surat saman. Kalau anak buat masalah kat sekolah, yang kena marah guru. Banyak mak bapak sekarang ni suka back up anak-anak secara membuta tuli. Sikit-sikit salahkan guru.

Shame on those parents la. Memalukan! Anak-anak ni memang tak boleh dimanja. Memang kena strict in certain issues. Kat rumah memang kena terapkan benda ni dari kecil, biar jadi core dalam diri anak tu. Bila asas dia dah kuat, sampai bila-bila anak-anak ni memang tak akan buat perkara yang luar daripada norma masyarakat.

Belum cerita lagi pasal kebebasan yang anak-anak ni dapat kalau kat rumah. Biasanya kebebasan macam ni dikecapi oleh anak-anak yang kedua-dua ibu bapa mereka sibuk bekerja. Yang ni pun rasanya semua orang faham macam mana perkara-perkara yang kita tak nak berlaku ni akan berlaku kan. Anak-anak perlukan supervision ibu bapa. Muktamad. Kepercayaan is one thing, tapi pada masa yang sama kena perhatikan sikit gerak-geri budak-budak ni. Tak boleh lepas sangat. Kalau dah terlepas, kalau dah terlanjur, kalau itu, kalau ini.. macam-macam boleh berlaku.

Jadi ya, tak boleh tidak, segala masalah remaja ni memang mencerminkan macam mana didikan dan jagaan ibu bapa mereka dan dengan itu, dalam hal pelajar pukul guru ni, memang ibu bapa budak tu yang salah sebab budak tu jadi kurang ajar sangat.

Guru Hanya Menjalankan Tugas

Dalam video tu ada orang cakap guru tu mencabar pulak budak tu. Presiden NUTP pun salahkan cikgu tu. Waiceh. Tak perasan ke perangai budak tu terhadap cikgu tu pulak macam mana? Dengan menyalak macam anjing, tengking orang tu, menjerit macam kena rasuk jin. Fikir balik, macam tu ke perangai seorang pelajar? Kat rumah macam mana pulak layan budak tu terhadap mak bapak dia?

Kena faham tugas asal guru macam ni, mereka dilatih untuk MENYAMPAIKAN SILIBUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN KEPADA PELAJAR. Simple. Itu tugas asal guru, paling basic yang semua guru mesti tau sebelum mereka memilih profesyen itu. Jadi bila dah nak berhadapan dengan pelajar biadap macam tu, basic instinct sebagai manusia kena ambil alih. Mungkin sebelum video tu memang dia dah banyak bersabar dengan budak yang sama, mungkin budak tu pun dah bawa banyak sangat masalah kat sekolah tu.

Guru tak boleh dipersalahkan sangat. Asalkan dia jalankan tugas, datang ikut jadual, ajar budak kasi faham, bagi kerja rumah, semak kerja rumah, tanda kertas ujian – settle la. Dia dah jalankan tanggungjawab dia. Masalah datang bila wujud orang macam pelajar dalam video tu, dan ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka berkelakuan macam setan kat sekolah.

Aku berharap sangat Presiden NUTP (National Union Of Teaching Profession) ni baca la komen aku pasal isu ni. Sepatutnya NUTP awal-awal lagi dah back up guru tu, kalau tak pun cakaplah siasatan akan dijalankan ke. Ni tak, si mamat ni terus salahkan cikgu yang dalam video tu. What la you.. memang tak patut.

Penyelesaian

Aku suka penyelesaian yang drastik. Contohnya kalau pelajar yang menerima biasiswa ditangkap merokok atau membeli rokok, hukuman dia biasiswa kena tarik serta merta (kasi biasiswa untuk beli buku, sara kos belajar – bukan beli rokok).

Dalam hal pelajar menyerang/memukul guru ni, senang. Buang sekolah, hantar masuk sekolah budak-budak jahat. Masa tu barulah ibu bapa ni tadi sanggup merayu kat pihak sekolah, sampaikan kalau boleh nak cium kaki pihak pentadbiran sekolah sebab kalau budak dah kena buang sekolah, bukan senang nak masuk sekolah lain lagi. Mungkin tak boleh langsung.

Ibu bapa pulak, TOLONGLAH. Jadi strict sikit terhadap anak-anak. Takde rugi kasih sayang pun sebab masa depan mereka ni lebih penting daripada segala-galanya. They will thank you later. Mereka pasti akan menghargai usaha anda membentuk mereka sewaktu kecil.

Sekian.

 

Comments

  1. alisa says

    pendapat saya tak boleh salahkan ibubapa sahaja.saya lihat sendiri yang berlaku disekolah anak saya sk hitech.perlu lihat sudut psikologi murid kelas belakang.mereka bukan bodoh cuma tak bernasib baik.jangan disisihkan.itulah ujian kesabaran untuk guru.jangan digunakan kekerasan.
    apa yang berlaku di sekolah anak saya, cikgu memaki hamun”kelas bodoh!” anak saya balik dan tanya pada saya “kami bodoh ka?,cikgu cakap kami bodoh sebab tu dok kelas bodoh”.saya bukan jenis percaya anak,setiap kali anak saya menceritakan perihal guru2 disekolah.3 orang anak sy menceritakan benda yang sama.cikgu dan ustaz suka tampar muka.masa pend. jasmani murid kelas belakang digunakan untuk mengajar murid yang wakil sekolah dalam sukan.anak saya kata mereka dah sepakat tak mau pakai baju sukan kerana cikgu tak benarkan turun padang sebab nak latih murid wakil sekolah.fikir sejenak perasaan mereka.mereka inilah yang akan membawa masalah disekolah menengah.guru dan jabatan pendidikan perlu fikirkan murid kelas belakang, didiklah mereka dengan ikhlas.

