Skip to content


Pelajar Malaysia Ditahan Seludup Bahan Letupan

moscow-arrestPelajar Malaysia tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) ketika ditahan

MOSCOW: Dua orang pelajar Malaysia hari ini ditahan pihak berkuasa Russia kerana disyaki terlibat dalam operasi menyeludup bahan letupan masuk ke negara itu. Mereka telah ditahan di pintu masuk hostel mereka berhampiran stesen Metro Planernaya. Bahan letupan pelbagai jenis seberat 10 kilogram yang dirampas pihar berkuasa tempatan itu dianggarkan bernilai RM1000 disyaki akan digunakan dalam beberapa operasi menjelang malam tahun baru nanti.

Pegawai di Kedutaan Besar Malaysia-Russia ketika disoal berkenaan perkara ini menjelaskan bahawa siasatan masih lagi sedang dijalankan dan berkemungkinan besar kedua-dua pelajar tersebut telah disabotaj atau diperdayakan oleh beberapa pihak asing. Ada laporan mengatakan bahawa pelajar-pelajar tersebut telah terlebih dahulu berjumpa dengan sekumpulan lelaki berbangsa Vietnam di stesen Metro Planernaya sebelum pulang ke hostel mereka. Beberapa saksi turut melaporkan bahawa berlaku ‘pertukaran bungkusan’ antara kedua-dua belah pihak di stesen Metro tersebut.

Kejadian sabotaj terhadap pelajar Malaysia semakin berleluasa dewasa ini, lebih-lebih lagi selepas kemenangan pasukan bola sepak Malaysia di Sukan SEA tempoh hari. Dilaporkan bahawa pintu beberapa bilik kepunyaan pelajar Malaysia di hostel tersebut telah disimbah cat merah dan darah babi. Pihak hostel telah diarahkan untuk meningkatkan rondaan keselamatan pada waktu malam.

Gambar-gambar disyaki sebagai bahan letupan pelbagai jenis yang dirampas pihak berkuasa Russia. Gambar dipercayai telah disebarkan di laman web sosial Facebook oleh beberapa pihak yang tidak dikenali.




Nota kaki: Cerita hanyalah rekaan semata-mata, tapi mercun harga RM1000 tu betullah. hehe..

Entri Lain Yang Berkaitan

  1. Khas Kepada Semua Yang Bergelar Pelajar
  2. Malaysia – Broadband Internet Akan Bertambah Laju
  3. Red Tube Malaysia
  4. Orang Russia Belajar Bahasa Malaysia
  5. Beza Antara Internet Russia & Malaysia
  6. Recap 2009
  7. Make Money With Catcheye Malaysia?
  8. Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia
  9. Final Piala Malaysia 2009 Kelantan vs Negeri Sembilan
  10. Airbus A350 XWB in Malaysia

Posted in Life in Moscow.

Tagged with , , , , , , , , , , , , .


30 Responses

Stay in touch with the conversation, subscribe to the RSS feed for comments on this post.

  1. Zala Wajik says

    Gambar intro dia buat macam cerita ni betul2 berlaku dowh..
    hahahaha..

    • ariff says

      hahaha. Best kan aku edit? Mula-mula amik gambar tu xde blur, orang tu pulak rambut kaler brown so aku blurkan. Xdela nampak tipu sangat + lagi dramatik

    • fiza says

      hahahaha… memang wrtawan VIP ada chan geng gan utusan Malaysia…rugi mereka x abil ko….

      • ariff says

        Hahaha. Tak nak lah jadi wartawan. Jadi blogger lagi best =)

  2. iamsura says

    siapa punyer kerje ni…
    ish3x…. =P
    iamsura´s last blog ..Banner Gengblogger.com My ComLuv Profile

  3. elyana yazmin says

    alahh..ingt btoi2.ishk! terkena sudaaaaaa..ki3x~

  4. naim says

    wah..aku nak jugak mercun tu..buat letup gunung.kasi rata.haha.hebay tol ko wat cite..bleh jd penulis..ko berbakat haha

    • ariff says

      ni cerita dah berapa minggu aku karang dalam kepala. tunggu masa nak keluarkan je. haha..

      btw. blog ko cun ah!

  5. Akuro San says

    haha~ sekadar nak tunjuk gambar mercun jer lah ni yerk~ huhu~
    Akuro San´s last blog ..Email Scam Dari Malaysia Airlines My ComLuv Profile

    • ariff says

      banyak duit habis beli mercun

  6. nOj says

    makk aii siap angkat tu… gile betul punye kejam

    • ariff says

      orang russia memang kejam

  7. akuzaty says

    bile smpai bab kmenangn bola sepak mlaysia
    dah tahu da sume tu tipu..=p

    • ariff says

      lain kali aku buat cerita memang tipu xkasi can pun. hahahahaha..

  8. azizwan says

    ceh.. siot je.. aku ingat betul.. serius aku baca smpai habis rupa2nya aku tertipu. wakenabeb.. huhu.. btw.. nice smpaikan aku tertarik nak komen :)

    • ariff says

      agak dramatik kali ni. nak-nak siap ada gambar yang blurred lagi. kehkehkeh..

  9. sue says

    eii emnci,dua kali masuk cni,br ternampak nota kaki yg tecik 2..huh,menyampah..huhuk..tertipuuuuuuuuuuuu!

  10. Lady Nass says

    ada yang nak kena siku lipat ngan aku neh. hoho. wat suspended saje.

    • ariff says

      ngeh ngeh. lagi sorang

  11. fifi says

    cit hampages betullah!
    semangat aku baca sampai habis!
    sekali nota kaki..
    tettttt
    siot!
    fifi´s last blog ..hanya ini yang mampu dilakukan oleh malaysia My ComLuv Profile

    • ariff says

      hehehehehee…

  12. jawatan kosong says

    Cerita ni macam betul adanya…

  13. azizan4444 says

    mcm2 ada…mntap penyampaian..

    • ariff says

      hehe. memang dah lama terfikir nak buat camni

  14. sharinginfoz
    Twitter: sharinginfoz
    says

    macam2 kan.. bosan2 singgah le…

  15. Amir F says

    Hah?! Adakah ini cerita betul…?

    • ariff says

      cara aku sampaikan nih memang bunyi macam betul kan? hehehehe..

Continuing the Discussion

  1. IMCurtain.com linked to this post on December 27, 2009

    Pelajar Malaysia Ditahan Seludup Bahan Letupan | blog.ariff…

    MOSCOW: Dua orang pelajar Malaysia hari ini ditahan pihak berkuasa Russia kerana disyaki terlibat dalam operasi menyeludup bahan letupan masuk ke negara itu….

  2. uberVU - social comments linked to this post on December 27, 2009

    Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by ariffshah: Pelajar #Malaysia di Russia Ditahan Seludup Bahan Letupan http://bit.ly/7bo18g...



Some HTML is OK

or, reply to this post via trackback.

CommentLuv Enabled


Tested by Wordpress Themes