Pelaburan Mesti Bermula Dengan Simpanan

simpan duit

Kalau takde orang ajar lagi, saya nak ajar ni. Pelaburan mesti mula dengan simpanan. Kalau takde simpanan, rumah harga RM85,000 pun boleh jadi harga mampu tengok. Sebab apa? Sebab takde modal nak keluarkan untuk bayar deposit rumah.

Saya untung kenal mamat ni beberapa tahun sebelum saya habis belajar dulu. Kemudian tolong dia bangunkan blog. Dari Blogspot tukar WordPress. Dari tu, saya follow tulisannya. Saya mula start simpan duit. Memang target nak beli rumah secepat mungkin.

Habis kerja, 3 bulan menganggur sebelum start kerja. Bulan Jun 2012 start kerja. Bulan Disember 2012, sign S&P beli rumah pertama di Seksyen 7 Shah Alam. Sebab ada simpanan saya boleh sign S&P tu. Target tercapai. Dalam tahun pertama dah beli rumah. Murah mahal tu belakang cerita. Rumah tu generate positive cashflow, cari penyewa senang dan penyewa pun bagus. Alhamdulillah.

Apa jadi kalau saya takde saving? Saya pasti ternganga je tengok orang lain beli rumah tu. Sebab gaji pun tak banyak masa tu, memang taklah kalau nak beli rumah lagi mahal. Nak start saving time kerja dahla susah lebih-lebih lagi gaji kecil. Mungkin tahun 2013 baru boleh beli, itupun kalau saving betul-betullah.

Nak melabur ni kena ada modal. Waktu studentlah paling banyak masa dan peluang nak simpan duit dan cari modal ilmu. Waktu student dapat pinjaman/biasiswa dan duit belanja. Komitmen takde. Simpan mana yang boleh. Kalau ada cuti, cari kerja part time. Kalau rajin sikit, buat perniagaan kecil-kecilan. Masa belajar biasanya 60% masa je guna untuk belajar. Selebihnya banyak aktiviti lain yang dibuat.

Dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang dan gaji yang liat nak naik, lagilah kena mula dari awal. Zaman sekarang ni yang lambat akan ketinggalan. Yang tak berapa ada duit akan kekal macam tu sampai bila-bila kalau dia malas.

Tak perlu tunggu gawat hatta ekonomi runtuh sekalipun, kalau takde simpanan / modal untuk melabur, peluang pelaburan hebat macam mana sekalipun mesti tak dapat nak sambar.

Jadi kepada muda-mudi yang selalu inbox saya tentang tips pelaburan sebagai pelajar, ini tips saya. Dah ada simpanan, dah kerja dengan gaji tetap, kita boleh cerita lagi. Sekarang, belajar dan simpan duit. Itu je. Tips paling power yang takkan salah sampai bila-bila.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

15 Comments

  • Taufik Mansor

    7 January, 2016 at 5:34 am

    Sekadar pendapat; dpt gaji tu potong/simpan siap2 at least 10% dr gaji. lupakan dan simpankan kt tabung haji/asb. kalau nak beli kereta pikir dulu kemampuan gaji. patut 15-20% shj dr gaji utk ansuran kereta. Sbb kita byk habiskan gaji kat kereta. 10% lg utk kad takaful.

    belanja ikut keperluan dan bukan kemampuan. buat bisnes sambilan spt dropship dll utk tambah pendapatan. banyakkan bersedekah.

    krisis ekonomi melanda dan hutang negara makin bertambah. Kerajaan akan naikkan cukai dan potong subsidi. kita kena jimatkan belanja dan tambahkan pendapatan dgn berniaga sambilan spt drophip. sekian. :)

  • Amirul

    22 December, 2015 at 11:55 pm

    Kata-kata anda banyak memberi inspirasi kepada saya. Nak buat pelaburan, tapi belum ada slip gaji dan belum cukup umur : ). Jadi elok buat simpanan je la, nanti bila dh kerja boleh terus buat downpayment utk beli rumah.

  • OhPanduan

    21 December, 2015 at 4:48 pm

    Nak melabur apa sahaja kena ada simpanan.
    Jika tak ada, agak sukar nak dapat apa yang dihajati.
    Cuba sikit-sikit. Nanti berhasil. Terima kasih atas tips ini Bro Arif.

    • Ariff

      18 December, 2015 at 10:46 pm

      Perlindungan ni fungsi dia untuk melindungi bukan setakat diri kita, tapi juga pelaburan kita.

