Panduan Buat Blog

Baru-baru ni ada orang tanya aku pasal hosting, wordpress dan berbagai-bagai lagi. Kawan aku juga ada bertanya pasal benda sama. Jadi senang cerita, aku buat satu entri dengan segala info yang diperlukan pasal nak buat blog ni. Harap dapat membantu semua la..

1. Mulakan dengan platform Blogspot atau WordPress?

Pertama sekali kena tahu tujuan kita buat blog tu. Kalau dari awal dah ada perancangan masa depan untuk blog tak akan ada masalah nak decide. Apa masalah yang bakal dihadapi kalau silap merancang dan silap pilih blogging platform pada tahap awal ni?

Kebanyakan yang berblogging di Blogspot akan pada suatu hari nanti nak tukar kepada WordPress. Percayalah! Ini cakap berdasarkan pengalaman. Bila dah banyak belajar, mereka tahu yang WordPress ni ada lebih banyak features dan kelebihan. Dilema mereka nanti ialah:

  • Kalau tukar ke WordPress, kena pilih domain baru. Nanti pembaca setia nak datang ke domain baru ke?
  • Google Page Rank dan Alexa rank kena buat balik.
  • Kalau transfer database pun, segala jenis SEO yang kita buat dulu dah takde guna. Semua tu kena reset balik sebab dah tukar domain.

Jadi macam mana nak dicide?

Kalau nak buat blog peribadi sahaja, cerita pasal pengalaman hidup, kongsi gambar sikit dan letak iklan Nuffnang, guna Blogspot je sudah. Blogspot pada pandangan aku adalah untuk orang yang tak perlu benda-benda fancy, untuk kegunaan personal dan tak terlalu serius. Jadi kalau nak mula berblogging dan tak merancang langsung nak serius sangat, maka blogspot adalah pilihan terbaik.

Kalau nak buat blog dan kongsi gambar, pilih WordPress. Ada banyak WordPress theme yang sesuai untuk jurugambar. Tak perlu jadi pro untuk buat galeri gambar yang nampak macam pro, guna WordPress theme je. Lagi satu, kalau ada hosting sendiri, gambar tu semua boleh simpan dalam hosting sendiri je. Takde restriction kalau host kat tempat-tempat free macam Imageshack, Photobucket dan sebagainya. Boleh la nak letak gambar size besar-besar. Takde siapa nak halang.

Kalau setakat blogger biasa macam aku pun, macam-macam WordPress boleh offer. Untuk pengguna iPhone, ada version WordPress dalam iPhone. Senang ah nak update blog, approve/reply comments dan upload gambar. Semua blogger yang aku kenal yang buat live blogging guna WordPress.

Sebenarnya banyak lagi aku boleh cerita pasal kelebihan WordPress ni. Possibilities dia endless sebab komuniti WordPress ni berkembang. Takde kekangan daripada sesiapa.

2. Aku maybe akan beli domain later. So, bila ada domain, boleh ke aku terus transfer blog aku tu? Atau kena mula dari awal balik?

Boleh. Takde masalah nak transfer database dari Blogspot –> WordPress. Tapi macam aku cakap la, benda-benda macam Google Pagerank & Alexa tu tak boleh ditransfer (kira macam iman tak boleh diwarisi la.. haha~). Rugi besar macam tu kalau blog ko memang memerlukan traffic dari search engine (organic traffic).

3. Perlu ke buat website/blog sendiri guna domain sendiri?

Pada aku, cukup la sebelum ni buat blog ada blogspot.com. Dah muak guna. Sekarang ni pun ramai je bloggers yang baru nak tukar domain. Guna domain sendiri. Benda-benda macam ni tak salah pun kalau invest duit sket masuk dalam tu.

Kalau dah guna WordPress self hosted, confirmla dah ada domain sendiri. Nak domain free ada je seperti contoh .tk, .co.nr dan .co.cc. Of course bila dah ada peluang nak pilih domain ni, eloklah pilih domain yang sesuai untuk kita jenamakan. Macam aku, aku pilih domain nama sendiri sebab aku memang nak brandkan nama aku. Mana tau kalau satu hari nanti nak bertanding jadi PM ke, kurang-kurang branding nama aku dah kuat dah. Orang dah kenal. Lebih kurang macam tu la.

