Pada saya, blogger yang blog atas nama/identiti sendiri tak perlulah masuk bakul angkat sendiri sangat nak paksa orang Like fanpage sendiri hanya sebab dia masuk blog korang. Come on man, cuba ada rasa rendah diri sikit dalam diri.
Orang biasanya kaitkan bilangan ahli di Facebook page dengan populariti dan rating pembaca terhadap diri. Jadi bila kita paksa orang Like hanya disebabkan mereka tersesat kat blog kita, tu memang dah macam tak patut.
Kalau time contest nak paksa Like takde masalah sebab kita keluarkan modal untuk itu. Peserta contest akan mendapat sesuatu daripada kita. Kalau nak paksa kawan Like, well, itu antara koranglah.
Cuba terapkan profesionalisme sikit dalam berblogging. Cheap trick macam ni memang tak ke mana sebab mereka yang terpaksa Like tu bukannya minat sangat pun kadang-kadang. Sepanjang saya di internet ni, blog-blog yang lebih hebat income & trafik mereka di luar tak pernah gunakan taktik macam ni.
Daripada suruh orang Like, ada baiknya kita usaha lebih sikit supaya orang lain dengan sukarela klik butang Like tu. Macam nak mengorat awek la kan. Takkan baru first time jumpa nak suruh awek tu suka terus. Kenalah ambil hati & ayat-ayatkan dia dulu. Itu pun nak ajar ke?
Comments
82 responses to “Paksa Like”
ala,baru kuar form komen ni dari tadi tak keluar-keluar tau..blog ni kalau dalam bab bagi contoh, mesti ada kaitan dengan awek. caya la..haha
saya baru buat blog…memang suka tengok orang LIKE kat FB tapi saya tulis kat situ LIKE untuk tujuan subscribe blog content di FB untuk mudah dapat update je…takpe kot macam tu kan? =)
jika orang sukarela like kita tentu akan lebih bermakna
tobat tak mau buat lagi.. pernah cuba sekali last2 aku punya blog sendiri, aku pun naik fed up..visitor aku pun mesti rasa benda sama jugak
setakat ini, tak rasa lagi nak paksa orang suruh suka atau like blog saya. biar orang sendiri yang tentukan dia suka ke tak. tak larat dah nak main kejar-kejar follower ni. sekarang ni tumpu pada penulisan (walaupun penulisan entah apa-apa). hehe~
kadang2 malas jugak nak terus baca bila awal2 masuk blog dah suruh like. terpaksa tunggu beberapa saat barulah hilang, itu pun kena pangkah sendiri
kalau tengah baik, tunggu juga. Tapi tak tekan like. Kalau mood tak baik, pangkah lah jawabnya. Alahaiii….
Bro..tp ade jugak awek yg suka ckp direct kita suka kat dia..kene ikut tmpat la..hehe
Tp bab paksa Like tu pon mmg x setuju sgt la..lgik yg kuar pop up..mmg sakit hati gak la
saya sokong yang ariff..:)
jumpa blog hok paksa like ni yg menyamphnya
dan terus blahhh
dah biasa sangat dengan cara macam tu… kadang2 bila rasa terpaksa langsung tinggal… ingat tadi nak juga tinjau2 tengok baca apa yang patut…
nas. Dah lah kat Malaysia tak macam dekat Russia. Haha! Pangkah je terus!
da makin banyak blog buat macam ni..last2 aku tekan pangkah je…annoying sungguh.!
masing-masing ada cara tersendiri,,,kalau ada fan page ketika bukak page confirm aku pangkah terus,,,kita nak bagi traffic…
like harvester……. dah takder kerja sangat….
belum pernah jumpa pulak blog orang yang paksa paksa like ni…hebat betul..
hahahhaha betul3!! setuju sangat2..and perumpamaan untuk ngorat awek tu kelakar tapi benar! hehe :p
HAHAHA! memaksa orang like page ada lah antara perkara yang menyakitkan hati aku dan terpaksarelanya aku tunggu selama 10 saat untuk membaca info di blog itu. Aku nak buat fan page pun gila malu. Tapi aku sorang je la like. Pastu ada lah nak mula naik 16. fan page blog. Blog pun baru tubuh.
