Panduan Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Muda

Reading Time: 9 minutes

bagimana-refinance-rumah

Malas, takde masa atau belum rasa nak pergi seminar hartanah? Ok. Boleh baca panduan ni dulu. Saya cuba terangkan point by point dan akan kemaskini dari masa ke semasa. Harap dapat membantu golongan muda seperti anda dan saya membeli rumah, terutamanya yang belum membeli rumah la.

Yang berpengalaman kalau nampak ada kekurangan mohon tambah di ruangan komen untuk kebaikan bersama. Sebarang share ke laman sosial adalah dibenarkan. Teruskan usaha murni anda untuk berkongsi ilmu dengan rakan dan keluarga.

1. Modal – No Money No Talk

beli rumah deposit

Berapa banyak modal yang perlu ada untuk membeli rumah? Ini pecahan item yang diperlukan untuk memodalkan pembelian rumah anda.

  1. Down payment 10%. Down payment ini dipecahkan kepada dua bahagian biasanya, 3% dan kemudian 7%. 3% untuk booking, kemudian dalam tempoh masa yang ditetapkan, langsaikan 7% tu dulu.
  2. Kos perjanjian jual beli (sales & purchase agreement atau S&P) dan duti setem. Nak senang kira, kos ni dalam 3% daripada harga rumah. Kena bayar sendiri kecuali kalau beli rumah under construction, mungkin pemaju akan menanggung kos ni. Pembeli tandatangan je.
  3. Kos berkaitan pinjaman iaitu berjanjian pinjaman dan duti setem pinjaman. Yang ni boleh dimasukkan ke dalam loan. Yang ni lebih kurang dalam 2.5%.
  4. Valuation fees atau kos untuk membayar jurunilai rumah menilai harga pasaran rumah anda. Bank memerlukan jurunilai panel mereka menilai harga rumah anda dan akan memberikan loan berdasarkan nilai rumah yang diberikan oleh jurunilai tadi. Biasanya kos ini dimasukkan sekali dalam loan. Yang ni 0.25% daripada harga rumah bagi rumah.
  5. Fee agen hartanah sebanyak 2.75%. Biasanya penjual yang kena bayar. Tapi boleh jadi pembeli kena bayar. Kena pastikan benda ni dengan agen sebelum membeli.
  6. Takaful. Fungsi takaful adalah untuk memastikan rumah tersebut menjadi milik pewaris anda sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada anda. Ada dua jenis takaful, satu boleh dimasukkan dalam loan dan satu lagi tak boleh. Rujuk entri MLTT vs MRTT untuk penerangan penuh.

Kesimpulannya daripada di atas, modal untuk membeli rumah adalah 15 – 16% daripada harga rumah (10% deposit + 3% S&P + 2.5% loan + 0.25% valuation).

Baca bagaimana anda boleh mengurangkan risiko mengambil personal loan untuk pembelian rumah.

Berapa Banyak Loan Yang Boleh Saya Pohon?

Secara asasnya, 90% daripada harga belian rumah. Tapi anda boleh dapat lebih.

  1. Untuk pembeli rumah pertama, biasanya boleh mohon sebanyak 95% daripada bank dan ini bergantung kepada bank / pakej yang ada semasa memohon. 5% tu adalah untuk memodalkan kos S&P dan loan agreement.
  2. Anda boleh memohon daripada seberapa banyak bank yang anda mahukan untuk mendapatkan kadar pinjaman dan pakej yang terbaik. Syaratnya, hantarkan permohonan ini semua serentak atau dalam minggu yang sama.
  3. Kalau tak dapat 95%, anda masih boleh dapat 90% + 2.5% di mana 2.5% tadi adalah untuk kos loan agreement dan duti setem loan.
  4. Kos takaful juga boleh dimasukkan ke dalam loan dan kebiasaannya, sekiranya ambil takaful dengan bank, anda akan mendapat kadar istimewa daripada bank. Tapi tak semua bank buat macam ni. Akan diterangkan lagi di bawah.
  5. Ada bank boleh berikan renovation loan sebanyak 10% daripada harga rumah dengan kadar faedah yang menarik. Terpulang kepada keperluan anda samada nak ambil atau tidak.

Boleh Tak Saya Keluarkan Duit KWSP Untuk Bayar Deposit Rumah?

Jawapan mudah, boleh.

Walaupun begitu, dalam kebanyakan kes anda masih perlu menyediakan wang tunai 10% untuk pembayaran deposit rumah. Tapi sekiranya anda boleh berunding dengan pemilik rumah, bayaran tunai 10% ini boleh ditangguhkan sehingga anda dapat keluarkan wang simpanan dalam KWSP tadi.