Kadang-kadang, kalau domain yang kita buat tu ada orang lain/company besar nak beli, boleh jual gak dengan harga tinggi. Don’t play play. Jadi bila fikir pasal domain ni, boleh fikir pasal business gak. A business wise decision is always the best decision in life.

4. Blogspot atau WordPress, mana lagi selamat daripada hackers?

Yang ni aku tak tau sangat, tapi aku kasi jawapan ikut logik kepala otak aku.

Apa guna hackers nak attack blog/website ko? Kalau kerja ko kat blog tu kutuk negara lain/orang lain jer, itu memang nak cari nahas la. Ikut logiknya la, confirm la Blogspot lagi secure sebab server dia Google jaga. Itu logik dia. Kalau WordPress self hosted pulak.. aku kurang tahu. Depends on hosting korang, kalau hosting mahal sket, lagi secure la kot. Camtu?

Sesiapa yang berpengetahuan boleh tambah.

5. Pemilihan hosting

Pada aku, benda-benda macam ni kita tak perlu nak rasa kedekut sangat sebab kalau bayar lebih dapat servis terbaik apa salahnya. Bayar murah, lepas tu servis pulak hancus memang menyakitkan hati. Lagi satu membuang masa gak. Antara bahana hosting yang tak bagus:

  • Server down, down dan down. Kalau asyik down je, cakap kat dia tak payah buat business hosting la. Pergi jual pisang goreng lagi bagus.
  • Maintenance di siang hari. Kalau hosting murah, diorang tak mampu nak bayar pekerja kerja tengah-tengah malam. Jadi kerja maintenance terpaksalah dilakukan pada waktu siang. Dan yang jadi mangsa, kitalah!
  • Support yang tak tahu apa-apa pasal WordPress. Pihak hosting kena tahu kalau tak sikit, banyak pasal server mereka dan apa yang ada dalam tu. Jadi kalau client install WordPress, kena la tau sikit pasal .htaccess ke atau apa-apa yang berkaitan la antara hosting ngan WordPress tu. Tapi jangan tanya aku pasal .htaccess. Wa tarak tau.
  • Support yang bukan 24/7. Ni pun susah. Hosting tu bekerja 24/7 so mesti ada orang jaga 24/7. Yelah kalau apa2 jadi kurang-kurang kita yang dah bayar ni adalah tempat mengadu, komplen dan sebagainya. Ye tak?

Macam mana nak pilih hoting? Ni senang. Pergilah survey beribu-ribu blog kat luar sana, mesti adanya diorang buat review pasal hosting sendiri. Yelah, semua nak ami peluang advertise affilliate link masing-masing jadi dia buat la review hosting dia. Betul?

Nak tau hosting hampeh pun senang jer. Biasa blogger tu akan kecoh-kecoh kalau hosting dia hampeh sangat. Salah satu petanda hosting blog tu bagus isalah prestasi blog dia sendiri. Kalau rajin jer update tiap-tiap hari, penbaca banyak sume maka hosting dia tak bawa masalah la kat blogger tu. Yelah. Kepala otak tak terganggu dengan masalah hosting.

6. Buat duit dengan blog

Kalau blog bahasa Malaysia ni, boleh try Advertlets dan Nuffnang sebagai permulaan. Advertlets dengan Nuffnang tak ngam, kalau campur dua-dua, Nuffnang bayar ko murah je. Bila dah maju sikit, boleh try Innity pulak. Sama cerita, Innity ngan Nuffnang tak ngam.

Google Adsense boleh je campur dengan mana-mana Nuffnang, Adverlets dan Innity. Takde masalah. Cuma kalau blog bahasa Malaysia ni, takde sangat advertiser bahasa Malaysia dalam Google Adsense. Yelah, orang Malaysia mana la iklan ngan Google Adsense pun.

Lain-lain, kita boleh buat persenal advertising. Blog aku baru dapat satu. Alhamdulillah~

***

Rasanya itu jelah perkara basic yang perlu tau untuk start blog. Ada soalan?