  2. says

    salam… yup memang benar ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukkan anak. tapi dalam isu ni bagi saya diri sendiri yang memainkan peranan. masing-masing mempunyai akal. masing-masing dah boleh bezakan antara buruk dan baik. so saya x salahkan 100% pada ibu bapa. BTW like your post. =)

  3. says

    Dari pengalaman aku menjadi guru,kalau murid dalam 1500 orang secara purata ada 3000 ibu dan bapa,lebih kurangla.Yang berperangai menyerang sekolah dan guru hanya sedikit sj dalam 10 pasangan saja.Mereka ni pandang rendaah dengan guru kerana mereka rasakan mereka lebih bagus dari guru.Sedangkan org awam tidak tahu bahawasanya sekarang ni ramai guru sekolah rendah sudah mempunyai ijazah hatta cikgu pra sekolah.sampai bila orang melayu nak maju asyik datang sekolah kutuk cikgu,bukan nak bagi pandangan untuk majukan sekolah,berbanding di jepun,ada ibu yang datang ke sekolah bukan untuk hentam cikgu tp membantu pihak sekolah contohnya memasak dan menjaga lalulintas, mereka di kenali dengan nama koyoki mama, kalau tk silap aku la.

  4. says

    pengalaman mase praktikal 2010..
    ade sorang bdk ni…aku syak dia memang bengap sbb salah diri sendiri tak mau belajar.. mase ari ambik report card, mak dia dtg sekolah.. jumpe cikgu kat bilik guru..

    mak dia complain.. anak dia jadi bengap sebab kwn2,sbb facebook dan sbb cikgu2 yg mengajar anak dia x bagi perhatian kat anak dia.. serious damn. disebabkan aku ni intern je dan x ngajar bdk tu..aku x leh nak butt in..

    kalau sbb faktor kwn: tu trpulang pd diri sendiri. kalau ko silap pilih kwn, ko yg jahanam. dan ko sbnarnye takkan la jahanam mane kalo dah ade mind set utk study smbil wat gile2 remaja.

    facebook; aku pn men fesbuk ari2… xde plak sampai tak study.

    cikgu: hah ni aku pantang. diorang yg x ckop tido, biadap, bajet pandai.. ble ngajar kat depan, diorang men2 kat belakang kelas. nak lepuk pon xleh. nanti jadi kes plak.. mmg cilake. zaman aku darjah 1 dlu, kalau x reti eje E-K-O-R, abis satu muka aku kne conteng ngan pen merah cikgu. abah akuy xde gi serang cikgu tu pn.. dan kalau cikgu tu tak buat mcm tu, xde la alu jdi org skrg..

    • alisa says

      apa yang terbaik adlah doa cikgu untuk anak muridnya.doa murid untuk gurunya supaya lebih berkat untuk murid dan lebih kasihmurid kepada gurunya.elakan perkataan cilake dan seumpamanya, kerana apa yang keluar dari mulut guru adlah doa.

  5. akie says

    bbdk zaman skunk mmg xley kne tegor kot.. sape2 yg salahkn cikgu tu.. dye pon termasok golongan yg bajet bagus.. belajar buat r care belajar.. cmne r nk berjaye kalo kne tegor sket pon nk melanton.. =.=”

  6. says

    mostly mak bapak skrg selalu salahkan cikgu.bini aku cikgu & guru kelas kelas hujung. dia punya terjal..masyallah. dengan pengurusan sekolah yg selalu menangkan budak sampaikan kerja kursus budak pun cikgu kena buatkan.wadefak.

    budak2 skrg ni kena kasi AJAR sikit.rotan tak boleh..apetah lagi cubit. NUTP tu mmg gampang.dia bukan mengajar kelas terjal or alami apa yg cikgu2 alami especially cikgu belum sah jawatan.

    • ariff says

      Yea. NUTP tu.. susah nak cakap la. Entah dari mana dia amik orang aku pun tak tau. Yang kesian, guru-guru kita yang baru nak start kerjaya ni kena handle pelajar bermasalah perangai macam setan

  7. says

    akhir2 ni dah banyak sangat cerita camni tersebar kat tv, news paper dan itnet….macam dah lali sangat2 mendengar. susah nak cakap sapa yg salah dan sapa yg tidak bersalah…apa yg pasti, guru hanya menjalankan tugas, kadang2 guru pula ada yg menjadi mangsa keadaan dan menjadi mangsa kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Dalam masa yang sama…pelajar senang lenang ambil kesempatan. Kepada yang tidak tahu perkara sebenar pulak, semudah-mudahnya menyalahkan guru…ada pula pihak berkuasa yang terang-terang menyalahkan guru, padahal tidak tahu hujung pangkal perkara sebenar. Siapa pula yang boleh dan mampu melindungi hak guru…sekiranya orang2 yang berhak dan berkuasa sendiri yang menyalahkan guru sendiri… sad…~~

    • alisa says

      bukan nak salahkan guru.bukan nak betulkan murid,yang baik jadikan teladan buruk jadikan sempadan.semua kita adlah sama.ada guru yang tak berkualiti,dikalangan guru pun mesti tau dan terima hakikat.mereka tak salahkan semua guru melainkan guru yg terlibat shj.marilah kita ambil iktibar dari apa yang berlaku.guru sentiasa dipandang tinggi disisi masyarakat.

  8. sha says

    saya masih baru dalam bidang ni…bidang perguruan…baru 3 tahun masih mentah lagi…setakat ni xde la lagi kes pelajar pukul guru di sekolah saya tapi kerisauan tu tetap ade…zaman sekarang ni macam2 boleh berlaku…setakat yang saya tau kebanyakan pelajar ni bermasalah disebabkan masalah keluarga…kurang kasih sayang akibat masalah perceraian ibu bapa tinggal berseorangan tanpa perhatian orang yang lebih dewasa…ni semua dah jadi masalah biasa di kalangan pelajar…tetapi ada jgk pelajar yang tertekan disebabkan guru…mungkin cara komunikasi antara guru dan pelajar yang tidak sehaluan…saya bukan tidak menyokong guru walaupun saya seorang guru tetapi perlu lihat masalah yang berlaku…apa-apa pun bagi saya bidang pendidikan sangat mencabar…salam…

  9. Zaki Helmi says

    Aku sebenarnya malas nak komen pasal isu ni. Ramai orang dah beri pendapat dan kita sendiri boleh menilai yg mana hitam yg mana putih. Tapi aku cuma nak tekankan, anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yg tolong mencorakkannya.