Untuk hartanah leasehold, berkemungkinan besar pemilik rumah tak sanggup tunggu. Untuk freehold, masih ada peluang.

Sila baca entri Cara Pengeluaran Akaun 2 KWSP Bagi Pembelian Rumah untuk maklumat lebih lanjut.

Dengan Gaji Saya, Layak Ke Dapat Pinjaman?

Ada gaji belum tentu layak dapat loan.

Setiap bank ada kriteria untuk meluluskan permohonan pinjaman. Cara paling mudah untuk mengetahui seseorang itu layak ke tak dapat pinjaman adalah berdasarkan komitmen bulanan seseorang itu selepas dapat pinjaman perumahan vs pendapatan bulanannya.

Komitmen yang biasa diambil kira ialah:

  1. Hutang kereta. Paling biasa untuk golongan muda.
  2. Hutang kad kredit. Perlu ada dalam keadaan yang terkawal. Saya akan terangkan lebih lagi nanti.
  3. Hutang personal loan. Elakkan sekeras-kerasnya.

Pendapatan yang diambil kira ialah:

  1. Gaji dan elaun tetap (dinyatakan dalam slip gaji)
  2. Bonus tahunan. Dikira berdasarkan bonus setahun dibahagikan 12 bulan.
  3. Komisen lain seperti contoh komisen takaful. Pendapatan komisen ni perlu diishtiharkan kepada LHDN dan dibayar cukai
  4. Pendapatan daripada penyewaan (dibuktikan dengan kontrak sewa).

Nak mudahkan cerita, kita kira berdasarkan gaji sahaja. Kalau ada pendapatan berlebihan nanti banker anda akan kirakan DSR.

DSR = Jumlah komitmen (Instalment bulanan rumah + instalment bulanan kereta + 5% hutang kad kredit + instalment personal loan) / Gaji bulanan x 100

Untuk kira anggaran instalment bulanan rumah, boleh kira menggunakan loan calculator yang boleh dijumpai di mana-mana laman web bank / berkaitan hartanah. Kebiasaannya, DSR yang ok untuk kelulusan pinjaman perumahan adalah <60% kalau gaji RM3000 ke bawah dan <70% kalau gaji antara RM3000 – RM6000.

Kadar yang saya nyatakan ni sebagai panduan je tapi secara asasnya macam itulah. Check dengan banker anda untuk mengetahui samada anda benar-benar layak atau tidak.

Bagaimana Pula Dengan Loan Kerajaan?

Sebelum ada yang bertanya di ruangan komen, maaf. Saya memang takde pengalaman dengan loan kerajaan. Boleh rujuk agen atau seach google untuk mereka yang tahu prosesnya.

2. Kat Mana Nak Beli Property Bagus?

lokasi beli rumah

Bagus pada saya tak semestinya bagus pada anda. Tapi saya kongsikan je apa ciri hartanah yang bagus untuk dimiliki oleh golongan muda sekarang sebagai panduan.

  1. Dekat dengan tempat kerja, lebih-lebih lagi kalau tempat kerja anda di tengah bandar. Bukan setakat anda, beribu orang lagi mencari property yang macam ni. Mudah nak jual/sewa bila anda nak pindah daripada kawasan tersebut nanti.
  2. Dekat dengan pengangkutan awam, terutamanya MRT & LRT. Lagi dekat, lagi bagus dan kalau boleh dalam jarak yang mampu dicapai dengan berjalan kaki sahaja. Kenapa? Sebab kalau ikut trend negara maju lain, hartanah yang terletak dalam walking distance dari pengangkutan awam mempunyai kadar sewa yang lebih mahal.
  3. Bukan tempat jin bertendang. Maksud saya di sini, bukan di kawasan yang tidak mempunyai perancangan bandar yang betul dan tidak mempunyai kemudahan awam yang lengkap.

Tak perlu banyak-banyak. Kalau salah satu daripada 3 point ini menepati ciri-ciri property yang anda minat, maka boleh kata betullah pilihan anda.

Yang penting kat sini adalah pembelian hartanah mestilah berdasarkan pelbagai faktor penting yang telah pertimbangkan. Antara faktor ini ialah matlamat pembelian samada pelaburan/own stay, kemudahan/keselesaan anda & keluarga anda, potensi kawasan tersebut dan kemampuan anda.

Jangan ikut bulat-bulat cakap orang atau keluarga sebab rumah beli rumah ni hutang sampai mati (kalau ditakdirkan anda pendek umur), jadi pilih betul-betul. Salah pilih nanti menyesal tak sudah.

