Panduan Lengkap Pendaftaran PLT Tanpa Orang Tengah

Saya yakin ramai yang memilih entiti Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) berbanding Sdn Bhd kerana ianya lebih menjimatkan dari segi tak perlu mengupah setiausaha syarikat dan tidak perlu audit tetapi mempunyai kelebihan yang hampir sama dengan Sdn Bhd.

Pendaftaran PLT juga boleh dilakukan sendiri tanpa perlu mendapatkan bantuan pihak lain dan anda boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM1,000 kalau buat sendiri. Bagi kebanyakan startup, RM1,000 ni masih lagi cukup besar nilainya untuk dijimatkan.

Pendaftaran PLT ni boleh dilakukan online dari rumah sepenuhnya dan kalau anda hadir ke pejabat SSM pun, mereka akan guide anda untuk gunakan sistem yang sama di komputer yang mereka sediakan untuk melakukan pendaftaran. Kekurangannya di sini ialah anda kena tunggu giliran untuk gunakan komputer dan memang tak selesa ramai orang. Elok buat di rumah/pejabat sendiri.

Walaupun pendaftaran PLT boleh dilakukan sepenuhnya online, anda masih perlu untuk hadir ke pejabat SSM untuk mengesahkan akaun anda sebelum anda boleh mendaftar PLT tersebut. Saya terangkan step by step pendaftaran seperti di bawah:

  1. Lawati portal MyLLP dan Create Account. Pilih Verified User pada User Type. Sebagai individu, hanya verified user yang boleh mendaftarkan PLT mereka sendiri.
  2. Selepas pendaftaran user account, anda akan menerima email pendaftaran dan akan disuruh untuk hadir ke SSM untuk melakukan pengesahan akaun.
  3. Print email pendaftaran tadi dan hadir ke SSM. Mereka akan minta kad pengenalan dan lakukan pengesahan cap jari. Selepas selesai, boleh balik.
  4. Mulakan pendaftaran PLT. Pergi ke E-Forms dan klik Register LLP. Isikan borang dengan maklumat yang berkaitan. FYI, partner sekurang-kurangnya seorang dan Compliance Office boleh jadi salah seorang daripadanya.


    Tak perlu lakukan Reserve LLP Name sebab anda akan bazirkan RM30 + GST kalau buat. Sebelum mulakan proses ni, patut dah tau nama apa nak guna.

  5. Selepas siap bahagian borang, anda akan diminta untuk memuat naik dokumen berkaitan seperti perjanjian perkongsian. Kalau takde, boleh skip dulu.
  6. Lakukan bayaran pendaftaran RM500 dan hantar permohonan.
  7. Permohonan akan disemak dan kalau tiada apa-apa masalah, akan diluluskan dalam masa 48 jam. Anda akan menerima email setelah permohonan diluluskan.
  8. Setelah diluluskan, pergi ke bahagian Buy Now! untuk membeli salinan sijil dan Current Profile. Dua dokumen ini diperlukan untuk pembukaan akaun bank. Harganya adalah RM20 setiap satu, tak termasuk GST.

  9. Lakukan pembayaran. Selepas pembelian, anda boleh memuat turun dokumen-dokumen ini. Ia akan dipadam daripada portal MyLLP dalam masa seminggu.
  10. Untuk dapatkan Certified True Copy (CTC), anda perlu hadir ke pejabat SSM semula. Untuk pembukaan akaun bank, dokumen tadi perlu disahkan.
  11. Hadir semula ke pejabat SSM, isi borang dan hantarkan ke kaunter. Jumlah untuk dapatkan CTC dokumen tadi adalah RM15.90, termasuk GST.
  12. Tak perlu tunggu lama untuk dapatkan CTC. Anda akan dapat dalam masa kurang daripada sejam.

Senang kan? Kalau dah baca entri ni dari awal sebelum ke SSM, anda boleh jimatkan trip untuk ke SSM dan dapatkan dokumen CTC pada hari yang sama. Caranya, pada hari yang sama aktifkan akaun portal LLP tu, anda terus daftarkan LLP samada di pejabat SSM atau kalau ada laptop sendiri, carilah tempat yang ada wifi sekejap.

Pastikan nama dan maklumat partner & perniagaan semua dah ada. Bagi orang yang tak prepare dan tak tau flow seperti yang saya terangkan, memang akan banyak buang masa ulang-alik pergi SSM.

Harap panduan ini memudahkan pendaftaran PLT anda dan menjimatkan wang. Semoga berjaya dalam perniagaan yang diceburi.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

One Comment

Leave a Reply