Pelajar Malaysia di Moscow Cedera Parah Akibat Letupan Meriam Buluh

Moscow 29 Ogos: Tindakan berani seorang pelajar Malaysia membuat meriam buluh di pejabat Kedutaan Besar Malaysia, Moscow  membawa padah apabila dia melecur di muka akibat letupan meriam buluh gara-gara ingin menyemarakkan suasana Aidilfitri di Russia.

Pelajar yang tidak mahu namanya dikenali tersebut melecur sebelah muka apabila meriam tersebut tiba-tiba meletup ketika dia sedang memperbetulkan posisi meriam tersebut supaya menghala ke arah pejabat kedutaan Israel di sini.

Dua buah pasukan polis bersama skuad pemusnah bom daripada pasukan OMOH (Pasukan Polis Khas Russia) tiba di pintu pagar pejabat kedutaan Malaysia sebaik sahaja mendapat laporan daripada orang ramai yang terdengar bunyi letupan kuat kira-kira jam 9.10 malam waktu Moscow.

Skuad pemusnah bom pulang dengan tangan kosong

Pihak kedutaan telah diberi amaran oleh pihak berkuasa supaya tidak melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman penduduk sekitar walaupun menjelang perayaan Aidilfitri. Umat Islam seluruh Russia akan menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos, selaras dengan perayaan di kota Makkah.

Pelajar tersebut kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital berdekatan dan akan dibenarkan pulang selepas beberapa hari.

Menurut rakannya dan beberapa saksi di tempat kejadian, mangsa telah mengubahsuai struktur dalaman meriam tersebut supaya menyerupai enjin roket dan menambah sedikit bahan bakar kapal terbang supaya letupan meriam tersebut menjadi lebih terang. Mangsa adalah pelajar jurusan kejuruteraan aeroangkasa di Moscow Aviation Institute.

Disebabkan ketiadaan buluh di Russia, buluh meriam tersebut telah dipos dari Malaysia oleh keluarga mangsa dan mengambil masa 3 bulan untuk sampai ke Russia.

 

 #beritabohong jangan marah.. hehe..

 

90 Comments