      Perlindungan paling asas semua orang perlu ada adalah dari segi kos perubatan. Semua orang boleh sakit bila2 masa sahaja. Untuk orang muda, RM120 dah boleh dapat kad perubatan paling asas. Ambil yang ini dulu. Ada duit lebih boleh upgrade. Pastikan kad perubatan mematuhu dua syarat ini, guaranteed renewal dan no portfolio withdrawal, barulah dianggap kad perubatan terbaik. Benefit banyak tinggi melangit pun tak guna kalau syarikat boleh batalkan / tarik balik manfaat.

      Mahal ke RM120 sebulan kalau nak dibandingkan dengan pelaburan kos perubatan sebanyak RM60,000 setahun? Kalau mahal, cari produk yang bersesuaian dengan bajet. Banyak produk dalam pasaran sesuai untuk semua jenis bajet. Yang bukan guaranteed renewal dan ada portfolio withdrawal biasanya lebih murah.

      Nak bergantung sepenuhnya pada manfaat perubatan yang diberikan syarikat tempat kerja pun boleh, tapi kena tahu risikonya dan sanggup tanggung risiko lah. Risiko yang paling nak dielakkan adalah sakit kritikal seperti penyakit jantung (ada yang menghidap penyakit jantung pada usia yang muda). Bila takde kad perubatan sendiri dan menghidap penyakit kritikal, dah tak boleh apply dah kad perubatan. Kos semua kena tanggung sendiri. Sakit biasa-biasa pun akan dikecualikan daripada perlindungan kad perubatan yang bakal diambil.

      Kalau rasa berbaloi berdepan dengan risiko ni untuk tak ambil perlindungan dan gunakan RM120 sebulan untuk pelaburan, silakan. Itu semua hak masing-masing nak tentukan. Ada je orang yang ok. Macam saya dulu dah beli rumah sebiji baru cari medical card dan life insurance.

      Bukan nak takut-takutkan ya. Saya terangkan risiko yang ada je. Kalau takut tu maksudnya benda tu benar. Keputusan terletak dalam tangan masing-masing.

      Harap penerangan ni dapat membantu.

  • Azlan Ismail

    18 December, 2015 at 3:02 pm

    Saya suka jugak pergi mana2 seminar masa weekend. Mostly seminar hartanah. Jarang balik kampung, balik bila takde seminar je. Sebab kalau balik kampung masa weekend lepas tu bila nak keluar menuntut ilmu hartanah, family selalu bising. Suruh fokus belajar je katanya.
    Apa salah ke saya kalau saya berkeras keluar jugak? Kadang2 terfikir macam pergi menuntut ilmu tapi tak berkat. Kadang2 pulak tak nak fikir langsung pasal tu, anggap je tu kuasa2 negative.
    Hairan jugak, kalau keluar habiskan duit pergi tengok wayang pergi enjoy. Family okay sangat.

    Segala macam yg saya buat biasanya saya takkan bagitahu family, bisnes dan seminar contohnya. Diorang akan cuba halang. Nanti saya rasa down pulak.

    Macam mana nak atasi masalah-masalah macam ni?

    • Ariff

      18 December, 2015 at 7:56 pm

      Family tak faham. Orang kita memang tak faham sangat pasal hartanah. Bila sebut pasal hartanah, dalam fikiran mereka beli rumah landed tinggal sendiri dan beli tanah kat kampung. Itu je. Itu sebabnya mak ayah orang melayu ni susah nak jumpa yang beli simpan apartment / kondo berpuluh buah untuk anak beranak. Yang ada tanah kat kampung je.

      Nak buat macam mana kan. Kalau family tak faham, terpaksalah buat sendiri. Masa nak beli flat busuk kat Shah Alam dulu pun mak saya macam takut2 tapi sebab saya dah biasa buat benda sendiri, saya beli je.

      Zaman sekarang maklumat di mana-mana. Kalau tak belajar daripada orang tua kita, kita boleh belajar dari pelbagai sumber lain. Jadi kalau apa yang kita rasa kita buat betul lepas belajar dengan orang yang dah berjaya, buat ajelah. Bila family nampak hasilnya, mereka akan faham.

  • akubiomed

    18 December, 2015 at 2:36 pm

    Harap generasi muda mula menyimpan ketika belajar lagi. Nanti jangan dibebani dengan hutang pinjaman pelajaran secara tak langsung tak cukup untuk diperuntukkan hal-hal lain.

    Banyak godaan dan menjadi sasaran pemasaran kerana mereka mempunyai kuasa membeli yang tinggi diusia muda.

  • akucomel

    18 December, 2015 at 9:03 am

    wahh bagusnya..betul dr azizan pun ada cakap simpanan buat untuk melabur je atau sesuatu yang boleh mencambahkan duit balik. Kalau untuk berbelanja jangan guna duit simpanan. Melainkan kalau ada sesuatu yang penting