Pelaburan Unit Trust Rugi RM5k, Agen Suruh Masuk Fund Company Lain

ariff-shah-unit-trust

Dalam pasaran memang ramai agen unit trust yang ni. Hati-hati. Kisahnya macam ni. Akak ni invest dalam 50k CIMB Dali. Seperti yang kita sedia maklum, apa-apa UT dalam sektor ekuiti untuk setahun dua kebelakang ni memang suffer sebab harga minyak jatuh teruk.

kisah agen unit trust-1
kisah agen unit trust-2

Yang menariknya, agen unit trust dia suruh tukar dari CIMB masuk ke RHB, just because agen tu tukar company ke RHB. Suka hati je.

Biasanya bila tukar fund different company ni, client akan dikenakan caj antara 4-5% daripada invested amount, kecuali kalau ada apa-apa promosi di mana tiada sebarang caj dikenakan kalau tukar. Pembaca saya ni ada lebih kurang RM50k, kalau 4% dah RM2k daripada invested amount hangus sekali lagi untuk bayar fee pada company unit trust dan komisen agen. Agak kurang bijak kalau tukar just because agen tukar company. Agen tu hebat sangat ke macam mana? Kalau hebat client dah profit sekarang.

Jadi saya kurang setuju kalau transfer fund just because agen tukar company. Company sedia ada akan assign new agen atau boleh cari agen lain daripada company sama untuk manage fund.

Kalau Dah Rugi 10% Dalam Unit Trust, Nak Buat Apa?

Pertama sekali. Jangan tukar company. Mungkin anda akan dengar daripada orang sekeliling, fund dari company lain ok atau menang award. Abaikan. Orang lain masuk dalam fund different timing berbanding masa anda masuk dalam fund. Kalau tukar company, biasanya kena bayar fee 5% tu lagi sekali.

Tapi kalau fund tak perform lepas 2-3 tahun, then something wrong with the fund.

Kedua. Anda boleh pilih untuk tukar kepada fund lain dalam company yang sama. Biasanya kalau tukar fund lain dalam company sama tak dikenakan sebarang caj.

Kalau saya, saya akan pilih fund yang menunjukkan kenaikan dalam tempoh masa 1 bulan, 3 bulan dan 6 bulan. Ni petunjuk paling mudah yang fund ni sedang perform, tapi no guarantees ya.

Ketiga. Pilihan lagi satu yang ada adalah biar je fund tu. Tak payah usik. 10% jatuh untuk unit trust adalah normal. Dalam pelaburan, ada kitarannya. Bukan masuk dalam fund boleh terus untung esok. Kalau tak sanggup tengok fund jatuh 10-20% pada suatu masa, letak duit dalam ASB/TH.

Harap anda tak buat silap macam ni. Share entri ni kat kawan yang ada investment dalam unit trust.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

19 Comments

    • Muhammad Muzammil

      14 August, 2016 at 4:06 pm

      Mmg bukan masa yang baik untuk switch ke company lain. Sekarang masa tambah unit bukan melompat-lompat tukar company. Kitaran dalam pelaburan unit trust memang ada turun naik dan perlu masa antara 5-6 tahun untuk return investment. Sy boleh sambung pelaburan puan jika sudi

      #cwa consultant

  • Khairul Zamri

    30 July, 2016 at 9:40 pm

    Ini sebenarnya basic yang perlu agen terangkan kepada client-client sebelum sign up dulu, bukan takat kejar komisen semata-mata je ilmu kena mantap dan cukup. Nak main fund kena tahu profit lost tu memang ada bukan senang-senang nak untung je memanjang.

  • Afif Rayyan

    29 July, 2016 at 11:13 am

    Orang kata masyuk kalau masuk unit trust nie.. tapi bila saya tahu ada risiko camni, makin takut pulak nak join.. tunggu ekonomi dunia betul2 stabil baru boleh join kot..

    • Muhammad Muzammil

      14 August, 2016 at 4:14 pm

      Kalau ekonomi dunia dah stabil masing-masing akan kutip hasil melabur waktu ekonomi jatuh sbb nilai aset Unit trust biasa akan skali naik sama dengan ekonomi.. kalau nak penerangan lanjut saya boleh terangkan. No charge and tiada paksaan.. Sy lebih suka bagi penerangan dan kongsi pandangan dengan harapan melayu lebih celik dalam dunia pelaburan.