    Dan setiap anak itu berbeza sifatnya, janganlah membezakan kasih sayang. Teruskanlah mendidik mereka dengan sabar seumur hidup kita, anak itu anugerah Allah. Lagi satu, cubalah mendalami masalah yg dihadapi oleh guru-guru. Kasihanilah mereka diperlakukan begitu.

  10. bakal che gu says

    slm..mmg skang ni profesion pendidikan mmg mencabar gler..dgn prangai plaja+peel makbapak…anak dorg pontg skolah, salah guru,anak dorg xpndai skola, salah guru..sume slh guru..padahal klu jentik ckit anak dorg,trus dorg saman..tp ble plaja pukul guru,mak bapak still salahkan guru…xphm btol la..mmg btol2 mencabar kesabaran..

  11. ada aku kesah says

    Ibu Bapa Yang Merosakkan Anak-Anak.bukan salah ibu atau bapak tapi diri sendiri yang tak tahu nak bersukur dengan apa yang ada di depan mata.budak zaman sekarang yang suka ikut kawan2.depan ibu bapa pijak semut pun tak mati tapi hanya tuhan yang tahu!!!!!

  12. says

    aku hadapi budak tiap2 hari~
    macam2 ragam~
    dan aku akui, ada sesetengah parent yang overprotective anak secara melampau.

    aku dulu kalau kena marah dgn cikgu kat sekolah, tak pernah nak cerita kat rumah.
    sebab apa?
    sebab akan kena lagi teruk kat rumah~
    huhuhu~

      • says

        Kadangkala terbakar darah dengan parent yang begini. Memang tak semua parent camtu, tapi ada segelintir memang camtu.

        datang meyerang cikgu kat sekolah~
        kawan aku ada kena beb~
        hakikatnya?
        anak dia salah~
        mak dia tak nak terima~

  13. akucikgu says

    cuba la apply jadi cikgu ganti kat sekolah yang pelajar2 lebih kurang mcm ni… then cuba dekati pelajar2 mcm ni… guna kaedah psikologi yang dikatakan tu… kalau pelajar tu boleh terima Alhamdulillah memang kaedah tu berkesan… tapi kalau yang dah berkali-kali keluar masuk bilik kaunseling tapi tak mau berubah jugak mcm mana tu??? penerimaan pelajar2 lain..

    ada yang jenis kita tegur cara paling sopan dan berhemah tapi tetap tak mau terima.. silap2 bertambah melampau…saya rasa cikgu dalam kes ni kira penyabar la juga masih mampu control suara dia dari menengking2 dan pukul budak tu…. mungkin sebab dah terlalu lama bersabar dan muak dengan budak sorang ni…

    kepada parents yang masih nak menyalahkan cikgu sampai benda2 kecil pun masuk paper… muhasabah la diri anda terlebih dahulu… cari mana kurangnya didikan anda then perbaiki sebaiknya…. lebih baik berbincang dengan cikgu utk kebaikan anak2 daripada terus terusan menyalahkan cikgu dan pihak sekolah okay…

    • says

      aku bekas cikgu gstt…aku berenti bila nak sambung blaja. dh hmpir 3taun aku berenti.

      penah satu kelas..f3, kelas belakann..cuma ada chinese n indian, tiba2 kuar dari kelas aku masa mgajar, bila aku marah apa yg diorg wat tu..diorng datang mintak maaf kat aku wpun bukan semua. dak2 kelas ni byk ade masalah famili…ada mak ayah hutang ngn along..ada ank yatim, ada anak angkat. bygkan dgn keadaan cmtu, ramai yg siapkan homework..subjek sivik jer pon.

      sebab tu aku berani bagi komen mcm ni.

      aku ada ajar kelas belakang..f4, ada sekawan budak indian wat keje lain bila aku mgajar, masa tu aku amat kecik hati. tp aku cuba dekati diorng…aku pggil diorng solve soklan math kat depan kelas.
      aku kalo leh taknak pinggir sape2 pun tak kira melayu, cina or indian..bg aku diorang sama je. ada student cina still ym ngn aku smp arini..ramai x-student aku add aku kat frenster taklama aku berenti…

  14. says

    salam.sejujurnya pelajar muda kini lebih teruk berbanding pelajar senior.Memandangkan saya seorang pengawas di sekolah,kebanyakan pelajar yang buat hal hanya takut kepada segelintir guru.Manakala mereka agak biadap kepada cikgu yang lain terutama pelajar sesi petang yang baru sahaja tingkatan 1 dan 2.

  15. says

    dari awal pelajar tu memang dah salah. memang sangat biadap dan kurang ajar. tapi disini cikgu harus pnadai nak handle budak mcam ni.

    dekat universiti ni, ada kawan aku yang bertahan dengan supervisor dia yang ada title doktor…akhirnya2 nye nak tau apa yang berlaku? kawan aku melawan supervisor dia tu.

    tak perlulah aku nak cerita apa masalah, cuba bayangkanlah aku yang hanya mampu bersabar dengn lecturer tu selama 6 bulan…then aku quit, kawan aku yang bertahan selama 2tahun lebih…kwan aku tu sgt baik tp hilang sabar bila lecturer tu paggil mak kawan aku bodoh.

    dalam kes ni, sama…sebab cikgu tu dari awal asyik mengejek2 budak tu. kalo nak kata cikgu hanya manusia biasa yg banyak pengalaman dan ilmu tak lari dari wat silap, budak tu lagi manusia biasa sebab masih mentah, tak sunyi dari wat silap, cpt hilang sabr, dan darah muda. kat sini lah, cikgu harus pnadai memainkan peranan membantu budak ni.

    budak yg ada masalah ni xsemestinya makayah diorang backup, tp ada yang mak ayah tak amik peduli langsung. sebab tu cikgu ni digelar mak ayah kedua. betapa besarnya jasa dan peranan cikgu disekolah dalm mendidik pelajar.

    aku harap ko paham apa yang aku nak cuba sampaikan. dua2 pun salah baik dari dak tu dan cikgu tu.

