Skip to content


Page I Hate Fasha Sandha Baru Kini 10000 Ahli

Ahli Page I Hate Fasha SandhaSaje training guna excel, takut lupa. Susah pulak kalau lupa guna excel bila dah start kelas nanti

[Facebook page I Hate Fasha Sandha]

Memang hebat. Aku rasa ni page benci membenci yang paling cepat berkembang kat Malaysia ni. Page yang serupa ini telah di delete dulu, gara-gara masuk Metro punya pasal dan dalam laporan Metro tu konon-kononnya Fasha nak buat dakwa mendakwa pulak. Mungkin itu sebabnya pemilik lama page I Hate Fasha Sandha kecut perut dan kesut segala-galanya lalu terus mendelete page tersebut.

Sebenarnya takde masalah pun nak buat hate page ni. Takde sesiapa yang boleh mendakwa sesiapa, KECUALI kalau dalam page tu ada bincang pasal benda tak benar dan fitnah pasal seseorang itu. Tapi bukankah blog dan website hiburan sekarang buat benda yang sama?? Bergossip tu kalau perkara dah tak benar dah fitnah la kan? Boleh la saman menyaman? Betul? Entah. Aku pun tak tahu sangat, aku tak amik Law.

Tapi itulah, Fasha ni degil la. Dah sampai ada page macam tu, tune down la sikit. Jadi low profile kejap. Kebanyakan orang Malaysia sekarang ramai yang jakun, pakai seksi-seksi sikit mulalah akhbar/blog/website hiburan nak amik jadi bahan. Media murahan. Orang dulu-dulu lagi seksi lah, tapi takde kecoh sangat sampai masuk surat khabar. Ini menunjukkan yang pemikiran orang kita sekarang ni banyak yang masih sempit. Ya, memang aurat > agama Islam > dosa/pahala, aku tahu. Cuma Islam ni bukan pasal aurat je, kalau satu Malaysia tutup aurat negara masih tak maju gak.

Baru-baru ni ada pulak gambar dia kat club hisap rokok. Aku ni takdelah nak pangkah perempuan yang hisap rokok ni, itu pilihan dia cuma kalau orang lain tiba-tiba nak benci dia sebab social life dia macam tak patut pulak. Kehidupan sosial seseorang adalah kebebasan dia, apa yang membataskan kehidupan sosial adalah agama dan didikan ibu bapa. Dalam Islam, rasanya kita tak disuruh untuk membenci orang macam ni tetapi kita disuruh untuk membimbing dan menasihati dia, betul tak?

Point aku di sini, orang kita banyak nak kecoh pasal hal peribadi (pakaian, perangai, pergaulan) seseorang, itu dosa/pahala dia tapi hal fardhu kifayah macam pergi mengundi (mengundi pun fardhu kifayah sebab tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin yang baik) ramai yang tak buat walaupun dah layak dan cukup umur. Aku berani cakap kalau 100% rakyat Malaysia tunaikan fardhu kifayah mereka, memang negara kita ni boleh maju, aman dan makmur.

Fikir-fikirkan.

Dan sekali lagi aku cakap, aku bukan fan mahupun hater. Aku adalah blogger :D

Ariff Shah: Cakap pasal page Facebook ni, aku kelakar tengok orang join group-group yang berbunyi macam ni “If we can get <X juta> members then page fuck <nama agama> will be deleted”. Ironinya di sini:

  1. Tak pernah pun group dan page seumpama ini capai bilangan yang dia nak.
  2. Ada 10000 lagi group dengan tujuan yang sama. Bodoh tak macam tu? (owner group tu lah) Nampak sangat orang satu agama ni pun susah nak bersatu walaupun mempunyai ideologi dan matlamat sama. Mungkin group-group ni dicipta untuk kepentingan diri sendiri.

Apa boleh kita buat? Nothing. Facebook ni.. let’s just say ada invisible hand di sebalik Facebook. Aku boleh cakap panjang lagi ni, tapi next time la kita sentuh pasal Facebook.

Entri Lain Yang Berkaitan

  1. Page I Hate Fasha Sandha Telah Di Delete
  2. Fasha Sandha Kenapa Kau Dibenci?
  3. Belog Saya Kini DoFollow
  4. Permulaan Dekad Baru
  5. Tips Dapatkan Ranking Page Pertama Dalam Google Search
  6. Kehidupan di Celah Bandar Moscow (Siri 5) – Pergi Buat Passport Baru
  7. Paranormal Activity Baru Nak Sampai Malaysia?
  8. Tips Dapatkan Trafik – Apa Yang Boleh Dibuat Selepas Publish Entri Baru

Posted in Bla Bla Bla, Random.

