Pelabur Hartanah Jahat

pelabur-hartanah-jahat

Ada orang marah kepada para pelabur hartanah dengan alasan pelabur hartanahlah yang menyebabkan harga hartanah naik mendadak.

Ini statement salah.

Pasaran hartanah ni wujud dalam keadaan willing buyer, willing seller. Kalau ada pembeli sanggup membeli pada harga yang ditawarkan, maka penjual boleh jual ikut suka hati dia.

Kalau harga yang dijual tinggi, tak boleh salahkan penjual sebab itu hak dia. Benda ni natural lah kan, siapa tak nak buat untung banyak?

Kenapa harga rumah naik? No. Bukan sebab pelabur tapi sebab pembangunan. Pembangunan dan penyediaan perkhidmatan di sesuatu kawasan menaikkan harga hartanah.

Kalau ada LRT/MRT, harga tanah di kawasan tu naik. Kalau ada shopping mall, harga naik. Ada sekolah, klinik kesihatan dan kemudahan asas yang lain pun harga hartanah naik.

Harga naik sebab permintaan meningkat. Kalau dulu kawasan tu tempat jin bertendang, bila wujud je pelbagai kemudahan, semua orang nak tinggal di situ untuk menikmati kemudahan tadi. Ada yang tinggal di sesuatu tempat sebab lifestyle di kawasan itu. Ada pula tinggal sebab dekat dengan tempat kerja.

Dan sebab sekarang makin banyak kemudahan di tempat-tempat yang dulunya dilupakan, harga kat kawasan tu naik. Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan harga hartanah naik, terlalu banyak.

Pelabur hartanah hanya mengambil kesempatan terhadap trend harga hartanah yang sedang meningkat sekarang. Mereka bijak.

Bila kita suruh cari ilmu, golongan yang complain ni tak nak. Kalau tak mampu beli seorang, beli secara berjemaah. Cari partner, buat joint-venture. Tak mampu beli mahal, beli yang murah dulu.

Tapi itulah, nasihat sampai berbuih mulut pun takkan jadi kalau takde action. Yang complain boleh terus keep on complaining sambil tengok orang lain rebut peluang yang ada. Cuma janganlah marah kepada orang yang bertindak dan take action.

Dua ebook ni boleh membantu anda to get started:

Atau pergi sendiri hadiri seminar hartanah anjuran rakan baik saya, Abang Ensem. Harga berpatutan.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

12 Comments