Antara ASB, Tabung Haji & Unit Trust – Yang Mana Perlu Anda Pilih Dan Kenapa?

asb-unit-trust-tabung-haji

Sebagai rakyat Malaysia, cukup untuk anda perlu tahu tiga bentuk pelaburan ini.

Kalau tanya saya, saya akan pilih ketiga-tiga instrumen pelaburan ini.

Tabung Haji

Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam dan adalah wajib bagi mereka yang berkemampuan.

Kalau fikir nak tunggu mampu baru buka akaun, susah laa. Untuk pendaftaran haji, rate sekarang ni ialah RM1,300. Tapi don’t worry, boleh guna duit dalam akaun 1 KWSP untuk pendaftaran haji.

Cara mudah je. Buka akaun Tabung Haji, bawa penyata KWSP kat TH, Bank Rakyat dan Bank Islam untuk pendaftaran haji.

ASB

Tak lama dulu ada facility overdraft ASB tapi sebab banyak orang salahguna, bank terpaksa bekukan dulu produk ni. Saya percaya suatu hari nanti produk ni akan diperkenalkan semula.

Mana-mana duit yang kita nak kumpul buat sementara waktu, contohnya untuk beli rumah, kereta atau kahwin, boleh simpan dalam ASB. Short term savings. Duit lebihan gaji sumbat je dulu dalam ASB. Untung-untung, kita lupa pasal duit tu atau malas nak keluarkannya sebab nak kena pergi kaunter baru boleh keluarkan.

Kalau nak argue pasal zakat simpanan, sepatutnya kita rasa gembira dan bersyukur kalau kita dah sampai tahap kena bayar zakat simpanan. Ramai lagi kat luar tu nak save duit bulan-bulan pun belum tentu boleh lagi.

Unit Trust

Yang ni untuk long term. Kena ada mindset yang betul kalau invest dalam unit trust ni. Normally, simpanan 5 tahun boleh bagi pulangan 80 – 100%, jadi dalam erti kata lain, simpanan unit trust ni boleh bagi pulangan sehingga dua kali ganda (atau lebih) kalau simpan lebih daripada 5 tahun.

Ramai yang saya dengar dari agen, baru simpan sebulan dua dah mula tanya berapa pulangan. Kalau jadi agen unit trust, memang tepuk dahi la bila dapat client macam ni.

15 Comments