Panduan Menulis Travel Blog

Sebulan lebih travel dan pada masa yang sama merakam perjalanan aku melalui blog, rasanya ada banyak tips yang boleh dikongsikan dengan blogger lain yang ingin membuat travel blog. Sebenarnya senang sangat sebenarnya nak buat travel blog ni, lebih-lebih lagi kalau kita dah buat persediaan awal.

Peralatan

Kalau nak travel, tak boleh bawa barang banyak-banyak tapi blogger memerlukan peralatannya untuk bekerja. Dalam hal ini, gajet yang dibawa haruslah ringan dan bersaiz kecil.

Macbook Air/Pro, Netbook, Chromebook, iPad dan yang seangkatan dengannya kerana saiz keseluruhannya (termasuk pengecas) yang kecil dan ringan. Lebih baik lagi kalau mempunyai bateri yang tahan lama. iPad mungkin boleh menjadi gajet terbaik untuk travel, mungkin juga boleh menggantikan komputer riba, tapi aku belum berpeluang untuk bekerja menggunakan iPad.

Kamera DSLR dan kamera digital yang lain. Kenapa DSLR? Supaya senang tangkap gambar. Katakan ada persembahan dan orang ramai tengah menonton, tapi kita kat belakang. Nak pergi depan senang je, angkat kamera DSLR tinggi-tinggi dan cuba untuk menyelit di celah-celah orang ramai. Biasanya, orang akan beri laluan, walaupun setakat Nikon D40 dengan lens cap ayam 35mm.

Perlu diingatkan supaya segala jenis flash dan battery grip tak perlu dibawa. Buat berat beg je. Tapi, battery spare untuk kamera adalah wajib. Paling kurang satu. Kalau ada battery spare, tak bawa charger pun takpe.

Smartphone. Ini adalah back up kepada kamera kalau battery habis, juga untuk rakam video kalau ada apa-apa yang menarik. Bawa cable USB supaya senang nak charge phone boleh guna laptop je. Smartphone juga adalah seperti notepad. Kalau nak salin apa-apa (alamat, nombor telefon, peta, nama dan sebagainya), just tangkap gambar.

Rasanya cukuplah kot bab peralatan ni. Pastikan ada cara mudah untuk transfer gambar dari kamera ke komputer dan dah cuba sendiri kat rumah. Juga pastikan storage dalam komputer cukup untuk semua gambar yang diambil. Kalau dah rasa nak penuh tu, buanglah apa yang patut dalam komputer.

Penulisan Entri

Ada beberapa format entri yang boleh dibuat untuk travel blog tapi yang terbaik adalah entri yang tidak menggunakan photo gallery. Yes, kalau letak photo gallery memang jimat masa, tapi aku rasa masa yang dapat dijimatkan tu tak berbaloi sebab entri tu dibuat dalam keadaan yang dilihat macam melepaskan batuk di tangga.

Contoh yang paling sesuai untuk melihat format ni in-action adalah entri jalan-jalan di Konstanz, Jerman. Rasanya entri tu ada lebih banyak komen berbanding entri lain. Entri begini lebih menarik sebab ada cerita untuk setiap gambar yang diletakkan.

Dalam entri jalan-jalan Konstanz tu juga boleh dilihat macam mana entri tu dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian mempunyai cerita tersendiri. Dengan storyline yang berperingkat seperti ini, cerita yang kita cuba sampaikan akan menjadi lebih menarik kepada pembaca.

Bila nak update? Secepat mungkin. Travel blogs tak perlu panjang. Ceritakan apa yang kita rasai, lihat dan pengalaman di lokasi, bukan sejarah yang panjang lebar tentang tempat tersebut. Jadi bila kita update secepat mungkin, cerita yang nak dikarang adalah fresh dan tak lapuk dalam minda kita.

Internet

Macam mana nak update blog kalau takde internet, betul tak? Apa-apa pun, lokasi tempat tinggal yang kita pilih mestilah mempunyai akses internet yang stabil dan lebih baik lagi kalau ianya adalah percuma. Kalau tinggal lebih daripada sebulan di sesuatu tempat, maka bolehlah beli prepaid berserta plan untuk mobile 3G.

Apa-apa pun, internet di Starbucks di seluruh dunia adalah percuma. Jadi kalau travel mana-mana, pastikan anda tahu lokasi Starbucks. Aku tahu ada yang agak anti dengan Starbucks ni (atas sebab-sebab mereka tersendiri), tapi tak semestinya kita perlu membeli untuk guna internet kat situ. Faham tak? Kalau tak faham rujuk gambar untuk entri Wordless Wednesday aku minggu ni.

Sebenarnya, Starbucks tu kat tingkat atas (lokasi adalah Berlin Hauptbahnhof). Takde tempat duduk langsung, hanya sebuah cawangan kecil tapi masih ada wifi. Jadi melepaklah aku depan kedai jual pakaian dalam tu semata-mata untuk dapat wifi free.

Selain tu, McDonald’s adalah pilihan kedua. Bergantung kepada negara yang dikunjungi, ada McDonalds yang memerlukan pengguna meletakkan nombor telefon untuk mendapatkan kata laluan. Agak problematic kalau telco kita takde roaming kat negara tu.

Tapi kalau nak tulis entry selengkapnya, memang tak cukup masa setakat online kat Starbucks. Setiap orang ada tahap keselesaan sendiri untuk bekerja, dalam hal aku, memang tak bolehlah nak buat kerja kat Starbucks.

***

Aku rasa itu jelah yang dapat aku fikirkan sekarang. Kalau ada soalan, tanya jelah. Menulis travel blog adalah sesuatu yang mencabar dan kadang-kadang agak memenatkan tapi pada masa yang sama memang memuaskan hati. It’s all about the experience. Kita tangkap gambar ketika melancong untuk merakam pengalaman dan pemandangan yang dilihat sebagai kenangan. Menulis tentang pengalaman tersebut dalam blog sebenarnya menggunakan konsep yang sama, iaitu untuk mengabadikan pengalaman tersebut.

Panduan ini ditulis berdasarkan pengalaman selama sebulan aku melancong ke Jerman. Harap panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menulis blog ketika anda melancong nanti.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

36 Comments