Jadikan cadangan dan recommendation orang lain sebagai panduan sahaja.

3. Site Viewing Rumah

seksyen 7 shah alam

Berdasarkan panduan yang dinyatakan di atas dan keperluan anda, anda menjumpai hartanah yang mahukan. Tapi sebelum anda keluarkan duit walau satu sen pun kepada sesiapa, pastikan anda pergi tengok dulu hartanah yang anda minat itu.

Kenapa? Sebab iklan kat Mudah atau iProperty bertujuan untuk menjual, sudah semua yang ditulis dalam iklan baik-baik sahaja. Jangan sebab agen cakap ramai orang nak hartanah tersebut anda terus letakkan booking semata-mata tak nak bagi dapat kat orang lain.

Jadi cari masa, pergi tengok dulu hartanah tersebut. Apa yang biasanya saya akan lihat adalah:

  1. Keadaan persekitaran dan kejiranan. Siapa jiran? Kaum apa? Pelajar / pekerja / keluarga / orang asing?
  2. Parking cukup ke tak? Nak tau parking cukup ke tak senang je, tengok property tu pada waktu malam hari bekerja. Siang orang semua keluar pergi kerja.   Hartanah yang parking tak cukup adalah petanda yang kawasan tu senang dapat penyewa dan mungkin tak sesuai dengan mereka yang nak sedikit privacy.
  3. Adakah hartanah tersebut diselenggara dengan baik? Hartanah yang kita tengok tu mungkin cantik, tempat best, tapi penyelenggaraan tak bagus pun masalah jugak. Contoh penyelenggaraan tak bagus seperti bangunan nampak uzur / buruk sebab tak pernah dicat semula, rain gutter yang rosak / tersumbat (yang ni boleh nampak kalau lantai tiba-tiba ada kesan lumut atau memang nampak rain gutter dah barai), lif yang gelap dan suram dan lampu di laluan utama tak menyala.
    Anda betul-betul kena pertimbangkan semula kalau nak beli hartanah dalam keadaan macam ni. Tak best sebab maintenance fee kena bayar, tapi penyelenggaraan tak dibuat.
  4. Kemudian masuk dalam rumah. Pastikan rumah cukup sifat, mana yang sepatutnya ada pintu, kena ada pintu dan mana yang patut ada dinding, ada dinding. Saya cakap macam ni sebab ada pemilik jadikan rumah tiga bilik kepada dua bilik. Benda-benda ni kita perlu tahu.
  5. Bila semua cukup sifatnya, tengok pulak keadaan dalaman rumah. Dijaga dengan baik atau tidak, toilet tersumbat ke tak? Dinding cantik atau penuh dengan contengan anak kecil? Tiles menggelembung ke tak? Parquet floor cukup ke tak bilangan kepingan kayu tu? Point-point ini boleh digunakan untuk rundingan harga dengan pemilik. Ambil gambar mana yang patut.
  6. Kalau ada perabot/perkakas yang ‘melekat’ seperti kabin dapur, kipas siling, aircon, kabinet kasut, wardrobe pastikan samada benda-benda ni dimasukkan sekali dalam harga pembelian rumah atau tidak. Ini untuk mengelakkan anda berputih mata bila pindah masuk nanti, mula-mula ingatkan dapat aircon free, aircon pulak baru lagi, kurang setahun dipasang, pindah masuk tengok dah kena cabut.
    Kalau banyak perkakas, minta agen buatkan senarai inventori rumah yang dimasukkan sekali dalam harga belian rumah supaya kita tau apa yang kita dapat dan penjual tak ambil apa yang sepatutnya ditinggalkan.

Lepas site viewing, balik rumah dulu. Ambil masa 2-3 hari untuk berbincang dengan pasangan, keluarga, rakan yang lebih arif tentang hartanah ni. Tengok online forum sebab kalau ada sesuatu best, biasanya mesti akan ada orang komplen kat internet.

Bila semua tu dah buat dan keputusannya positif, boleh proceed ke step seterusnya.

4. Proses Membeli Rumah

Berdasarkan panduan dan keperluan, anda telah menjumpai hartanah yang bersesuaian. Anda juga mempunyai modal yang cukup untuk memulakan proses pembelian tersebut. Ini adalah langkah-langkah pembelian hartanah tersebut.

