PageRank – Hanyalah Sebuah Pertandingan Populariti

Aku rasa infografik ni berguna untuk menceritakan sedikit sebanyak lagi tentang PageRank. Umum mengetahui bahawa PageRank yang tinggi memberikan lebih banyak pemberat kepada laman web anda supaya Google dapat memaparkannya dalam page pertama Google Search. Secara asasnya, pagerank ni dikira mengikut backlink yang kita ada. Jadi, kita boleh anggap PageRank ni sebagai pertandingan populariti antara web la. Sebab banyak sangat laman web wujud, Google percaya dengan mewujudkan sistem PageRank mereka dapat mengasingkan antara laman yang bagus dan tak bagus.

Apa yang boleh kita pelajari daripada infografik ni?

PageRank Requires The Right Votes

Blog korang ada banyak backlink tapi backlink tu semua datang daripada blog yang ada pagerank lebih rendah daripada blog korang. Pagerank boleh naik, tapi ada tahapnya. Mungkin sampai PR3 je. Itu masalah yang aku dan kebanyakan blogger lain hadapi sekarang, backlinks ada tapi pagerank tak ke mana.

127 ribu backlinks.. Data dari Google Webmaster Tools.

The Right Votes Lead to Many Followers

Contohnya macam ni, cuba kalau korang dapat satu backlink daripada laman 1Malaysia.com.my ataupun anwaribrahim.com. Bayangkan betapa punya banyak trafik boleh masuk melalui satu link tersebut. Google pun tahu yang laman tersebut sangat berpengaruh. Jadi dia bagi terus pagerank tinggi kepada kedua-dua laman web tersebut. Google sangat percaya kepada sistem pagerank mereka dan laman yang ada pagerank tinggi ni kerana potensi yang mereka ada.

Kadang-kadang, korang hanya perlu satu backlink daripada page PR5 dah boleh naikkan PageRank blog korang ke PR3.

PageRank Takes Into Account Who is Voting For You

Biasanya domain yang senang dapat PageRank tinggi adalah domain .gov dan .edu. Boleh check sendiri kalau tak percaya cuma pastikan laman yang korang check tu sentiasa diupdate. Nak dapat backlink daripada domain-domain ni memang susah. Kalau ada kawan webmaster laman web sekolah mana-mana atau laman web kerajaan kan best. hehe..

Lagi satu yang dapat membantu adalah dengan mendapat backlink daripada laman yang lebih kurang sama macam laman web korang. Contoh, kalau personal blog bahasa Malaysia boleh la dapatkan backlink dari blog personal bahasa Malaysia yang lain. Lebih baik kalau backlink tu datang daripada blog yang ada PageRank sama atau lebih tinggi.

Backlink yang tak bagus adalah daripada laman yang baru sahaja dikenakan penalti oleh Google. Kadang-kadang ada je laman yang hilang PageRank sebab nak main tipu. Kalau kita dapat banyak sangat backlink yang tak bagus ni, mungkin kita juga boleh terkena tempias kehilangan PageRank. Jadi hati-hati kalau nak cari backlink dari sumber-sumber yang kurang diyakini ni.

How People Vote You Can Affect Your Overall Score

Benda ni ada kaitan dengan entri aliran pagerank dalam blog. Katakan blog A ada PR3 tapi bagi link kat 100 blog lain. Blog B pula ada PR yang sama tapi bagi link pada 10 blog lain je. Backlink daripada blog B lebih berharga dan kita mahu backlink daripada blog B.

If You Vote for  & I Vote for You, Our Vote Cancel Each Other Out

Ramai tak tau pasal benda ni, itu sebab kita dapat lihat terlalu banyak thread tukar link kat GengBlogger sampaikan macam dah takde modal lain blogger Malaysia ni nak bincang dalam forum. Katakan duit tu adalah PageRank kita dan kita bagi satu bahagian kepada orang lain. Lepas tu orang tu bagi balik bahagian yang sama besar pada kita. Berapa banyak duit yang ada sekarang? Sama macam sebelum kita bagi tadi. hahaha…

Tips aku, buat beberapa blog lain. Dengan itu, korang boleh balas link exchange ke blog utama korang menggunakan blog lain tu. Jadi backlink tu tak membatalkan satu sama lain.

Achieving The Best & Most Votes, Will Lead to Success

Yang ni rasanya semua orang sedia maklum dah. Tak payah kot aku explain.

***

Macam mana nak dapatkan backlink daripada orang lain?

Ikut pengalaman aku berblogging, blog content biasanya menyumbang kepada backlink. Tulis entri yang bagus dan orang suka, orang lain mungkin akan ceritakan pasal entri tu dalam blog dia dan bagi link ke blog korang. Content is king walau se-klise mana pun pernyataan tu, ianya masih lagi benar. Lainlah kalau korang ni lawa giler macam Hanis Zalikha sampaikan semua orang tak kisah langsung nak kasi backlink, tapi blog HZ pun sangkut kat PR3 gak..

Gunakan domain sendiri. Susah nak nampak domain .blogspot.com ni PR tinggi. Paling tinggi yang aku pernah jumpa PR4 (tak termasuk blog Google la..). Aku tak cakap kalau ada domain sendiri ni blogger tu lebih bagus, cuma kalau ada domain sendiri ni peluang dia lagi banyak la.

Lagi satu buat pertandingan kat blog. Yes. Itu paling senang nak dapat backlink. Kalau aku buat domain giveaway korang nak ke?

2010/2011 Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

58 Comments