Pasar Ramadhan

Pasar Ramadan 2010

Apa yang best sangat pasal pasar Ramadhan?

Lebih-lebih lagi di Lembah Klang dan bandar-bandar besar yang sewaktu dengannya, makanan yang dijual di pasar Ramadhan adalah sangat tidak memuaskan hati.

Kuih 40 sen satu, laksa kuah air, mee goreng lambak RM2.50 sebungkus dan macam-macam lagi makanan yang dijual pada harga yang tidak berpatutan. Of course, tempat macam ni tak ada kawalan harga dan tak akan ada kawalan harga, jadi mereka boleh letakkan harga sesuka hati asalkan orang beli.

Dan orang akan beli! Semua orang datang ke pasar Ramadhan sebab nak cari makanan dan semua orang datang dalam keadaan yang lapar. Jadi mereka tak fikir panjang ketika membeli. Asalkan nampak sedap, beli terus. Dah masuk perut baru sedar makanan yang dibeli tadi tak berbaloi dengan harga yang diletakkan.

Bagi penjual, mereka tak kisah kalau orang semalam tak datang semula. Ada beribu-ribu orang lagi yang datang ke sini. Tutup mata pun pelanggan datang.

Kebanyakan yang menjual di pasar Ramadhan ni adalah orang yang memang nak buat duit cepat. Itu sebab harga makanan yang dijual tidak berpatutan.

Tak suka sangat pergi pasar Ramadhan ni. Kalau pergi pun tak sampai 15 minit. Masuk, beli apa yang patut, balik. Rasa rimas sangat dengan traffic jam dan orang berhimpit-himpit nak beli.

Beli pun tak banyak sangat. Biasa ada satu main dish (nasi dagang, nasi kerabu, mee atau apa-apa yang sewaktu dengannya) dan roti boom. haa.. roti boom kalau boleh mesti ada.

.. setakat dua tahun saya pergi ke pasar Ramadhan kat USJ 4 ni, roti boom naik dari 60 sen ke 70 sen. Oklah tu. Ada yang jual RM1 sekeping, tapi yang tu memang dah kena boikot. Nasib baik mak cik ni bagus tak macam penjual makanan dari neraka yang lain yang letak harga entah apa-apa.

Jadi itulah sedikit sebanyak kisah saya tentang pasar Ramadhan ni..

24 Comments

  • Bidadari

    17 July, 2013 at 12:22 am

    Saya tak kisah sangat pasal harga kalau sedap dan elok. Tapi kalau harga melampau sangat memang kisah. Kalau harga mahal sikit tak apa asalkan jangan melampau harga. Tetapi masalanya sekarang makanan di bazaar indah rupa dari rasa. Susah nak cari yang betul-betul elok dan sedap. Tu yang dah lama tak beli kat bazaar. Baik saya gi beli kat restoran atau makan dekat restoran je..

  • Yuyu

    16 July, 2013 at 12:26 am

    bukan setakat kena rancang apa nak beli..tp kena rancang – cukup ke terlebih cukup utk makan sampai sahur..

    skrg ni bazaar tu dh mcm sindiket pun ada..memalukan melayu je *sebab mostly peniaga bazaar ni melayu and melayu tak jujur/tak ikhlas* ..aku tak faham..syaitan semua dah kena ikat dalam neraka..tapi kenapa mcm tak ada effect..?both on customers and peniaga..pelanggan dah tau makanan mahal/tak sedap, still beli byk2 instead of masak besederhana kat rumah..peniaga plak, sanggup jual makanan rosak dgn harga yang mahal..

    memang perangai dah tak boleh ubah kan org melayu ni..?yang peniaga nak untung banyak cepat2..yang pelanggan tak belajar dari kesilapan..

    OH! aku emo baca post kau..this is embarrassing..

    • Ariff

      17 July, 2013 at 10:29 pm

      Relax2. Aku tau ko memang emo sikit when it comes to food. haha

      Jokes aside, ada yang genuine sellers but yeah, nak cari those people memang susah sekarang especially kat kawasan bandar.

      Worse, pasar Ramadhan yang bukan Malaysian berniaga. Lagi tension. Entah macam mana orang Indonesia boleh dapat lesen and berniaga. Nasib baik kat tempat aku tak ada lagi fenomena macam tu

  • Zuan

    13 July, 2013 at 4:57 pm

    Salam ramadhan bro, dulu waktu study, rajin la ke bazar ni walaupun tau mahalnya sebab kawasan student.. sekarang dok rumah, tup tup dah ada makanan atas meja..hehehe

  • Ladfe Amir

    13 July, 2013 at 1:22 am

    setakat hari ni masih belum ada pelaung utk mencari makanan di bazar ramadan ni.

    kadang2 memang nampak meriah, tapi menu makanan lebih kurang sama saja

  • hisham

    12 July, 2013 at 5:28 pm

    Setuju sangat. Dalam bab ni kita sebagai pengguna perlu peka…. kena lihat objektif berbuka, jangan terlampau fokus pada emosi… kalau tak memang akan berlaku pembaziran.

    Peniaga yang tidak jujur ni biasanya menjerat pelanggan yang membeli dengan emosi.

    saya biasanya membeli di gerai yang dah biasa. Tak berani nak cuba gerai yang tidak pasti.

    – Selamat berbuka semua.

  • haiqal

    12 July, 2013 at 12:14 pm

    Bazar dekat Shah Alam ini lagi lah.Macamkan sewa tapak bazar Ramadhan tu sama harga dengan sewa kedai kat KLCC.Tak masuk akal punya harga.

    No wonder orang kata,dengan berniaga bazar,nanti dapat rezeki melimpah ruah.Yeah,I admit it,but then,keuntungan yang dia dapat tu macam mana pulak kan?

    Ah,im getting sick out of this matter.Nasib baik today balik rumah keluarga,sure dapat makanan yang berkhasiat dan berkualiti.:)

  • hafizrahim

    12 July, 2013 at 10:22 am

    Nak marahkan peniaga sepenuhnya tak boleh juga..terlalu banyak faktor yang memainkan peranan..sewa tapak, kos petrol, kos bahan mentah, tenaga kerja..cuma kita sebagai pembeli kena bijak..jangan beli ikut nafsu..ala kadar je..time berbuka bukan makan banyak pun..kadang2 minum air segelas pun dah kenyang..aku pun pegi bazaar beli satu dua makanan pun terus balik..malas nak lepak lama2.

  • Juan

    12 July, 2013 at 3:20 am

    saya pon x jenis lama lama kat pasar ramadhan, beli air soya, beli nasik terus balik, kalau ternmpk kuih menarik saya beli pastu terus balik, xda nya nak jalan jalan tgk

    • iz

      12 July, 2013 at 9:09 am

      mmg ada kemungkinan Pbt naik harga tapak bazar tu, mcm makcik sya selalu meniaga di bazar bangi, pastu caj sewa dinaikkan double… trus dia x meniaga lagi sbb dia X smpi hati nak naikkan hrga makanan… baik dia x meniaga dr org marah, pastu untung x sbrapa…