  1. Bayar earnest deposit / booking fees kepada agen hartanah atau pemilik hartanah tersebut. Sebolehnya bayar menggunakan cheque / bank draf supaya lebih selamat. Bahaya bawa cash banyak-banyak dan ada rekod rasmi kalau bayar guna cara ini.
  2. Dapatkan booking slip daripada agen atau surat daripada pemilik yang mengatakan anda telah membayar sejumlah amaun tersebut untuk membeli hartanah tersebut.Syarat penting seterusnya yang perlu dinyatakan dalam surat ini ialah wang booking ini akan dikembalikan sepenuhnya sekiranya anda gagal mendapatkan pinjaman min 90% daripada harga rumah dalam satu tempoh masa tertentu. Biasanya tempoh masa ni sebulan, ada yang dapat lebih. Kedua-dua pembeli dan pemilik / agen hartanah perlu menandatangani surat ini.
  3. Agen akan cadangkan panel lawyernya dan kalau anda mempunyai preferred lawyer (mungkin ahli keluarga) lagi senang. Lawyer firm ni nak senang kita pilih yang paling dekat dengan kita dan kalau boleh berdasarkan recommendation orang yang kita kenal. Kalau ada lebih daripada satu lawyer firm yang kita rasa ok, minta quotation daripada firm ni untuk bandingkan rate terbaik. Boleh jimat antara RM500 – RM1k kat sini.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman bank. Dokumen yang diperlukan ialah salinan IC, slip gaji 3 bulan (min. 6 bulan untuk yang dapat gaji berkomisen) salina penyata KWSP, surat pengesahan bekerja, EA form (sekiranya ada) dan dokumen sokongan lain seperti slip Fixed Deposit atau salinan muka surat terkini ASB/Tabung Haji/penyata unit trust.
  5. Hantarkan permohonan ke sekurang-kurangnya dua buah bank. Kalau anda gunakan perkhidmatan loan broker lebih mudah, tetapi kebiasaannya akan terdapat syarat tersembunyi kalau berurusan dengan mereka. Contoh syarat tersembunyi seperti anda perlu mengambil MLTT daripada mereka atau menggunakan panel lawyer mereka.Kalau anda jenis tak kisah pasal perkara ni, tak mengapa. Disebabkan mana-mana bank pun sekarang ni ada produk Islamik, gunakanlah loan yang Islamik ya. Niatkan kita nak pilih yang halal supaya lebih berkat.
  6. Dalam masa seminggu dua, anda akan mendapat jawapan daripada bank-bank ini. Tunggu sehingga anda dapat jawapan daripada kesemua bank dan kalau tempoh masa tak mengizinkan, seminggu sebelum tamat tempoh masa tu, minta extension. Biasanya pemilik rumah boleh bagi sebab dia pun malas nak tunggu cari prospek pembeli lain.
  7. Pilih pakej pinjaman terbaik. Secara asasnya, pakej terbaik untuk pembeli rumah pertama adalah yang memberikan pinjaman paling banyak untuk tempoh masa paling lama pada kadar keuntungan paling rendah. Ada pakej yang mungkin tak dimasukkan sekali kos untuk lawyer tadi, boleh minta untuk dimasukkan. Ada bank yang fleksibel, walaupun surat tawaran pinjaman dah keluar, kita masih boleh minta untuk masukkan itu ini dan mereka akan keluarkan surat baru. Tandatangan surat tawaran perjanjian.
  8. Lepas sign surat tawaran, inform lawyer firm pilihan kita untuk siapkan S&P. Kemudian, inform agen/owner yang kita dah ada pinjaman dan bayar 7% tadi kepada agen/owner.
  9. Tandatangan S&P.
  10. Dari sini lawyer akan menguruskan segala-galanya bagi pihak anda. Bagi hartanah leasehold, memang akan masa lama sikit sebab memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Sebulan lebih jugaklah nak tunggu, kalau ada cuti banyak, lagi lama. Untuk hartanah freehold, proses pertukaran nama ni straight forward. Untuk hartanah yang masih dalam pembinaan, tunggulah sehingga hartanah anda siap baru boleh cerita.
  11. Bila urusan dah nak selesai, lawyer akan mula meminta pembayaran yuran dan duti setem rumah. Kena siap sedia untuk menghadapi saat ini sebab kalau tak bayar, transaksi tak boleh diteruskan. Bagi pembelian subsale yang ada lebihan daripada loan, boleh minta lawyer untuk kontra-kan terus bayaran tadi.
    Selain itu, yuran guaman + duti setem untuk surat perjanjian pinjaman mungkin tidak mencukupi dan anda mungkin kena tambah sikit duit sendiri. Untuk mengelakkan daripada ini berlaku, minta quotation awal-awal lepas sign S&P supaya tak terkejut kalau mereka minta pembayaran.
  12. Untuk yang membeli rumah yang masih dalam pembinaan, anda perlu membayar interest terhadap progress payment yang telah dikeluarkan oleh bank kepada pemaju. Jangan terkejut pula kalau kadar bayaran ni semakin lama semakin meningkat kerana ia dikira berdasarkan berapa banyak pembayaran (progress payment) yang telah dilakukan oleh bank kepada pemaju.
  13. Bila semua dah selesai, lawyer akan panggil untuk tandatangan dokumen penyerahan. Biasanya lawyer akan berikan sekali salinan bil utiliti terakhir yang telah dilangsaikan oleh pemilik sebelumnya. Apa yang anda perlu periksa adalah untuk memastikan tiada tunggakan pada semua bil (elektrik, air dan kumbahan) serta maintenance fee. Kalau ada tunggakan, tuntut cepat-cepat. Lagi lama tunggu, lagi susah nak tuntut balik.
  14. Bawa dokumen S&P tadi bila nak tukarkan nama pada bil utiliti.