  • nurul

    28 July, 2016 at 8:43 pm

    Agen saya dulu cwa, sekarang masuk RHB, tapi takde pulak ajak switch. Beliau just inform yang beliau tak boleh nak advise / monitor performance fund saya. Saya ok je sebab unit trust makan tahun baru nampak hasil, dollar averaging cost .

    Lagipun saya dah buat kind of wasiat dalam unit trust, so lagi la malas nak tukar. Itu pun kena caj.

    Btw, terima kasih atas perkongsian di atas.

  • fazrol

    24 July, 2016 at 12:59 am

    Nasihat sbg salah seorang ejen Unit Trust…

    Jangan keluarkan masuk fund syarikat lain semata-mata follow ejen.. Ikut Nasihat Ariffshah… Rugi saja kena caj bertambah.. Dah laa rugi, bertambah rugi…

    Biar je dalam dali, dengan monitor sendiri.. Rasanya boleh tgk secara online kan?

    Unit Trust adalah longterm investment..

    Kalau nak cepatkan keuntungkan ketika rugi.. Untuk cash investment, mungkin boleh menggunakan teknik Dollar Cost Average.. Itu pun mengikut modal, dan carta performance Fund Dali.. Kena study sikit laa…

    p/s – Ini antara sebab saya kurang ambil cash investment… Kecuali orang yang betul-betul boleh bersabar dengan masa…

  • Hafiz

    22 July, 2016 at 9:31 am

    Bagus perkongsian ni. Pendek kata, tak kira apa3 pon perniagaan kita seeloknya follow up lah dengan pelanggan secara berkala. Kalau xde sales xde lah komisyen.

  • Nor

    20 July, 2016 at 12:57 pm

    Assalammualaikum Encik,
    Sy ada buat pelaburan dlm Unit Trust Public Mutual melalui ejen (kawan) , sy ada request utk buat potongan gaji bulanan tp masalahnya ejen sy senyap je. Jd takde pertambahan baru yg sy buat dr 1st pelaburan thn lepas. Ape kesannya ye? Sy sebenarnya masih kurang jelas pasal Unit Trust nie.

    Terima kasih.

    • Nadiah Othman

      20 July, 2016 at 11:26 pm

      Nor, sy pun pernah kena, saya whatsapp agent setiap bulan selama 4-5 bulan utk request tambah duit dlm fund, tapi tak reply pun.Then pagi tu sy call customer service inform pasal ni. Petang tu terus dia whatsapp sy (eh bole pun whatsapp ) & marah sbb sy mengadu kat HQ ? . Sabar jer lah.
      tp sy punya bukan public mutual la.

      • Nor

        21 July, 2016 at 6:04 pm

        Sbb ejen tu kwn sndri, tu xnk panjang2kn. Nak mintak explaination lbh pun susah, ble ajak jmpe kata bz..huhu tu yg blur xtau nk buat ape. Yup, maybe sy kena contact agency terus kot. Thanks ye :)

        • zulhelmi

          25 July, 2016 at 2:36 pm

          kalau nak senang, buat jer sendiri. boleh pakai platform “fundsupermart.com.my”.
          Hampir semua fund ada (kecuali Public mutual). Sale charge pun murah, biasa dlm 2 % jer.
          Kalau time promosi, charge boleh jadi 0 or 1 %.

    • Abe Jaq

      29 July, 2016 at 3:27 pm

      Assalamualaikum,

      1. Basic principle dalam UT adalah long term investement.

      2. Kalo anda mempunyai masa dan kemahiran dalam pelaburan, pelaburan saham di bursa lagi bagus. terpulang kepada individu2..

      3. Sebagai pelabur, kita kena specify kita ni jenis pelabur yg macam mana. High risk, low risk, balanced risk and etc. Kalo kita jenis high risk punya orang, maknanya kita akan pilih equity fund. Jenis xkisah lah duit burn so called camtula..huhu

      4. Dollar Cost Averaging tu bagus utk balancekan turun naik dalam pelaburan UT.

      5. Switching to different fund sebenarnya agak x advisable melainkan performance memang teruk sgt. Normally fund yg di pilih adalah bersesuaian dengan jenis2 pelabur yg saya sebutkan tadi.

      6. Saya follow en ariff, puan biarkan dahulu and monitor the performance. Kalo puan jenis yg analytical, boleh baca prospectus utk pilihan fund.

      7. UT trust adalah pelaburan jangka panjang yg selamat, sb investment fund dalam different sector. untung rugi dalam diffrent sektor akan compliment in overall investment.

      p/s : maaf panjang plak comment. saya budak baru blaja dalam blogging.huhu