    • wan sulaiamn says

      apa2 pun pelajar tetap salah..mak bapak lagi salah..ko ape tahu…pernah tak guru tiba2 tamapar budak..kutuk budak…ttu ada sebab..ko perlu ingat dalam kelas ada berpuluh pelajar..dalam sekolah ada beratus malah beribu…ko bayangkan mcm mana guru nak layan keranag sorang dua yg boleh meosak ratusan pelajar lain..barngkali ko ni memang dari jenis pelajar yg ada masalah dgn guru..harap2 anak ko tak gitu nanti..

  16. Embun says

    TEPUK DADA TANYALAH MINDA SIAPA YG BERSALAH, SIAPA YANG HARUS D PERSALAHKAN, SIAPA YG MNYALAHKAN DAN SIPA YG TERSALAH….

  17. nar says

    Salah siapa???
    15% Masyarakat
    40% Ibu bapa
    45% Diri sendiri

    In short,contohilah pendidikan korea sama ada di rumah mahupun di sekolah.

  18. puteri says

    aku rase budak tu patut sembelih je dan buang ke laut.
    buat nyusah kan orang je. nanti lepas ni ramai lagi le ikut perangai budak tu
    kalau ade yg membela ………………

    sial betul budak……………..aku mintak tuhan tunjuk pada org ramai balasan
    orang yg derhaka pada guru.bau orang ramai paham..
    kecelakaan budak sekolah derhaka …………..dasar kerajaan kena berubah
    atau ubah kerajaan……….aje

  19. shalee abdul says

    erm..dulu masa mak hantar aku masuk darjah satu mak siap ckp kat cikgu.. “cikgu rotan je anak sy ni klu nakal2 kat sekolah” bangganye aku dpt mak mcm mak aku..muah luv u ma..

  20. Fie says

    Segala-galanya bermula dari rumah….kadang2 pelajar2 yg bermasalah ni pegi ke sekolah hanyalah untuk “lari” dari segala masalah dirumah dan melepaskan segala tekanan yang terpendam di sekolah…yang jadi mangsa cikgu2 dan pelajar2 sekolah yang tak bersalah….bottom line is ibu bapa mesti didik moral anak dan beri kasih sayang sewajarnya di rumah baru hantar anak cari ilmu disekolah…

  21. mulan says

    saya setuju!! pelajar sekrg berbeza dgn pelajar dulu..bny yg tak hormat guru
    saya ingat lg dulu bila balik mengadu dgn mak kena denda ngan cikgu
    mak akan ckp balik ‘padan muka ko’ sapa suruh buat salah!..hehehe
    cikgu tak kan rotan or denda pelajar tanpa sebab..:)

    • ariff says

      Itulah, rasional dia macam tu je. Kesal dengan kealpaan ibu bapa sekarang yang gagal memahami rasional macam tu.

  22. wazy says

    Sekarang ni dah ramai pelajar tak hormat guru,bila salah sikit je pelajar ni melenting,lain la kalau 10 tahun lepas,jarang berlaku kes macam ni.

  23. says

    aku setuju pasal budak-budak sekolah sekarang memang manja dan ramai yang perangai cam setan..selamba badak aje bergaduh dan melawan cakap cikgu..

  24. wani lina says

    saya memang stuju dgn bro ariff, salah ibu bapa yang tak didik anak betul – betul, apa yang guru buat trhadap anak diaorg sume salah, lbh baik buka sekolah sendiri dan bagi ank belajar kat situ kalau tak nak anak kena marah. bila anak terlalu dimanja, pergi sekolah adab dah tak ada dalam diri, jadilah kurang ajar…

    • ariff says

      Betul. Anak yang tak beradab ni yang banyak buat para guru pening. Saya memang kesiankan guru-guru yang menghadapi situasi ni. Mereka seolah-olah tersepit di tengah-tengah.

      Terima kasih atas komen Wani =)

      Selamat datang ke blog.ariff

  25. says

    Kita perlu lihat kembali, kes yang berlaku dan buat penilaian, apakah perlu kita menyalahkan sistem pendidikan kita atau kes ini bersifat peribadi antara pelajar dan guru.

    Ini delima guru sekarang, bila tegas mereka yang kena, bila lembut pelajar naik kepala.

    Setengah guru hanya membiar sahaja perangai pelajar mereka, biar pi kat depa. kalau tegur ibubapa marah cikgu.

    • wan sulaiamn says

      Kementerian Pelajaran tidak menekankan ilmu sahsiah dan akidah..yg mereka tahu..pandai BI, Sains Matematik ..bersukan…..SAHSIAH zerooo..itulah skularisme sistem..itu bru satu contoh..byk lagi kes yg tak divideokan..100% pelajar n mak bapa yg salah..kpd guru bersabarlah…bagi pelajar yg kurang ajar dan tak masuk ajar biarkan..bila dewasa nanti mereka baru menyesal..dan ada yang jadi hantu setan dijalanan..

  26. says

    salam, bro ariff… tq 4 highlighting this issue….tq also 4 backing us as teachers….. tp, awk pnya backing tuh mmg berasas dan bertempat… walau bagaimana bodoh, buruk, gemuk, busuk atau cacat seseorang guru itu, tp dia tetap guru, yg mengajar dan membimbing pelajar. setiap guru mahukan yg terbaik utk pelajar2nyer tp syg, byk pihak yg fikir sebaliknya. guru juga mempunyai kelemahan. begitu juga pelajar2 dan ibu bapa. seharusnya, semua pihak berkompromi dan work all out utk solve problem tp ramai (terutama golongan pentadbir dan menteri) akan menunjuk semua jari jemari tgn mereka kpd guru. ini yg harus ditelan…..hmmmm…. tp, ader juga sebilangan kecil guru yg bermasalah tp tak seharusnya dilihat mewakili tingkahlaku kesemua guru….. wallahuaklam….

