Panduan Membeli Laptop Baru

Sebelum saya tunjuk pandai dalam entri ni seolah-olah macam salesman laptop, ada baiknya saya senaraikan laptop yang saya pernah gunakan.

Laptop pertama adalah jenama Asus, pemberian cousin saya sebelum fly ke Moscow dulu. Sampai sekarang hidup lagi. Sebelum diberikan pada saya, ianya telah digunakan selama kira-kira 3 tahun oleh cousin saya.  Campur 5 tahun sekarang ni, dah 8 tahun.

Kedua adalah jenama Dell m1730. 17 inci, dual graphic card. Madness. Harga cecah RM7000. Kalau nak balik Moscow, laptop + charger dah dekat 8 kg. Tu belum cerita barang lain lagi dalam beg. Masih lagi ok walaupun dah hantar repair beberapa kali under warranty.

Ketiga adalah MacBook Pro 13″ yang saya gunakan sekarang. Harga RM3490 (student price). Gets the work done. Ada sentimental value sebab saya boleh cakap ini adalah hasil daripada blog.ariff.

1. Nak beli kat mana?

MacBook Pro yang saya guna sekarang adalah hasil belian online melalui Apple Store Malaysia. Siap dapat diskaun RM200 off (5.4%) sebagai student price dan servis penghantaran percuma ke pintu rumah dengan syarikat kurier DHL yang berprestij. Nilai kos penghantaran adalah sekurang-kurangnya RM300, termasuk insurans. Kalau apa jadi masa penghantaran, mereka tanggung. Jadi tips pertama yang ingin saya berikan adalah, kalau pengeluar tersebut boleh menyediakan perkhidmatan pembelian online, sila gunakannya.

Anda akan mendapat pelbagai faedah daripadanya kerana orang tengah dihapuskan serta merta daripada transaksi ini. Untuk barangan Apple terutamanya yang melebihi RM250, silalah beli online je. Nak dapatkan diskaun student price pun boleh walaupun anda bukan lagi bergelar student.

Kalau nak beli kat kedai, sila beli di authorized dealer untuk brand tersebut. Senang nak uruskan support dan warranty kalau ada masalah nanti.

2. Storage besar mana?

Selama ni teratur atau tidak fail dan segala macam benda dalam komputer anda? Kalau tidak, maka saya sarankan sangat-sangat supanya memilih storage bersaiz minimum iaitu di antara 100 – 250 GB.

Kenapa? Mudah je. Laptop ni biasanya untuk urusan kerja. Kadang-kadang kita download movie untuk ditonton. Bila dah habis tonton, kita tak buang sebaliknya kita simpan dalam hard disk atas sebab “kalau” nak tengok lagi pada masa hadapan. Berbulan-bulan file movie tersebut dalam laptop, langsung tak terusik.

Kalau saiz storage terhad, anda akan berkira-kira samada ingin menyimpan atau tidak fail tadi. Biasanya tak. Kalau saiz storage besar, kita cenderung untuk menyumbat segala apa yang boleh disumbat walaupun tidak diperlukan langsung. At the end, yang tinggal hanyalah 10-20 GB untuk running space yang sentiasa dikitar semula untuk kegunaan dari masa ke semasa. Ini masih lagi berlaku pada saya walaupun saiz storage saya hanyalah 250 GB.

Laptop untuk kerja: Beli storage paling kecil yang ada, kecualilah kalau kerja anda melibatkan video editing atau fotografi. Di samping dapat mengelakkan kepeningan nak delete balik fail satu persatu bila dah penuh nanti, sedikit wang dapat dijimatkan. Penambahan untuk setiap GB storage ke dalam laptop adalah lebih mahal berbanding kalau anda beli external storage.