Antara software like fan page yang dicipta kan oleh, internet Marketer, start huruf G, sangat saya tidak setuju, HAHA. Tapi tu lah…orang semua kejar ke LIKE. Content blog, hampeh…
masa first time jumpa plug in ni, mati2 fikir takkan boleh baca entri kalau tak tekan like. Mau nangis fikir.
rupa-rupanya kena tipu -..- tak yah like pon boleh baca jugak -..-
penah guna benda ni..tapi serabot la pulak…
kebanyakannya blog budak sekolah jer tu.. nanti dia orang faham sendiri la
blog cengini wajib pangkah terus.. maksud gua nampak benda kena tunggu 30 saat cakap babai la..
8juta saat kena tunggu kalau tak nak like ..
memang terus keluar dari blog tuh lah jawab nya ….
tak payah letak benda tuh pun tak apa kot …
Nasib baik saya buat contest ‘Me Followww’ haritu ‘Like’ tapi dapat hadiah.. :D
hurm betui . tp klu yg letak ad button pangkah tak ap kn . .
haha,benda biasa nie bro..tapi aku xbuat la..selalunya benda macam npop up nie..aku akan cari fan page 2 balik untuk unlike..sebab dia paksa2 aku like…
ni tak silap aku ade org panggil sistem ni ‘samseng facebook’, siap buat pembayaran lagi utk beli sistem tu…
aduissshhh.. orang memang fikirkan pelbagai teknik, tapi teknik tak lama..
paling tak tahan, dah like, skali tengok entry copy paste dari harian metroll, FUUUUUUU!!! dan trimas untuk tips mengorat di akhir entri, haha
setuju sgt bro..habis merata dok promote..sakit hati pon ade..artikel xde la menarik mane pon..huhuhu..nk glamer je tu..huhu..usaha tangga kejayaan :D
dulu ada buat, x sampai 1 minit buang balik..susahkn diri sendiri haha
Tak suka, pangkah. senang je. LOL! Tapi apa yang dikatakan dari awal sampai akhir itu benar. Terima kasih dengan perkongsian idea ini. :D
setuju dgn kau. blogging ni bukannya untuk mengejar populariti melalui berapa banyak like dan followers. ianya tentang apa yang kita tulis dalam blog kita. kalau followers berlambak, like bersepah tapi entry tak berkualiti xde beza gak kan? :)
betul tuh bro, bagi aku kalau nak letak pon letaklah dalam 2-3 saat, ni x, letak sampai 30 saat ni apa kes, aku terus jer out
Hahaha..nk gelak pn ade arif oi..hehe
kat blog aku xde letak fanpage langsung.. hehe.. tujuan dorg paksa like tu bkn nak femes kot tp kasi up fans byk2.. pastu senang nak dpt trafik.. ping jer entri kat fanpage tu..
mula pernah mencuba letakkan plugin ni…tetapi bila sendiri pun kena pangkah naik serabut pun ada hehhee..:)
so skrg dh tak letak dah…g:)
aku tau sangat plugin tuh, serious annoying, terus keluar je bila benda tu timbul
pada pandangan pjaz la, kalau beribu like pun..sekadar nombor gak kan..hehehhe..tu atas pandangan masing2..
tapi tak suka la..baru nak baca entri tapi kena tunggu terpaksla pangkah..hehehe
tak suka jgk cara mcm ni..huhuhu..kita baru first time masuk dah nak suruh like2..padahal lepas baca belum tentu kita suka blog tu..like yg disalah ertikan…
Weehuu ~ Jangankan yang belum like, yang sudah like pun terpaksa menanti jua.. Memang paksa rela untuk klik pangkah.. hehe..