panduan beli rumah pertama

Membeli rumah ni perlu perancangan yang rapi, terutamanya rumah pertama. Sekurang-kurangnya setahun sebelum membeli anda perlu bersedia dari segi mental, kewangan dan pengetahuan untuk membeli rumah pertama. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kerugian kalau tersilap langkah.

Entri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa ikut kerajinan saya. Bookmark supaya anda boleh rujuk semula pada bila-bila masa. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel 2000+ patah perkataan ni.

Kalau ada yang tersilap / outdated, maaflah. Saya bukanlah pakar hartanah. Yang dikongsikan di sini adalah berdasarkan sedikit pengalaman dan pengetahuan yang dicedok sana sini.

Lepas baca semua ni dan masih serius nak beli rumah pertama? Saya wajibkan anda baca ebook ni pulak. Akan diajar bagaimana mereka yang berpengalaman jimatkan kos semasa membeli rumah.

Baca lagi:


Posted

in

by

Comments

48 responses to “Panduan Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Muda”

  1. Steven Avatar
    Steven

    hye bro..sy confuse ckit psl nak beli rumah…harap dpt tips ckit dari bro….budget sy beli rumah 3++k…

    PLAN 1
    sy kerja kl..klu beli dkt kl hrga 3++ 2nd house ja blh dpt…lg pun kbanyakan rumah di kl leasehold….klu sy beli dkt kl duit minyak blh save ckit n save masa…tp dpt rumah 2nd n leasehold

    PLAN 2
    beli rumah jauh ckit contoh beli dkt Kajang or semenyih
    rm3++k blh dpt rumah baru dan freehold…tp transport cost kena standby rm600 lbihkurang sbulan..so kena kluar rumah awal2 coz jem…

    so yg mna better??

    kajang or semenyih…rumah baru + freehold + transport fee (mahal)+ timing..??

    kl…rumah 2nd + leasehold + transport fee (kurang ckit)
    time blh save..??

    thx bro…?

    1. Ariff Avatar

      Kindly refer to Faizul Ridzuan’s latest FB live regarding buying house close to tempat kerja. That would give you some idea.

      For me, simple advice is to avoid buying close where your work for that purpose only. Takut nanti tukar tempat kerja akan jadi lain. This is the most common mistake among homebuyers

  2. Eja Z'kifli Avatar
    Eja Z’kifli

    Thanks for sharing a very good info!

  3. muliani Avatar

    info yg sgt membantu. dapat lah beli rumah dgn lebih teliti nanti

  4. Najib Mohamed Avatar

    Artikel yang terbaik! Harap semua golongan muda patut baca artikel ini.

    Bukan golongan muda je yang patut baca, orang yang belum beli rumah pun sekali :)

  5. hadzlee Avatar
    hadzlee

    Terima kasih atas bantuan informasi anda..informasi anda sangat membantu saya..

  6. ira Avatar
    ira

    Tips terbaik!!! Agak2 org2 muda kat luar tu..klu mampu nk beli rumah…teruskan hajat tu dan usaha kena lebih sikit…hasilnya anda ada aset sendiri…jgn duk menyewa lama2 sangat ye.. :)

  7. Farisya Avatar

    Sharing yg sgt berguna abg Ariff.
    InsyaAllah saya cuba praktikkan. :)

  8. nasslimdiet2 Avatar

    Penerangan yang panjang lebar. Terima kasih atas perkongsian tuan. Semoga ia bermanfaat kepada semua orang.