3. Berapa banyak RAM?

RAM yang banyak memudahkan anda multi-tasking atau melakukan pelbagai perkara pada sesuatu masa. Standard laptop untuk kerja yang melibatkan sedikit photo editing, sedikit ini dan itu adalah 4 GB. Kalau kerja anda setakat update blog, tulis dokumen dalam Word dan lain-lain, 2GB dah memadai.

4. Graphic card?

Keep this in mind. Kalau beli laptop yang ada graphic card canggih-canggih, pastikan anda membeli pakej tambahan warranty. Penting. Sebab bila dah main game kaw-kaw tak ingat dunia, kebarangkalian untuk graphic card rosak juga tinggi. Bukanlah tak tahan, cuma benda ni berkaitan dengan wear & tear, lagi banyak guna, jangka hayat hardware lagi rendah.

Pakej waranti yang bagus kadangkala membolehkan anda mendapat laptop baru kalau kerosakan yang dialami disebabkan oleh kegagalan graphic card tadi. Don’t play-play. Warranty memang berharga.

Tips yang lebih baik, jangan beli laptop untuk main game. Beli PC. Puas hati dan kos lebih rendah.

5. Skrin 11″, 13″, 15″, atau 17″?

Kalau kerja anda bukan dalam bidang videografi atau fotografi, 11″ dan 13″ sudah memadai. Bagaimana pula antara 11″ atau 13″? Itu bergantung kepada saiz tangan/jari anda. 11″ lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai saiz tangan yang kecik dan kaum perempuan.

Kena ingat, lagi besar laptop, lagi berat. Kalau anda seorang yang sentiasa on the move, pilih saiz yang paling optima dan selesa untuk dibawa ke mana-mana. Kalau berat, memant leceh nak bawak keluar atau bergerak. Bahu pun sakit sebab nak mengangkat beg yang berat tadi. Faktor charger juga perlu diambil kira. Laptop besar, charger pun besar.

Apakah laptop pilihan saya?

Sebelum saya bagitau apa yang saya mahu, saya senaraikan apa yang tak best dengan MacBook Pro 13″ saya ni.

  • Berat – kalau boleh nak ringan lagi. Bukan tak larat nak angkat, tapi kan elok kalau lagi ringan, betul tak?
  • Tebal – bila ditambah dengan casing untuk mengelakkan calar dan menyerap hentakan, ketebalan keseluruhan laptop ni bertambah. Casing amat diperlukan sekiranya beg yang anda gunakan bukanlah jenis beg laptop yang telah disiapkan dengan padding dalaman.
  • Getah pada bahagian bawah laptop senang tercabut. Pada masa ni, 2 daripada 4 getah telah tercabut (sila rujuk gambar).

Rasanya semua dah dapat agak kan apa laptop pilihan saya? Yes. Saya nak MacBook Air. Mungkin ada yang kata ini adalah downgrade sebab MacBook Pro ada graphic card, tapi kalau fikir untuk kegunaan kerja, saya tak perlukan graphic card. Saya perlukan sesuatu yang mudah  untuk dibawa pergi ke mana-mana.

Harap panduan ini dapat membantu anda untuk memilih laptop baru pada masa hadapan. Sila kongsikan kepada rakan anda yang ingin membeli laptop baru.

Comments

  1. says

    Salam,

    Thanks atas tips yang berguna tu . hee . tapi rasenye sy tak mmpu lah na beli Mac air or Apple . student lagi . gRrrr . ade satu prob, tgh dilema .
    Antara HP dgn Acer mne lagi okay ye ?

  2. says

    Jangan lupa minta suruh pekedai turn on dan check skrin laptop. Ada skrin laptop jenis LED yang color dia lari dari color printing. Skrin cmtu sesuai untuk kerja pejabat, menaip, mata pun tak penat sebab tak silau. Tapi kalau nak edit2 gambar video memang kena cari laptop lain. Hati-hati, memang ada dan memang dah terkena tahun lepas. MacAir yang kecil tu, ok lah, portable sangat2, yang jenis baru siap ada keyboard berlampu, so senanglah nak menaip/buka tengok movie lam gelap (dalam bas ke).
    Entri terbaru Lagubestbest >> Sayang Sayang – Aliff AzizMy Profile

    • Ariff says

      Tak pernah taupun pasal skring ni. Terima kasih sebab tambah. Semoga dapat membantu mereka yang membaca.