  27. says

    salam

    aku tengok video tu, aku memang puji sikap cikgu yg bertie tu..cuba mteramkan suasana…

    jd cikgu bkn mudah..mcm2 ragam anak murid ada kat sekolah…mereka yg tak tahu sikap hormt ni..mybe kurang didikan dari ibubapa…jd bagaimana cikgu nak hadapi anak murid begini?

    jika ikhlas mdidik, cikgu tak sepatutnya mgeluarkan kata-kata kesat seperti dalam video tu…cuba kalo kita ditempat budak tu…apa perasaan? jika api disiram dengan api, makin membara lah jawabnya

    jadi cikgu sptutnya pandai mgunakan pdekatan psikologi…cuba blembut..maybe mula2 memang sukar..mybe akan hadap kata-kata hina dr diorang…sbb tu nak jadi cikgu perlukan keikhlasan dan kesabaran..inikan nabi sendiri pun lagi teruk terima kata-kata hinaan..tapi nabi masih bersabar..kenapa kita tak contohi sikap nabi?

    aku bukan nak condemn cikgu…cuma sikap cikgu dlm video tu nmpak sangat hilang profesionalnya…suruh dak tu pi mampus, ‘layak ke kamu sekolah’,’perangai mcm samseng’…..kata2 hinaan mcm ini kah perlu keluar dr mulut seorng cikgu?

    dan dak tu memang salah.

  28. awi says

    lain kali, benda mcm ni x payah ambil video publish kt umum. Belasah jer pelajar yg mcm ni senyap2 sudah….bila tersebar kt umum mcm ni bikin panas jer….

  29. cikgu pakai baju batik hijau says

    pengakuan saya. saya mmg bodoh tolol kerana telah menuang minyak ke atas api. kawan2 guru sy yang lain juga bodoh kerana hanya menonton adegan tersebut tanpa membuat apa2 tindakan utk meredakan keadaan. kepada cameraman, terima kasih sy ucapkan kerana telah mengambil video yg cantik sekali utk disiarkan. walaupun sepatutnya kamu menghalang keadaan ini tapi sy tahu bahawa anda juga sama dlm kategori bodoh macam sy. anda perlukan sesuatu menarik untuk ditunjukkan kpd kwn anda di youtube. itu lah tggjwb sebenar cikgu, bkn mengawal pelajar. apa2 pun sy menyesal kerana mencabar pelajar tersebut menumbuk sy, sepatutnya sy patut mencabar dia untuk membelasah sy atau pun cikgu perempuan berbaju merah yg duduk itu.

  30. says

    mmg kurang hajar pelajar dlm video ni…dah la cikgu diibaratkan ibu bapa ke 2, tetapi kenapa mereka tak menghormati guru??

    aku pun xtahu kenapa budak2 skrg perangai macam anak haram…isk2…

    kalau nak manjakan sgt anak tu…baik ibubapa korang la yg ajar …tak payah suruh cikgu mengajar…

  31. ieda says

    btul3…nape nk slhkn cikgu pulak…ingt dlm kelas tu ade sorg student je ke…tugas mendidik anak2 adalah tugak mutlak ibu bapa,anak2 adalah amanat dr Allah, so itu adalah tanggungjawab ibu bapa…jgn nk lepas tgn pd cikgu2 plak…cikgu2 hny mbantu…oleh itu, ibu bapa sekalian, tgk dulu perangai anak2 sndiri sblum menuding jari mnyalahkn org lain kalu tjadi sesuatu…lagipun, perangai anak2 merupakn cerminan kpd peribadi ibu bapa kn?? so fikir2 kan lah…huhuhu

  32. adziim says

    Aku dulu lau cikgu nak marah, aku dengar je. Mana nak melawan. Mak bapak dah ajar, hormatkan guru. Ilmu tu kena berkat ngan cara hormat guru.

  33. says

    macam ni la trend masyarakat sekarang…tak boleh pakai lgsung…payah bila hidup dengan masyarakat yang pentingkan diri sendiri…guwa mcm nak tibai je klau jumpa bebudak yg terhegeh-hegeh dok pi ngadu kat mak bapak diaorang padahal salah diri sendiri…aku pun buat salah…aku pun ada mak bapak tapi aku tak buat mcm tu pun…dasar pengecut!!!

  34. akucikgu says

    Salam… sy nk share pnglmn sy sepnjg mnjd cikgu pelatih.. mmg kerjaya sbg guru skrg sgt2 lah mncabr.. pljr dh tak ada rs hormat pd cikgu.. sy sndr pnh dicarut oleh pljr sbb sy tegur dia bt bisng dlm kls… tegurn yg biasa dn bkn dlm nada marah.. jd cmna tu?? nk ditegur cmna lg.. klu mrh dorg tak suka.. tegur cra elok pun tak ska.. pljr skrg terang2 menyindir & maki cikgu dlm kls, dlm FB…. bila ibu bapa dpnggl.. pertahan si anak lg.. lgsng tak mntk maaf… siap bnrkan anaknya bersikap kurng ajr & racist… betul2 x phm dgn parents skrg… tugas mendidik anak2 bukan hanya terletak pd cikgu tapi ibu bapa itu sendiri yang perlu menjalankan tanggungjawab mendidik anak2 mrk..

    • ariff says

      Terima kasih atas perkongsian cikgu.

      Itulah pelajar sekarang memang dah hilang rasa hormat sebab ibu bapa diorang gagal mendidik diorang. Etika takde, perangai buruk. Bila anak macam tu datang sekolah, bawa masalah kat sekolah.

