Pelaburan Unit Trust Ni Mudah Je Sebenarnya

pelaburan-unit-trust-mudah

Lagi satu topik popular orang selalu PM saya selain refinance rumah ialah kaedah pelaburan unit trust. Sebenarnya, senang je nak melabur dalam unit trust ni.

Kenapa Perlu Tahu Teknik Pelaburan Unit Trust Kalau Agen Dah Boleh Uruskan Pelaburan Saya?

Actually kerja jadi agen unit trust ni pun senang je sebenarnya. Bila agen tunjuk historical performance yang hebat-hebat kepada client, kita bagitau client historical performance ni tak mencerminkan future performance. Dengan tu, kita dah prepare client dari segi mental untuk berhadapan dengan kemungkinan fund tak perform sehebat dulu.

Lepas tu kalau fund tak perform, agen-agen ni bolehlah canang teknik dollar cost averaging yang memerlukan anda meletakkan lagi duit anda dengan mereka (dan of course mereka dapat makan komisen lagi!) walhal kalau belajar lebih sikit lagi, dapatlah elak daripada tersangkut ketika market down dari awal.

Majoriti yang jadi agen unit trust ni takde pengalaman dalam dunia saham dan pasaran ekuiti. Mereka hanya mengikuti kursus marketing dan diajar untuk menjual produk unit trust. Pada mereka, market jatuh atau naik, anytime boleh masuk unit trust.

Saya tak salahkan agen unit trust atau nak merendah-rendahkan mereka, cuma yang saya nak beritahu ialah, kalau nak melabur, cari ilmu sikit dan jangan bergantung 100% pada orang lain. Be an informed investor walaupun anda menggunakan perkhidmatan agen unit trust.

Saya dah pernah jumpa orang yang melabur dalam unit trust tapi lepas 3 tahun pun tak untung-untung sebab salah timing masuk market. Semuanya sebab mendengar nasihat ‘pakar’ yang tak berapa pakar sangat.

Orang yang terbaik untuk melabur duit yang kita ada adalah diri kita sendiri.

3 Asas Mudah Pelaburan Unit Trust

bursa-unit-trust

1. Timing

  • Paling ideal adalah membeli ketika market bottom. Seperti contoh, semasa era 1998 dan 2008. Siapa yang membeli pada dua tahun ni, dah berganda-ganda keuntungan
  • Elakkan membeli ketika market berada di paras tertinggi. 2014 boleh dikatakan market berada di paras tertinggi, tunggu masa nak jatuh
  • Kalau masih nak membeli ketika market tinggi, setkan time frame yang panjang (2-3 years) dan accumulate guna konsep dollar cost averaging
  • It’s all about timing. Lagi tepat timing, lagi banyak keuntungan dan kalau wrong timing, tunggulah macam orang clueless, sampai terpaksa ikut so-called recommendation suruh top up investment

2. Pilih fund terbaik

  • Jangan dengar bulat-bulat kata agen fund mereka terbaik. Pada mereka of course terbaik. Mereka jual, jadi mereka kena percaya apa yang mereka jual tu terbaik
  • Walaupun orang kata terbaik, tak semestinya jugak. Gunakan tool seperti Lipper Leaders dan Morning Star dan bandingkan rating
  • Fund yang terbaik adalah fund yang ada rating tinggi dalam dua-dua tool ni tadi

3. Switching

  • Lakukan switching masa market jatuh. Dengan ini, kita boleh lock keuntungan yang kita dah dapat dengan meletakkan duit dalam fund yang defensive seperti money market atau bond
  • Bila market up balik, kita switch semula kepada dana ekuiti
  • Daripada switching lump sum, kita switch sedikit-demi sedikit. Dengan ini, kalau market jatuh lagi pun, kita dah average down. Macam saya cakap, orang yang aktif main saham je tau bila dan berapa lama market akan down

Itu je sebenarnya. It’s not rocket science. Buat property investment lagi susah.

Semoga anda mendapat manfaat daripada entri ni. Selamat melabur. Pastikan financial protection dah dibuat sebelum investment.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

7 Comments

    • Ariff

      25 December, 2014 at 9:38 pm

      Bagus atau tak tu, bukanlah saya yang tentukan.

      Macam saya cakap, tengok performance semasa dan historical. Kemudian tengok rating. Kalau nampak semua cantik, maka baguslah

    • Ariff

      25 December, 2014 at 9:39 pm

      Kalau KLCI turun, majoriti unit trust akan turun. Kita tengok mana yang turun banyak, dan mana yang turun sikit. Daripada tu boleh nampak fund manager dia pandai uruskan dana supaya harga fund tak jatuh banyak

  • Fizan

    25 December, 2014 at 1:58 am

    penerangan yang bagus, tapi sedikit sebanyak mencalarkan imej unit trust consultant. Majoriti unit trust consultant memang tiada pengalaman dalam bidang ini, tapi tidak lah semata2 belajar marketing dan diajar untuk menjual sahaja. Ada yang memilih ini sebagai kerjaya, sudah pasti mereke belajar dengan lebih jauh lagi tentang bidang ini. Semata2 dapat komisyen sahaja tu kurang tepat bagi pendapat saya.

    Kalau semata2 komisyen, ramai juga sy jumpa agent insuran selepas 6 tahun hilang, polisi tiba2 lapse sebabkan tiada monitor yang bagus. Bila nak menguruskan claim lambat sebab tidak tahu procedur yang betul dan tepat. Tapi saya tidak menyalahkan mereka.

  • akubiomed

    24 December, 2014 at 11:56 pm

    Timing memang tidak nafikan memberikan pulangan yang baik. Kawan saya beruntung membeli ketika murah manakala saya pula terlambat terpaksa beli tinggi sedikit. Return yang beliau perolehi lebih tinggi daripada saya walaupun inject modal kurang daripada saya.