  9. myvitrd Avatar

    Terima kasih atas penerangan yang mudah difahami.. walaupun saya telah memiliki rumah pertama 4 tahun yang lalu.. banyak perkara yang saya lepas pandang dari apa yang tuan tulis.. kalau saya baca dulu entri ni baru beli rumah pasti urusan pembelian rumah pertama 4 tahun sebelum ni tidak susah..

    Apa pun terima kasih atas perkongsian ilmu ni..

    Semoga golongan muda yg ingin memiliki hartanah sendiri dapat sedikit panduan bagi memudahkan urusan pembelian rumah pertama ni..

  10. Helmi Aliarit Avatar

    Sekarang ini dalam perancangan untuk membeli rumah pertama. :)

  11. Sue Sopian Avatar

    tips yg sgt sgt berguna.. bagus ada rumah sendiri di usia muda..

    alhamdulillah.. sy pun tgh tggu kunci je ni.. finally target sy sebelum umur 30 utk memiliki rumah sendiri bakal tercapai.. inshaaAllah.. kebetulan tahun ni last sebelum 30.. hihi..

  12. myrujukan Avatar

    saya masa baru baru beli rumah mcm ni juga la, pening juga nak pikirkan benda alah nih, banyak benda x tahu, tulisan ni dapat membantu orang muda first time beli rumah

  13. ProfHariz Avatar

    Bookmark dan saved page ! Terbaik bro,

  14. Denaihati Avatar

    Paling penting orang muda macam aku lah mesti kena berani untuk membeli rumah pada usia muda. bermula dengan rumah yang murah yang boleh dijadikan modal untuk masa mendatang.

  15. cg.vina Avatar

    Assalamualaikum.tq atas perkongsian nie.hajat pun nk beli rumah.target sblm umr 30 dh ada rumah sendiri

  16. Syahril Hafiz Avatar

    Terbaik bro! cukup cukup padu isi yang dikongsikan. Mungkin jadi panduan untuk aku kalau cari rumah suatu hari nanti. Misi sekarang, tak dapat rumah, cari tanah. :D

    Boleh macam tu?

  17. @whatsupdila Avatar

    Assalamualaikum Ariff,

    Thank you so much for your sharing. Memang berguna. Banyak lagi checklist yang saya nak kena fulfil sebelum dapat beli rumah pertama. Mudah-mudahan dipermudahkan walaupun dah cecah 3series.

  18. haiyu Avatar
    haiyu

    Sekadar berkongsi pengalaman n semoga boleh menjadi pembakar semangat untuk golongan muda…

    Saya beli rumah pertama pada umur 25 tahun..low cost apartment di jb..dengan keluasan 650sf..masa tu beli dengan personal loan…masa tu zero yang beli rumah boleh buat housing loan..tapi masa tu nak sangat ada rumah…saja nk buat aset..mase tu beli tahun 2011 harga baru RM35k..g keje mase tu naik skuter ego je..

    alhamdulillah…skrg nilai rumah tu dah cecah RM50k..skrg sewakan kat orang dengan RM400 sebulan..belum terfikir nak naikkan sewa dari tahun 2011 disewakan…sebab payment bulanan dari penyewa cantik..sebelum 1hb setiap bulan dah bayar..sewakan sebab penghujung 2011 dapat transfer kerja ke kl…

    masa kat kl…beli lagi sebiji rumah..medium cost aprtment..proses amik mase dekat 2 tahun sebab ade masalah sedikit dengan lawyer…tapi alhamdulillah..lepas raya 2014 hari tu dah dapat kunci…rumah pun insyallah dh ada bakal penyewa bulan 3 ni masuk..sewakan rm600 sebulan…beli rumah masa tu sebab nak kahwin…mula2 kenal dgn bakal husband terus cari rumah..rezeki dapat rumah ni dengan harga rm72k area bt. 9, cheras….

    so, sekarang target sebelum umur 30 tahun nk ada sebuah apartment untuk duduk sendiri dengan husband n seorang anak…ingat nak keluar kuaters sebelum umur 30(duduk kuaters sebab tunggu proses dapat kunci rumah di cheras lambat sgt ..kalau ade info mana2 kawasan perumahan atau perumahan yang bawah RM200k bagi tahu la…rasanya memang susah sikit nak dapat…

    pada saya, beruntung sangat ada aset ni…mule2 mmg sakit ckit la…tapi setelah beberapa tahun n dah ada kenaikan gaji…insyallah boleh menarik nafas lega..

    cuma permulaan tu kene tutup mata cikit n tahan nafsu nak beli kereta idaman n shopping barang2 branded..belanja mestilah dibawah kemampuan..tambah2 harga rumah yang semakin mencanak naik sekarang ni..didoakan semoga kita berkemampuan memiliki rumah sendiri…

    1. Ariff Avatar

      Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian. Semoga yang membaca dapat idea macam mana pelaburan hartanah ni sebenarnya. Tak semestinya melabur dengan membeli rumah beratus-ratus ribu, terutamanya untuk rumah pertama. Bawah RM50k pun jadi dah.