      • akucikgu says

        sama2… lupa nak bagitau.. pelajar2 saya tu baru form 2… so cuba bayangkan lagi 3 tahun di sekolah apa akan jadi pada pelajar2 tu kalau mak ayah tak mau perbetulkan anak masing2… lepas beberapa bulan abis praktikal kat sekolah tu saya masih ikut perkembangan pelajar2 tu… ingatkan ada perubahan… tapi tetap sama… sedih sangat2… tambah teruk kawan saya telah disindir dengan selamba nya oleh seorang pelajar masa ditegur sebab x bawa buku… pelajar tu jawab “ohh… cikgu… u r so perfect like jesus… u tak pernah buat salah ke cikgu” (of coz yg cakap ni non-muslim)… Ya Allah…… terkejut saya dengar… sanggup dia sindir macam tu kat cikgu….. FYI… sikap racist di kalangan pelajar juga makin menjadi-jadi.. perkara yang amat merisaukan…

  35. Dakjaat says

    cikgu tu provoke dia kenapa? kenapa cikgu perut buncit tu tak tenangkan pelajar tu dulu? bengong… baru nyepik asai kenak bukut. kdg2 kitak ke cikgu berbansa laut tuk amat kelalu gek penyumbuh… milih pelajar iya ke manah gamal jak di bakih. iya ke gamal nda ngenak, alu di anuk, di blaa..blaa..blaa..

    :))

  36. Shahrulsite says

    You’re right…Ibu Bapa, institusi keluarga perlu dipersalahkan. Terbentuknya seorang pelajar adalah dari sebuah keluarga. Kalau family tunggang langgang, hancur la budaknya…

  37. Dina Mush says

    Hi …

    I pun macam u jugak , malu dan kesal. How could the panel yesterday on TV3 salahkan cikgu…
    Anak2 skrg bukan macam dulu. Bila da tak boundaries , memang hidup jadi kelam kabut.

    Absolutely agreed bila u cakap , ibubapa patut disalahkan. Anak2 adalah harta kita dunia dan ahkirat. Tak kisah la capuk ke buruk ke, cantik ker itu hak kita. Tapi bila kita terlalu pertahankan HAk kita sampai kita tak boleh terima bila orang dan membetulkan hak kita .Kononnya kita paling berhak !

    Huh! neway congratulation on your blog. I baru je baca paper. trus i log in. Keep it up!!

    • ariff says

      Thanks for reading and commenting.

      Alhamdulillah, ramai yang bersetuju dengan pendapat saya dalam hal ni. Memang silap ibu bapa anak-anak berperangai buruk kat sekolah.

  38. says

    salam..saya tertarik dgn artikel kamu yg membela guru..
    zaman sekarang bila pelajar biadab mak bapak org sekeliling sume salahkan cikgu..
    tp mereka lupa tugas utama guru tuh…
    sedih bila masyarakat salahkan tenaga pengajar berbanding ibu bapa sendiri yg perlu tunjukkan cth yg baik..

    nice entry arif..

    salam dari auckland,NZ.

    =)

  39. says

    masing-masing ada pendapat tersendiri..
    apa yg ariff katakan benar..
    tugas seorang guru memang simple..
    tetapi tugas seorang pendidik agak berat..
    jika guru hanya menyampaikan silibus pembelajaran tugas mereka sudah selesai..
    tetapi sebagai pendidik..
    mereka seharusnya membentuk pelajar..
    bukan hanya dari segi akademik malah ilmu kehidupan..
    tidak menyalahkan guru sepenuhnya..
    dalam hal ni semua pihak harus mainkan peranan..
    terutama sekali ibu bapa..
    didikan dari rumah sangat penting..
    sebelum bergaul dengan komuniti, rumah merupakan tempat tinggal yg sepatutnya harus menjadi titik mula pendidikan..
    sifat hormat haruslah terapkan..
    menurut video tersebut pelajar tersebut hasruslah menunjukkan hormat terhadap guru..
    walaupun guru tersebut ada silapnya, namun pelajar tetap pelajar..
    seperti di rumah, anak tetap anak walaupun bapa ada melakukan kesalahan..
    perasan hormat kepada guru telah hilang..
    bagaimana agaknya pelajar ini di rumah?

    sekadar menyuarakan pendapat..

    • ariff says

      itu persoalannya sekarang, bagaimana pelajar tersebut di rumah?
      Yes, pendidik tetap pendidik, tapi kita kupas secara luaran je sebab kutukan yang menuding jari kat guru tu masa dalam tv3 semalam pun semuanya berdasarkan luaran je. Takde siasatan atau apa-apa, tiba-tiba presiden NUTP salahkan guru. Mana boleh macam tu kan.

      • Tuty says

        kadang budak2 nie baik dpn parents jer..kat sekolah lain pulak perangainya..itu yg parents tue x percaya anak dia kurang ajr kat sekolah…

  40. 5ruz says

    Nabi terdahulu punya umat buat dosa terus dpat blasan tgalkan solat ade kpala jd kepala khinzir .tp umat Nabi Mhamad berutng sbab Nabi mta pada Allah jgan jd kan begitu .cuma bezanya prgai je mcm khinzir ,tahu branak je bela x tau kata orang bukan aku kata…..

    • Anwar Osman says

      aku tgk khinzir ada ja bela anak. sekali menyusu 12ekor. pandai ja mak khinzir bela anak dia. cuma bila anak tu besar dah mmg perangai mcm tu. mak dia pun dia panjat jugak.. adik akak abang pun panjat serupa saja. hmm.. mcm topik national geographics plak dah. sorry ariff silap topik lak aku.