Tapi, kalau jenis 5 saat cuma, xpa, kalau yang seminit? Huh (sambil geleng2 kepala)
If org tu punya blog ada hasil penulisan yang baik, bermanfaat dan berkualiti. sya pasti akan LIKE but if blog dia teruk semacam je..nk like pun x sanggup , apa entah lg nk baca..pandang pun tidak ^_^
As-Salam.
plugin ini berfungsi dengan baik dan berkesan untuk blog wordpress (wp) je. Bagi blogspot, ada juga coding hack yang dibuat, tetapi selalunya tak menjadi, dan kalau ada pun, ia akan ganggu coding yang libatkan javascript yang lain.
Fungsi ini ok andai ada butang pangkah, dan masa menunggu kurang dari 10 saat. Antara blog saya ada fungsi ini tetapi banyak tak menjadi, dan secara kasarnya ia tidak mendatangkan apa2 peningkatan drastik untuk LIKE page.
Plugin ini sebenarnya bermula apabila aplikasi atau ebook gengster Facebook diperkenalkan oleh online marketer. Bila dah ramai beli, maka ada insan yang buat coding hack khas untuk blogspot, dan ada juga memberikan coding percuma khas untuk pengguna WP.
Hanya satu strategi untuk meningkatkan populariti blog. Ada banyak kaedah lain. Ada yang pop up lebih kurang sama untuk meraih sign-in sebagai followers, ada pula minta isi email untuk rss subscriptions.
Masing-masing ada cara sendiri. Terpulang pada pengunjung untuk klik atau tidak, isi info atau tidak. Pilihan itu tetap ada.
Kalau ada butang pangkah, memang takde masalah. Sekurang-kurangnya pembaca ada pilihan nak Like atau tidak.
tu lar…sya pon ada pernah kena….mmg xsuka sgt2….
nak kumpul like la tu..
biarlah. aku pangkah aje biasanya.
aku macam titan. setiap orang ada cara tersendiri. biarlah dia nak buat apa pun. kalau dia rasa dia nak jaga kredibiliti dia tau mana baik mana buruk untuk dilakukan dan vice versa.
Haha..mana plak button nk LIKE entri nih bro..Like! Like! Like! ;-)
saya pernah cuba dulu dengan harapan akan lebih ramai yg like FP tapi malangnya, jumlah yang like tak banyak mana, trafik blog yang jatuh menjunam.. bukan mudah nak dapatkan kepercayaan orang semula..
aku salah seorang pengguna plug in ini…
hahaha…
sesetengah blogger mmg menyampah, tapi reader non blogger mmg suka benda macam ni naik..
like fan page lagi baik daripada suruh orang klik iklan2 kat blog.. =)
whoa!!mmg annoying kot bnda gitu..adoi..xelok kan pksa2 nih..
ye la..aku pun malas nak like..bagi serabot ader la…
dah jadi budaya kot sekarang ni
memang sakit hati dengan blogger yang macam ni.tak fikir banyak dah,tutup je terus tab tu
aku setuju dengan entry nie. Kekadang naik stress bila tunggu box nak like tu hilang.. Tak de mood terus nak baca blog tu.
Biar org like secara sendiri.. Baru ada kualiti blog tu kan.
Peace~
hahahaha…nak menunggu tu yang malas teramat sangat..cuba korang unlike funpage ceritamamat dan korang masuk blog dia..korang tak boleh klik mana2 selagi korang tak like..
memang sakit hati masuk blog mcm ni -.- rasa nak lempang owner dia bersungguh2
memang setuju sangat, ;)
ramai tul blogger guna plugin tue skg……tpi xkisah lah..jgn smpi menyusahkan pelawat yg dtg tue yg xbest tue……ader yg mmg memaksa untuk klik like klu x menunggu 99999 times…aduss….baik2 nk ader mood membaca..terus hilang feel….
saya kalau jumpa belog camtu memang terus pangkah je..malas nak tunggu walaupun sesaat..hoho..semak oke..