39 thoughts on “Panduan Buat Blog

    • malaysia rasanya paling murah kat netkl. try tanya pasal whois protection. kadang2 nak gak sorok personal address/phone number kan. takut orang dengki2 ke..

    • Takdelah. No problem je. Kalau aku rajin sikit nanti, aku letak terus link tu kat atas. Bagus gak ada ebook free macam ni.

    • Beli domain kat shinjiru.com.my boleh, exabytes. netkl. Kebanyakan syarikat hosting Malaysia juat domain. Sekarang ada offer domain .my rm 37 je. Murah sangat!

    • Lebih kurang camtu la. Hosting tu tempat kita simpan file supaya boleh akses melalui internet.

  1. Betul sangat tu..
    apa lah sangat duit tu setakat nak beli domain dengan hosting..

    kalau tak mampu beli je lah yang murah. Tapi kalau murah
    tak bagus pun tak guna.

    yang penting mesti mau guna WordPress Ok :)
    .-= Cerita terbaru Mantra.. Platform Blogging =-.

    • Betul, terbaik wordpress la. Memang versatile tapi terpulang pada individu la. Ikut keperluan

  2. kira dua2 ada kelemahan dan kelebihan masing.. ..erm blogspot pun ok gak.. wordpress pun ok gak…. yang penting disini ialah bagaimana kita sendiri manage blog kita tuh.. dari segi widget dan yang penting ialah content.. :-)
    .-= Cerita terbaru zik.. Minyak tak jadi naik!! =-.

  3. actually niat saya nak berdomain ni dah terpadam, tapi bila baca entry ni dah membara balik niat nak berdomain tu..hehe page rank baru 2..takpe kot kalau turun balik.. :) thanks bro..byk ilmu dalam entry ni..terutamanya pasal nak pilih hosting tu

    Hadiah-Hadiah Terbaik Untuk Lelaki
    .-= Cerita terbaru F I T.. Best Bits of Project Alpha Season 1 =-.

    • Boleh jer main2 ngan WordPress free tu. Agak2 lama2 nanti dah reti boleh pulak berhijrah terus ke WordPress, or buat blog lain ke..

  4. aku baru beli hosting.so far, so good..cuma xsmpt nk explore function2 lam wordpress lg..
    kgsi tips lg bro..haha..nice2..

  5. aku penah kena serang ngan hackers…
    tapi aku tak tau kenapa.. haha…
    mulut (aka jari yang memetik papan kekunci) jahat kot..

    • Erk. Apa ko buat da sampai orang dengki2 camtu. haha~ Aku berdoa sangatlah takde orang nak kacau2 aku camtu

  6. aku stick dgn blogspot je la. tak tahu nape. hidayah belum dtg utk aku bertukar kepada WP. hehehe. lagipun aku tak pandai betul nak setup FTP bagai tu walaupun kat tmpt aku study neh dorang ajar pasal FTP. hahahaha. sadis gler aku. T.Tzz
    .-= Cerita terbaru amoi.. Addicted Dengan Beanie Hat =-.

    • Aku sekarang dah tak guna FTP. Awal2 dulu yelah, tapi dah explore myphp, ftp tu terus tak berguna sangat dah

  7. not bad bro.. aku pun selalu je maki hamun blogspot user.. lembab sgt nak load.. pakai la wp.. biar mahal tp berbaloi2
    .-= Cerita terbaru Frantz-Senpai.. Google “aero-peek” =-.

    • Emh, actually Blogspot bukan larh lembap sangaaat. It just depends kat site dorang tu. Kalau guna banyak gila widgets, lambat larh loading dia. Guna WP , and kalau ada widgets berlebihan pun sama gak kan ? 2 x 5 jer kott.

      P.S : Just my opinion. Correct me if I’m wrong.

      • Betul2. Cuma blogspot ni sebab orang yang nak buat widget pun nak buat duit, widget2 dia kebanyakan tak bagus. tu sebab kadang2 keluar pop up Widgeo tu semua

        Kalau wordpress, orang yang buat plugin buat duit cara lain, diorang tak letak iklan cara kurang ajar macam tu.

        Jadi kalau nak elakkan, kena check betul2 la widget blogspot sebelum guna. Ataupun tak payah guna langsung. MAcam kat blog melz