      1. Syahril Hafiz Avatar

        Rumah paling murah kat Kedah bukan prime area pun luar bandar dok ceruk dah bawah 80k. Tambah pulak untuk haiya 35k dah dapat rumah pertama. Sama harga dengan tanah lot sekarang..err

        1. haiyu Avatar
          haiyu

          betul tu Syahril Hafiz…Rm35k adalah harga pada tahun 2011..pada 2015 rumah yang sama telah mencecah harga RM50k..so, harga RM80k tu kire masih rendah lagi mengikut harga semasa..kalau ikutkan susah nk dpt rumah harga bwh 100k masa ni…

  19. fazrol Avatar

    Pergh! terbaik laa tips kali nie…
    Detail..

    Terima kasih..

  20. fara Avatar

    Huiyoo..memang padat dengan tips blog post kali ni..kena baca banyak kali untuk betul2 hadam..

    tengs by the way

    1. Ariff Avatar

      Bookmark je. Senang nak rujuk in the future

  21. Amir Avatar

    thanks bro..jumpa jugak akhirnya step by step untuk beli rumah. cerah sikit mata :)

  22. Dr Fattah Avatar

    alhamdulillah, memang kena ada modal untuk beli rumah.

  23. Suriya Avatar

    teringat pula, dulu terpaksa beli rumah. tapi sebab betul ndak, memang sekejap je prosesnya. duit kwsp pulak belum banyak waktu tu. pinjam duit tok. lega dah ada rumah sendiri.

  24. kedaibaru Avatar

    saya akan cuba ikut panduan tuan ini untuk membali rumah nanti, sekarang masih menyewa

  25. SuperNifz Avatar

    Dedlu memang pernah terfikir gak yang betasa susahnya nak punyai rumah sendiri.. Tapi la nih bila dah lalu prosesnya.. tak lah susah mana… janji cukup

  26. Imran Avatar

    bagus info ni, saya sekarang pun tengah mencari rumah ni.

  27. mrhanafi Avatar

    saya beli rumah ketika baru kahwin..anak dah besar sedikit rumah pun sudah ada untuk anak-anak

  28. Aisha Nur Avatar

    Good info untuk pembeli rumah pertama. xmustahil memiliki property sendiri sebelum berumur 30 tahun. saya sudah terima kunci rumah 2 minggu lepas (landed house di johor bahru-loan government) mmg prosesnya rumit. ilmu tu penting. caranya:
    -baca buku/e-book/ blog
    (sy baca 5 buah buku)
    -artikel di suratkhabar/majalah
    -bertanya & belajar dari mereka y terlibat secara lngsung dlm pengurusan hartanah dll.
    nasihat saya kalau malas belajar kita rugi beribu..luangkn sikit ms & ambil tahu apa y berlaku

    loan government:
    -buat catatan & sentiasa semak tarikh setiap peringkat ms nk bli umah
    (cth: jabatan penilai lewat 2 minggu wt keje dgn alasan server down, sy call lawyer & penilaian siap dlm ms 2 jam saja)

    -kelayakan pinjaman kakitangan awam
    semak di laman web bahagian pinjaman perumahan kerajaan

    -surat setuju terima tawaran pinjaman
    surat mesti dikembalikn dlm ms 12 ari klu xsilap sy. kalau x tawaran terbatal. malangnya sy hanya terima surat pd hari ke 18. tindakan y boleh dilakukan ialah call lawyer & mnta lawyer hantar surat setuju terima bersama surat iringan pjbt peguam. jd xperlu buat permohonan semula.

    bg saya timing sgt penting utk elakkn late interest fee y tinggi (cth:rm51/sehari)

    sekian…sama2 berkongsi ilmu

  29. Adda Avatar
    Adda

    Assalamualaikum,

    Baru-baru ini, saya telah membuat pembelian rumah tetapi utk saya kena memilih lawyer yang telah ditetapkan oleh bank. Betul ke pilihan lawyer untuk proses ini ditentukan oleh bank iaitu setiap bank mempunyai panel lawyer tertentu?

  30. Raihanah Ahmad Avatar

    tips dan perkongsian yang sangat bagus. elok jadi panduan semua untuk beli rumah

  31. muz Avatar
    muz

    Masukkan cek strata title utk elakkan ditipu ejen.