kalau sekali aje takpe. ni bila bukak page lain..datang balik benda tu. aii..menyampah jadinya.
kadang2 tu ada yg floating iklan die tu tutup entri.kalo nak baca kene klik iklan tu dulu utk tutup.lagi la mace hare…hehe
nak buka blog kena like.. kuar popup.. nak baca entri pun kena like jugak blog orang lain.. kuar popup.. ahh kemonlah~..
tapi memang nampak hebatlah blog camtu fan ramai2.. banding fan blog aku berapa kerat je.. haha
kite senasib la wan..haha..xpe2..bak kate ariff,biar org like dgn sukerela..eh sila like fanpage aku skrg!hehehe
memang bengang gak ada plugin macam ini dipasang dekat blog2 sapa2. Ada siap pasang adf.ly adds lagi. huh! nak share banyak2 entri bro ariff shah ni…
kah kah kah, baik punya kena komen. betul tu ariff, aku pun kadang kadang, baru teringat nak baca artikel yang dia tulis, tapi sebabkan paksa like ni, terus close, terus tak minat nak baca lagi dah. Sampai bebila tak nak buka, sebabkan paksa like. ada ke patut.
Saya tidak ada akaun Facebook macamana hendak like. Memang tidak peluang menyertai contest syaratnya perlu like. :-)
Serius takde facebook? Betul gak eh. Sekarang ramai yang tutup fb, jadi kalau buat contest lepas ni kena valuate balik alternatif lain
Akhirnya ada juga entri untuk perjelaskan hal paksa like ni,memang tak best la kan kalau melawat blog tetiba ada pop up untuk like dahulu
hahaha… baek punyeee bro.. aku da lama nak tegur benda² mcm ni tp tu lah. mood nk berblogging kureng sket.. hoho..
*senah jendol.. wakakakaka…
Haha nampak jelas gambar aku ada kat dalam antara orang yang like.
Page apa lah tu.
Aku pon menyampah. Kadang2 da like tapi tak redirect gak.
Last2 aku UNLIKE balik
hahahah. jelas ke? ingatkan dah habis mosaic sampai orang tak perasan
yup sangat tak pro… selalunya news blog banyak praktis benda mcm ni, aku ada jugak news blog, tapi biar jela, tggu biar org like sendiri, hehe. malas sebab kita sbg pengguna sndri tau mcm mna rasa kena tggu berapa saat untuk dapat baca post yang dikongsi huhu
yes, finally ade orang tulis pasal bende ni. Tenkiu, bagi blogger-blogger sedar sikit
Nampaknya sindrom paksa Like menampakkan blogger tu hanya kejar populariti, bukan kejar kualiti content blog kendaliannya.
setuju…memang annoying bila keluar pop up untuk LIKE. Aku kalau tersesat kat blog macam tu memang tak jadi baca, terus tutup
haha memang annoying jumpa blog macam nie..dah tue siap ada timer lagi..setuju dengan point bro..usaha lebih sikit buat orang Like dengan blog kita..bukan guna paksaan..
Mmmg rasa terganggu dengan pop up nih.byk rakan2 yg buat mcm tu,harap lepas tuan blog ni sound ada lah perubahan sikit hendaknya.
selalunya kalau jumpa blog yg keluar pop up benda ni kalau esc tak jalan n kena tunggu beberapa saat, tutup terus.
Ini semua penangan Samseng Facebook yang tengah panas tempoh hari. Lebih baik dapat like sebab rela dari paksa rela, lagi cepat link blog kita akan tersebar dengan sendirinya…
xsemestinye samseng fb..byk lg plugin luar cmnie bro..
yg paling tensen bila klik nk bace artikel laen pun kluar lg bnda nie..pastu nk tggu lagi..aku klik pngkah jer trus..huahua
Samsengfb tu sekadar contoh. Memang macam2 nama lagi sebenarnya
senah jendol? sedap nama tu… aku xtau pasal apa suka blog ni.. sbb simple kot. ringan xda lip lap anak mami