Paginated Atau Single Page Comment?

Comments – sometimes it matters a lot

Paginated comment section adalah bahagian komen yang dipecahkan kepada beberapa muka mengikut settings yang telah kita tetapkan (contoh pada entri terbaru Denaihati: 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu) manakala single page comment memaparkan kesemua komen yang ada untuk sesuatu entri dalam page entri tersebut (macam kat blog aku sekarang ni). Aku telah menggunkan kedua-dua jenis stail comment section ni, jadi aku nak kongsi dengan korang semua kebaikan dan keburukan setiap rekabentuk comment section ni.

Paginated Comment Section:

  • + Pageviews meningkat sebanyak 20-30% bergantung kepada entri sebab pembaca yang suka dengan entri yang ditulis akan cuba baca semua komen yang ada.
  • + Kesan yang paling signifikan adalah page load speed untuk entri tersebut yang lebih tinggi. Bagus untuk mereka yang mempunyai connection internet yang kurang laju.
  • + Lebih kemas dan page tak berjela-jela panjang. Cuba bayangkan kalau entri yang ditulis tu pankang, lepas tu komen yang dapat pun banyak. Memang berserabut.
  • + Bagus untuk SEO sebab komen yang luar daripada topik entri boleh merosakkan kepadatan keyword dalam entri tersebut.
  • – Bilangan komen yang masuk adalah kurang dan pada kadar yang rendah sebab pembaca terpaksa buka satu persatu page komen. Ada yang malas jadi tak tau cerita apa pembaca lain bincangkan. Bila tak tau cerita, terus tak tinggalkan komen.

Single Page Comment Section:

  • + Bilangan komen meningkat dengan cepat dan banyak sebab pembaca dengan mudah boleh mengambil bahagian dalam perbincangan bersama dengan pembaca lain yang telah meninggalkan komen.
  • + Memberi kemudahan kepada pembaca lain untuk membaca semua komen (pernah kena kompen pasal benda ni untuk entri review Redmummy.com oleh RM sendiri)
  • + Ruang komen nampak lebih hidup sebab pembaca boleh saling berinteraksi antara satu sama lain.
  • – Kurang bagus untuk SEO kerana selain faktor keyword, bilangan link dalam page tersebut akan menjadi terlalu banyak.

Harap point-point yang aku dah highlightkan dapat membantu korang buat pilihan stail comment section untuk blog korang. Selain daripada yang comment section biasa, korang boleh juga menggunakan comment section yang diintergrasikan dengan Facebook. Pada pendapat aku, comment section yang diintergasikan dengan Facebook kurang sesuai untuk penggunaan blog personal. Yelah, orang tak nak kalau komen biasa-biasa pun dipublish kat wall Facebook dia kan..

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

34 Comments