  3. says

    ko lupa ulas salah satu perkara penting bila nak beli laptop. Kalau aku, aku tengok part ni dulu. bateri. Berapa lama boleh tahan selepas kita charge. Kalau lebih dari 2 jam. Itu dah cukup bagus. kalau lebih 4 jam. itu bonus. kalau leh 8 jam ke atas..itu superb. Haha.. aku punya fujitsu ni dulu..2 jam aje. sekarang..lepas 4 tahun pakai..kena pakai charger sentiasa..nak beli bateri baru..mahu 2-3 ratus..rasa malas nak beli baru. haha..

    tapi macam biasalah..lagi tinggi jamnya, lagi mahal harga laptop tu. Nak beli bateri spart-part pun mesti kaw-kaw harganya dan ikut brand jugak. So..antara latop yang pernah ko pakai, bateri laptop mana yang paling tahan lama selepas charge?
    Entri terbaru titan >> Khairul Fahmi, Asrarudin Omar, Badrol Bakhtiar, Ong Kim Swee. Semua kacak!My Profile

  4. says

    agree macbook pro berat..for 13 inch pnya lppy mmg macbook berat..klau beli 17inch, mahu tercabut bahu angkut laptop..lina beli terus dr reseller so no discount..frust gak sbb 200++ kot discount..boleh beli magic mouse dh dgn duit tu.. my family susa sikit nk pcye buy online..klau boleh beli terus dpt..x nk tggu..huhuhu..

  5. says

    Acer Aspire 5370 yang dibeli 5 tahun lepas masih lagi boleh dipakai sampai sekarang. Alhamdulillah memang boleh tahan juga laptop acer ni. Mungkin sebab sentiasa jaga dan juga sebab tuan punyer laptop tu pandai betul sendiri kalau ada problem dengan hardware….. hehehehe

  6. Suhaimi Zainuddin says

    salam..thank you for sharing the tips…simple terminology and easy terms were used..mudah nak faham…mmg ada terpikir nak beli laptop baru sbb yg ada tu dah kaputt…..tips you ni banyak membantu.

    Wassalam.

    • Ariff says

      Semoga dapat membuat pilihan yang tepat. One more thing, jangan beli kat Moscow. Sini semua barang elektronik lebih mahal berbanding kat Malaysia.

  7. says

    Macam ada satu kegilaan bagi pengguna Apple. Bukan sekali dua melihat ini berlaku apabila ada memiliki hampir semua gajet keluaran Apple pada satu masa. Mula-mula jawab telefon dengan iPhone, tidak lama kemudian mengeluarkan iPad dan menaip mengunakan MacBook dan belum lagi keluarkan iPod kalau ada. Saya mahu jadi gila melihat gelagat mereka ini. :-)

  8. says

    kurang tahu pasal Macbook Air nih.. huhuu

    dlm tempoh 2004 hingga sekarang.. baru guna 3 laptop..

    2 laptop dah kaput.. 1 tu x ingat jenama apa, local punya (time tu bodo lagi pasal laptop nih.. huwaahuwaa)..

    then tahun 2007 beli Laptop ACER.. guna sampai lingkup.. 1 kali tukor skrin monitor..

    tahun lepas, may 2010, beli Dell.. so far memenuhi keperluan dan beli dari dealer yg betul & servis seumur hidup.. so kalo rosak ke apa ke.. antor jer kedai.. x yah penin pala..

    kakyong dok rumah jer.. x perlu lappy yg heavy-metal.. :)
    Entri terbaru kakyong >> Gadget Impian kakyong[dot]com©My Profile