  32. emalinmohd Avatar

    Sama macam suami saya. Bank susah bagi loan sebab tak ada komitmen.

    Saya baru tau yang inventori boleh masuk untuk subsale. Sebab masa beli rumah pertama, masa view owner maklum yang lekat tu dia bagi sekali dengan harga rumah tapi bila nak dapat rumah semua dah tak ada. Hatta, rel langsir pun dicabut.

  33. Shahfiq N Avatar
    Shahfiq N

    Assalam,

    Ada beberapa soalan…

    1) Berapa umur yang sesuai untuk membeli rumah? Pendek kata, secara am nya selepas graduasi dalam lingkugan 23 tahun, berapa lamakah agaknya simpanan dan gaji tu mencukupi untuk membuat loan dan tahap kemampuan untuk membuat bayaran dengan selesa? Sebagai contoh, anda pegegang ijazah teknikal pada umur 23 tahun dan mempunya gaji purata RM2500 bersih sebulan.

    2) Kita sedia maklum harga rumah kini tidaklah merujuk kemampuan anak muda hari ni (lingkugan 30 tahun ke bawah). Kenderaan (terutamanya kereta) kini tidaklah menjadi kehendak bahkan hukumnya menjadi keperluan bagi sesetengah pihak. Soalan saya, apakah masih ada logik, golongan anak muda untuk mengimpikan rumah sendiri bawah umur 30 tahun? Kita ambil kira kos GST yang bakal dikuatkuasakan, dengan harga komoditi akan meningkat, apakah masih ada sinar untuk anak muda pada zaman akan datang.

    Sekian

  34. edzz Avatar
    edzz

    well explained.
    location, branding, developer & wow factor.

    do take note on due date; particularly on date to sign s&p, s&p expiry & penalty applies.

    do not lose the booking fee because of delays.

  35. aqilah Avatar
    aqilah

    Sebelum bayar deposit try survey dulu dgn mane2 valuer o banker yg anda kenal utk tau market value. Kdg2 harga yg nk jual lg tinggi dr value sepatutnye. So bank xdpt bg ikut harga purchase price so kena topup lg. Sesetengah booking burn even loan reject so make sure b4 letak apa2 duit tanye bank yg anda bercadang nk buat loan leh lepas ke x..

  36. Mak Jemah Jual Vitamin Avatar

    nak beli rumah memang nak kena betul-betul pilih..MJ dah pernah melalui pengalaman beli rumah pertama 7 tahun yang lalu, memang agak banyak benda nak kena sediakan..

  37. aqmalfaiz Avatar

    Kalau DSR kosong pun bank susah bagi loan juga. Ini pengalaman saya sendiri. Kerana tak pernah loan kat bank, takda loan kereta, personal dan sebagainya, bank takut nak bagi pinjam walaupun dah bekerja tetap.

    Jadi kalau belum pernah ada sejarah loan dan nak buat loan rumah, apply card credit dan guna sekurang-kurangnya untuk bayar minyak sahaja dan lunaskan tepat pada waktunya.

    1. ctfand Avatar

      Betul jugak ye, tuan. Mungkin sbb kemampuan/pattern bayaran peminjam tu tidak diuji lagi, tu sebab intitusi kewangan tak berani bagi pinjam…

  38. mohd supian Avatar
    mohd supian

    Salam,

    Terima kasih kerana berkongsi ilmu ini.

    Ada sesiapa berpengalaman mengenai sewabeli rumah ?

  39. Noriza Rahman Avatar

    Memang sangat bertepatan maklumat yang diberi..saya pun memang buat kajian dulu sebelum membeli rumah..beli rumah bernilai ratusan ribu ringgit memang perlu diteliti sebelum membuat keputusan..thanks for the info

  40. ctfand Avatar

    Artikel yg sangat berguna, huraian jelas, dengan bahasa mudah difahami. Satu point lagi yg bole ditambah, tuan, iaitu semak status pemaju di lamanweb Jabatan Perumahan Negara . Ini untuk memastikan pemaju yang bina rumah yg kita ingin beli tidak tersenarai dalam: 1) pemaju yg diblacklist 2) terlibat dengan projek lewat dan sakit. Terima kasih atas artikel ini, tuan.

  41. Myliferia Avatar

    Nice sharing!

    Memang sangat membantu terutama bagi orang yang sifar pengalaman bab beli rumah ni :)

  42. ohcikgu Avatar

    Nice artikel.

    Budak2 muda oatut kena ambil tahu ni.