  41. Anwar Osman says

    mcmana pun mmg betul cakap hang arif. aku xleh nak sangkal. aku nakal gak tp sebab mak ayah aku strict aku jadik terkawal sket. nakal xleh nak excel academik la mcm ko.

    cuma komen isu nie, aku tgk budak tu yg menang tikam lidah walaupun dia hanya menyalak benda2 nonsense. cikgu tu dah kalah bila dia mula bercakap dengan org sekeliling. jadik untuk kaver rasa kalah tu, cikgu tu teruskan mnyimbah petrol kat budak yg tgh berapi tu. walaupun budak tu di ATTACK oleh 1tukang simbah, 1 tukang gelak atas kerusi, 1 tukang rekod, 2-3 org tukang kritik, menambah dan mengiakan hujah tukang simbah, sorang tukang tgk dr jauh yg akhirnya cuba meleraikan tp tidak sedar dialah spark plug. lepas budak tu kata kalau ikut hati nak tumbuk. tukang simbah pun bg green light.. tumbuk la. DUB DUB kena terus. aku pun akan hayun ja kalau org cakap ayat tu. all the best la budak. ko menang tapi kemenangan ko adalah kemenangan bodoh. nothing to be respect with.

    btw, you will grow up good if you dont take drug n alcohol. so stay away from drug n alcohol. keberanian untuk step up tu aku puji cuma kena asah kebolehan untuk MENILAI tu banyak2. ko ada kemampuan memimpin la budak. some1 should guide him lah.. bukan secara akedemik, tp dr cara pemikiran positif. akedemik akan datang secara perlahan untuk budak2 mcm nie..

    Pengakuan: aku penah calarkan keta cikgu masa sekolah darjah 6 sebab aku kena tampar muka free. penat aku hujah aku x bersalah tapi kena gak. budak lain yg gaduh. aku yg kena tampar. kes budak yg bertumbuk tu slalu bertumbuk ngan aku, tp hari tu dia bertumbuk ngan budak lain. cikgu ingat aku, panggil masuk bilik guru besar terus tampar ja. budak tu kena gak, tp dia pun pelik sebab apa aku kena.. lepas tu kami 2 gaduh jarang2 jela.

    Bila dah besar jumpa kut tepi jalan, tegur, lama kita x bertumbuk. hahaha…

  42. zainuriah says

    wah bagus jugak baca cerita ariff,akak baru baca kat kosma ari ni…tahniah teruskan bercerita…apa2 yang menarik..untuk dikongsi

  43. says

    memang x dinafikan ada segelintir guru boleh mendatangkan MARAH dan DENDAM pelajar atas teguran yang melampau.. guru mestilah bijak & pintar dalam mendidik apatah lagi membuat teguran.. biarlah teguran membina bukannya menghina…. cikgu sepatutnya bijak menangani situasi camni…

    tapi aku x salahkan cikgu tu. murid tu pun kena r kawal emosi. fikir dahulu sebelum membuat sesuatu.

    ibu bapa jugak perlu memainkan peranan mereka jugak. cikgu hanya mengajar, ibu bapa lah yang mendidik. kalau anak perangai camni, ibu bapa yang patut disalahkan.

    anak murid sekarang x sama cam dulu. anak murid zaman dulu sangat menghormati cikgu. kalau la camni, ilmu yang cikgu tu ajar pun x berkat.

    fuhh, panjang giler aku komen nih…

  44. says

    semua manusia ada perasaan, cuma cara melepaskan perasaan tu tak kena pada tempat dan masa yang sesuai… ikut rasa hati jer…

  45. says

    setuju ngan entri ni…

    no wonder ramai cikgu2 sekarang stress kalau perangai murid macam tu…

    presiden NUTP –> bangang. Full stop.

    • ariff says

      Reaksi aku pun sama ngan ko pasal presiden NUTP.

      Cikgu tu pun manusia gak, ada perasaan. Kalau tiap-tiap hari menghadap budak-budak yang macam tu memang sakit jiwa pun boleh.

  46. says

    nak cakap macam mane.. dulu murid hormat guru dan orang-orang tua mereka. Sekarang, bukan lagi perangai macam setan, yang ade suka bile orang bandingkan die ngan setan..

  47. says

    mind set kebanyakkan ibu bapa masa kini, ‘yang penting anak happy’. bagi makan cukup. belanja cukup. bagi apa anak-anak inginkan. biar perangai anak macam haram kesamsengan semua belakang kira.

    perangai anak tu cermin kepada macam mana didikan parents dia. kalau anak seorang pun tak boleh nak di didik baik-baik apa lagi nak dikata. sian cikgu kat skolah. bukan nak jaga seorang anak murid je, beratus kowt.

  48. says

    ibubapa sekarang terlalu sayangkan anak sehingga sayang tu lah akhirnya merosakkan peribadi anak. Kan perpatah orang tua dah kata sayangkan anak tangan-tangankan.

    • says

      benar, perosak kepada anak itu dgn kasih dan sayang yg berlebih-lebihan…
      terlalu dimanjakan sampai yg buruk laku anak tersebut dilindung oleh mak bapak dengan beriya-iya sedangkan ternyata jelas salah dan silap laku anak tersebut…
      jangan ler kerana kasih dan sayang tu yg buruk dan baik nampak sama sahaja…
      tangan-tangankanlah anak itu kalau itu ubatnya…

  49. Dzafyra says

    Rasa malu, sedih, geram, takut, semuanya bercampur-baur melihatkan ‘kelakuan tidak sopan’ (dan kejam juga) itu..!

    Saya tidak suka melihat pelajar melawan guru. Ya, dahulu, semasa bersekolah, saya akui saya menyimpan perasaan geram dengan beberapa orang guru. Pada saya itu common. Kemudian saya fikir, “Di mana letaknya kerberkatan sebagai seorang pelajar..? Apatah lagi mahu tampil mulia di sisi Tuhan..??”

    Baiklah, mungkin ada sesetengah pelajar yang sememangnya tidak senang dengan sikap segelintir guru yang jelas terlihat ketidaktanggungjawabannya itu. Tetapi please, a teacher is always a teacher. Agama kita menyatakan betapa mulianya insan bergelar guru. Agama lain juga menjulang ‘kehebatan’ seorang guru. Setidak-tidaknya hormat mereka sebagai ‘seorang yang lebih tua daripada kita’. Itu prinsip yang cuba saya terapkan sekiranya saya mula merasakan ada rasa tidak puas hati dalam diri terhadap guru yang tidak saya senangi.