Tagged with , , , , , .


21 Responses

Stay in touch with the conversation, subscribe to the RSS feed for comments on this post.

  1. zaitone says

    TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  2. wawaa says

    blm kire aku skali tu…kalo kire aku…10001 la jadinyaa..muahaha
    Cerita terbaru wawaa.. Package to Disneyland, Paris My ComLuv Profile

  3. nOj says

    baru jap tgk gambar fasha isap okok. dia kaya xpe la isap okok even rege rokok RM50 sekotak. aku pun x pangkah pompuan isap okok. lantak dia la
    Cerita terbaru nOj.. 1ST CHEQUE FROM NUFFNANG ALREADY ON ITS WAY TO MY POSTBOX – ok this one really makes my day My ComLuv Profile

  4. nursarah says

    haha, aku memang tak suka group haterz cam ni. memang takkan join la. takde point pun sebenarnya nak benci-benci, maybe mereka yg join rasa benda ni fun. haha
    Cerita terbaru nursarah.. ada pengunjung dari bulan… My ComLuv Profile

    • ariff says

      Aku join sebab nak buat research je =)

  5. touya says

    Alamak ! Buat malu orang melayu jer
    Cerita terbaru touya.. [VLOG] Tagged by Yusenze , Nina dan Cikgu Isza My ComLuv Profile

  6. SyimaSyaz says

    join blh,tp tanak kutuk lebih2 especially bab suara dia lah, rupa dia lah sbb itu sume ciptaan ALLAH…

    • ariff says

      Haha. Tak pernah pun dengar suara dia

  7. Lord Zara
    Twitter: zara_syed
    says

    Aigoo~
    Orang Malaysia ni bab camni memang laju~
    Aduhai~
    Cerita terbaru Lord Zara.. Kalau Malam Ini Ada Pelajar Lelaki Yang Meracau Memanggil Nama Aku – Sumpah, Aku Tidak Bersalah. My ComLuv Profile

    • ariff says

      Well, orang Malaysia suka benda2 sensasi dalam dunia hiburan nih~ Nak buat camne..

  8. cj'alhafiz says

    tak baik benci2 orang…..
    kalau dia ada buat salah jgn la nak dibenci….
    sepatutnya kita tolong dia jadi lebih baik…sekian…..

    • ariff says

      Betul2. Parents dia kena nasihat la sikit kan kalau anak dah ramai orang benci

      • cj'alhafiz says

        haha…betul2…….cuba nengok amna silap mana salahnya…..
        kita pun cuba baiki diri kita gak…biar jadi yang terbaik…
        bukan nak cari populariti tapi nak mendamaikan hati…cewahhh….
        Cerita terbaru cj’alhafiz.. Blink…Blink…. My ComLuv Profile

  9. maisyara
    Twitter: maisyara
    says

    dh 10ribu ke?? caya lah… hehehehe.. xD

    • ariff says

      Kamu join jugak?

  10. aboi says

    kenapa cerita terbaru aboi kat commentluv tu tak tukar2 ek? musykil nih..
    Cerita terbaru aboi.. 290120101117.jpg My ComLuv Profile

    • ariff says

      Ha’ah ek. Pelik betul. Mungkin feeds kamu salah kot. Aku pun tak tahu sangat

  11. aboi says

    bley upload excel ker?
    Cerita terbaru aboi.. 290120101117.jpg My ComLuv Profile

  12. Azah
    Twitter: azahamin
    says

    page hate azwan ali x de ke?
    haha… agak annoying la fasha sandha tu..
    tp aku x join pon bnda2 mcm tu..
    klau nk suruh vote x suke, blh la..
    haha…
    Cerita terbaru Azah.. Hutang Menyelesaikan Masalah Kewangan My ComLuv Profile

    • ariff says

      Bukan ke joining hate pages camni serupa macam vote tak suka gak?

      Azwan Ali macam dah xpopular je. Entah. Aku pun tak dengar cerita pasal dia lagi

Continuing the Discussion

  1. IMCurtain.com linked to this post on February 2, 2010

    Page I Hate Fasha Sandha Baru – Kini 10000 Ahli | blog.ariff…

    Memang hebat. Aku rasa ni page benci membenci yang paling cepat berkembang kat Malaysia ni. Page yang serupa ini telah di delete dulu, gara-gara masuk Metro punya pasal dan dalam laporan Metro tu konon-kononnya Fasha nak buat dakwa mendakwa pulak. Mung…



Some HTML is OK

or, reply to this post via trackback.

CommentLuv Enabled


Tested by Wordpress Themes