Pelaburan Yang Lebih Menguntungkan Berbanding Gold & Silver 2012

Business graph

Sebelum baca ni, take note bahawa suggested timeframe adalah medium term, di antara setahun hingga tiga tahun.

Dan ya, berdasarkan prestasi saham dalam industri barangan keperluan harian pada tahun 2012, kaunter-kaunter saham ini mempunyai prestasi yang lebih meyakinkan berbanding harga gold and silver.

Kita tengok harga gold & silver terlebih dahulu:

1 Januari 201231 Disember 2012Kenaikan Setahun
Gold $1600/oz$1658/oz 3.6%
Silver$28/oz$30/oz7%

Sekarang tengok pulak kenaikan harga saham keperluan harian. Saya pilih dua saham kegemaran saya iaitu Dutch Lady dan Petdag untuk dijadikan contoh.

1 Januari 201231 Disember 2012Kenaikan Setahun
Dutch LadyRM25/sahamRM46/saham84%
PetdagRM17/sahamRM23/saham35%

Kalau nak tau mana dividen ASB tu semua datang, ia datang dari keuntungan saham seperti Dutch Lady dan Petdag. Tapi kenapa kita dapat kurang daripada 10%?

Jawapan mudah, sebab nak bayar orang yang lebih pandai atas kita yang laburkan duit kita tadi pada saham-saham tu, nak bayar staf-staf dan akauntan yang menguruskan akaun kita di PNB dan macam-macam lagi orang. Pelabur ASB hanya layak 8.9% (bonus + dividen) sebab mereka tak buat apa-apa pun.

Dutch Lady – membekal makanan berasaskan hasil tenusu. Pergi tengok susu anak kat pasaraya tu berapa mahal harganya. Krimer dalam kopi anda? dan macam-macam lagilah.

Petdag – Minyak petrol dan diesel. Senang cerita, stesen Petronas. Harga minyak confirm naik dalam jangkamasa panjang disebabkan permintaan tinggi (kereta makin banyak di Malaysia) dan harga minyak dunia yang semakin meningkat (untung lagi banyak).

Saya nak ubah cara saya melabur dalam saham. Tahun lepas agak agresif tapi kalau nak jadi agresif kena luang banyak masa. Tahun ni nak relax je, just letak duit dalam saham yang bagus macam yang saya berikan atas ni. Nak pindahkan duit dalam ASB tu.

Gold & silver? Pun ada. Cuma kurang daripada 10% aset saya. Pelabur cerdik tak laburkan kesemua duitnya dalam satu tempat/bentuk pelaburan.

Walau bagaimanapun, risiko tetap ada. Mana tau tiba-tiba Malaysia kena gempa bumi, confirm harga kedua-dua saham ni tadi jatuh. Segala kerugian kalau anda ikut entri ini adalah tanggungjawab anda sendiri. Simpan emas pun ada risiko orang pecah masuk rumah dan curi emas kita.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

45 Comments