    Hairan dan hairan dan hairan! Kenapa kebanyakan pihak menuding jari ke arah guru tersebut..?? “Hey, please open up your eyes. Be fair when you judging people okay.. Huh.”

    Kadang-kala, saya sesalkan sikap para pelajar (Melayu terutama) dewasa ini. Attitude langsung mengerutkan dahi saya, bikin saya hela nafas keluh. Patutlah orang-orang yang lebih ‘senior’ daripada kita kerap membandingkan ‘situasi dahulu’ dengan ‘situasi sekarang’. Monolog saya yang kerap berulang, “Ya Allah, kenapalah budak-budak zaman sekarang ni.. Macam manalah nak bantu diorang jadi lebih elok dan baik ni ya..? Tak boleh nak sedar diri ke..??”

    Sedih sebenarnya mengenangkan masalah ini..!

    Terimbas kisah dahulu, ibu dan nenek selalu mengingatkan kami adik-beradik, jangan sekali-kali biadab dengan guru. Saya ingat lagi, saya dan adik pernah mengadu bahawa kami dirotan guru atas sebab yang tidak munasabah. Dan ibu tidak percaya sama sekali..! Betapa ibu melihat figura seorang guru sebagai insan paling mulia.

    Malahan, sebelum melangkah ke IPTA, ibu mendesak saya menjadi seorang guru..! LOL. “Bukan cita-cita saya bu..” Dan ibu serta nenek paling suka kata “Dia tu cikgu.. Bagusnya.. Ibu/nyai sukalah..” Jarang sekali mahu dengar ibu dan nenek memuji keluarga dan saudara-mara kami yang berjawatan ‘tinggi dan popular’ di mata orang ramai. LOL sekali lagi!

    BTW, saya kurang setuju bahawa sikap pelajar sebegini didorong oleh sikap ibu bapa mereka. Tidak semua ibu bapa begitu. Saya yakin masih ada ibu bapa yang prihatin dengan akhlak anak mereka walau si anak ‘kurang beradab’. Terima kasih.

  50. fiD says

    sebenarnya ada punca lain, kita tak boleh tengok je salah ibu bapa. cuba fikir dalam2, ada sesuatu tak kena.

  51. says

    salam bro
    aku rasa patut suruh presiden ntup yang bijak laksana tuh
    duk depan pelajar tu
    kati tengok berapa terlebih ajar budak tu depan dia
    kasi tengok berapa lama dia boelh tahan
    mereka ni keje nak politikkan semua isu jer
    mmg tak bleh blah cuba kalau isu yang tak ada kepentingan peribadi
    haram nak masuk campur
    itulah politik tu kotor bila orang yang di dalam suka salah guna untuk kepentingan peribadi elok ngo pun boleh punah bile ideologi sempit politik tu di campur aduk
    alahaiiii cik senah
    menang sorak kampungnya tergadai

  52. says

    malu lh presiden tu, memalukan dan dimalukan, cikgu tu even dia mcm org kata provoke, atleast dia tnjuk kesabaran dia, emak apak saya tak ajar saya tunding2 jari depan org lain, even dengan kucing saya pun sy tak penah di ajar mcm tu.

    itu lh dia budak yg kurang ajar, salah sendiri, slh emak bpk dia. tak pernah dengar pepatah kot lentur buluh biar dr rebung, kalau dh keras, kau nak lentur apa dh? LOL

    // buat rebung msk lemak taruk udang pun sedapp :P

  53. says

    my dad cikgu and of course dia memang seorang yang amat-amat tegas.
    memang ibu bapa mainkan peranan penting.

    tapi, kalau tgk balik video tu..
    cikgu tu tenang je hadapi pelajar macam tu!
    kita yang tengok ni plak rs nk penyek2 je pelajar tu.

    agak-agak mak bapak dia yg tengok video tu ngaku x dia anak???

  54. says

    aku nakal time sekolah pun still boleh dengar cakap cikgu siut , takda melawan huhu.. macam² budak zaman sekarang ni . kalau camni mungkin ramai cikgu takut nak jadi cikgu..

  55. says

    kadang2, pelajar2 tak beradab ni memang dah berlatih sejak sekolah rendah lagi, masa tu dah pandai keluarkan kata2 kesat pada cikgu, bila cikgu hilang sabar dan mula touch murid tu, then murid tu lak tercedera sikit, mak bapak dah mula naik angin tanpa usul periksa dan dengar kedua belah pihak, buat repot polis dan saman..

    sebenarnya, ibu bapa perlu pupuk rasa hormat guru pada anak sejak kecil lagi, kalau dulu2, ibu bapa siap bagi hadiah lagi pada guru yang mengajar anak, bukanlah nak suruh bagi hadiah selalu tapi ajar anak supaya hormat guru dan kawal perasaan marah..

    kalau generasi murid sekarang tak hormat guru, macam mana bila dorg pula ada anak nanti..

  56. says

    Masalah berulang ulang ulang kali terjadi saban tahun. Penyelesaian dah bersepah-sepah, tapi tak ada pelaksanaan. Mak bapak nak jadi strict masa anak dah jadi buluh..mana boleh. Patutnya dari kecik tu kena tekankan rasa hormat, kasih sayang, adab2 tu semua…biar melentur dari rebung orang kata.

    Tapi yg terjadi sebaliknya. Aku pn selalu je nampak time skolah dulu mak bapak back up anak gila2. Sayang memang la sayang..tp bak kata pepatah sayang anak tangan-tangankan..

    Pikir la sendiri..

  57. says

    dunia dah terbalik bro…em cantik mcm karangan dulu2 spm.. lengkap bro..leh dapat A++ =) dahla mamat tu duk repeat pe cikgu cakap… kalo video camni dah kuo pastu mak bapak budak tu salahkan cikgu mmg bala ler family budak tuh…huhu

    • ariff says

      ni semuanya berkat ikut cakap cikgu BM. eheheh..

      Tapi itulah, agak marah bila dengar komen presiden NUTP masa Buletin Utama tadi. Tak patut betul dia salahkan cikgu tu